5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah? Yea sekarang masih minggu cuti sekolah. Walaupun saya bukan seorang cikgu mahupun pelajar. Masa cuti sekolah ni biasanya saya akan balik kampung. Kampung halaman sendiri. Ibu Ayah saya selalu pesan, walau siapa pun kita, kampung halaman jangan dilupa. Terutamanya adik beradik dan sanak saudara. Mereka dah banyak tolong dan bantu kita sehingga kita jadi tahap sekarang ni. Betul tak?

5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah, cuti sekolah,
5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah
5 Sebab Kenapa Balik Kampung Masa Cuti Sekolah?
Soalan ni datang dari Mail masa sembang-sembang makan tadi.Walaupun saya bukan dapat cuti macam cikgu dan guru-guru kat sekolah tu, kenapa saya nak balik kampung juga masa cuti sekolah macam ni.

Kata dia, balik kampung masa ni sesak. Silap-silap boleh kena jem macam cuti perayaan apa-apa juga. Saya senyum aje kat dia, lepas tu saya cerita satu-satu kenapa saya balik kampung masa cuti sekolah macam sekarang ni.

Oklah, jika ada kawan-kawan lain yang tanya juga, anda boleh kongsikan sebab-sebab macam ni juga kepada mereka.

1) Balik kampung walaupun tak dapat cuti PERCUMA .Yea, saya balik kampung juga walaupun tak dapat cuti PERCUMA macam cikgu-cikgu kat sekolah tu. Cuti apa ada hal, cuti kan syarikat bagi. Jadi gunalah cuti yang ada tu untuk balik kampung dengan aman. Tapi kena pandai bajetlah. Jangan nak cuti seminggu macam cikgu juga. Nanti nak kena simpan juga untuk cuti raya dan apa-apa cuti kecemasan yang lain juga.

2) Balik kampung jumpa keluarga.Yang ni paling penting pada saya. Dalam hidup kita, keluargalah segala-galanya. Walaupun kita dah berjaya macam mana sekalipun. Keluarga dan sanak saudara jangan kita lupa. Banyak pengorbanan dan jasa mereka kepada kita semua hingga kita boleh jadi manusia yang berguna. Masa cuti sekolah ni memang sesuai nak jumpa keluarga, sebabnya bila anak-anak tak sekolah. Lebih mudah mak ayah nak minta cuti dan balik kampung. Jadi masa ni kebanyakan akan ada lebih ramai ahli keluarga yang akan balik kampung masa cuti sekolah. Jadi masa ni boleh kenalkan anak-anak kita dengan anak saudara dan sepupu sepapat  yang lain juga. Tak ada nanti orang kata, selisih bahu kat tempat awam tak kena nanti mereka tu bersaudara. Masa cuti ni juga boleh ziarah pakcik-makcik dan saudara kita yang uzur juga.

3) Balik kampung sebab kenduri kahwin. Masa cuti-cuti sekolah macam ni memang jemputan kenduri kahwin tak payah nak cerita. Jika kita balik kampung. Nak sampai ke kampung tu mahu dalam perjalanan tu lebih sepuluh kenduri kahwin yang ada semasa perjalanan kita tadi. Jadi tak mustahilah jika masa cuti sekolah ni juga mereka panggil cuti menambah keluarga.hohohoho.. Sekolah cuti ramai yang buat kenduri kahwin waktu ni. Macam terasa pula yang ni..

4) Balik kampung sambil bercuti dan makan-makan.Yea, ini juga kadang-kadang antara agenda balik kampung saya. Sambil balik kampung tu boleh bercuti ke tempat yang menarik dan cantik. Nak ke luar negara rasa tak berapa minat lagi. Biarlah bercuti-cuti dalam Malaysia aje. Dalam Malaysia ni pun belum habis lagi tempat yang menarik yang saya tak pergi. Bila bercuti-cuti macam ni makan-makan juga menjadi agenda utama percutian tersebut. Dah pergi berjalan, mesti nak makan kan. Jadi sebelum pergi tu cari siap-siap info tempat makan yang rasa nak pekena bila sampai kat sana nanti. Tak ada nanti pening nak cari tempat makan bila sampai sana kan?

5) Balik kampung contoh kepada anak-anak. Benda ni pun penting juga, sebagai mak ayah kita kena sentiasa menunjukan contoh yang baik kepada anak-anak kita. Masa cuti-cuti balik kampung ni kita sebagai ibu bapa juga boleh menunjukan sikap yang baik kepada mereka. Boleh 24jam bersama mereka. Dengan keadaan dan suasana yang kita tunjukkan tadi. Anak-anak akan boleh belajar dengan sendirinya melalui contoh yang ditunjukan oleh ibu dan ayah mereka. Mereka juga boleh belajar kenapa perlu balik kampung. Jika tak di asuh macam ni. Takut-takut nanti mereka boleh lupa asal usul sendiri. Tak mustahil benda macam ni boleh berlaku di zaman serba modan ni.

Baiklah, rasanya ini antara perkongsian yang saya dan anda juga boleh gunakan bila ada yang bertanya, sebab-sebab kenapa balik kampung masa cuti sekolah macam ni. 5 sebab kenapa balik kampung masa cuti sekolah ni juga jika anda rasa ianya boleh memberi manfaat. Silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda di media sosial juga. Terima kasih.

15 Comments

  1. Cuti sekolah kali ini kakak tak balik sebab bapak kakak yg dtg rumah kakak. Balik juga sekejap utk bayar gaji pekerja bapak dah tu balik rumah kakak semula sebab bapak kurang sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa kakak. Itu pun dah kira ok dapat balik kampung juga kan.

      Delete
  2. kalau banyak cuti boleh balik kampung, hari tu rancang nak balik tapi dah ambil cuti pula sebab jaga anak demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang macam tu lah. Tapi bila ada peluang memang kampung halaman tak pernah lupa untuk di kunjungikan.

      Delete
    2. seronok balik kampung

      Delete
  3. Bila dah ada anak sekolah bermula darjah satu, memang cuti mak ayah ikut cuti seolah anak-anak. Baru-baru ni incik somi cuti sampai hari Rabu, kasi puas anak sulung jumpa sepupu sepapat dia. Buat masa ni inshaaAllah akan cuba balik setiap bulan walaupun takde cuti panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tu Ria. Bagi anak-anak gembira sama bila cuti sekolah. Apa salahnya ambil cuti masa anak-anak bercuti kan. Raikan mereka juga.

      Delete
  4. Assalammualaikum... pokok2u,

    mselim3 kalau cuti sekolah seronok bawak anak2 gi jejalan.. dekat2 aje.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam sahabat. Betul tu. Cuti sekolah jika tak balik kampung. Bercuti-cuti bawa anak berjalan pun ok juga. Bagi anak-anak seronok berjalan-jalan tengok keindahan alam juga.

      Delete
  5. Memang best..
    Tempat jatuh lg dikenang..
    Ini kan pula kampung kelahiran..
    & ayah bonda tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Jika ada masa dan cuti sekolah macam tu balik kampung memang seronok.

      Delete
  6. Ok jugak balik kg masa cuti sekolah ni. Sebab masa nilah anak anak cuti. Tp yg tak bestnya bapaknya susah pulak nak cuti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Itu yang biasa juga berlaku. Sebab tu kadang-kadang cuti sekolah panjang belum tentu lagi dapat balik kampung jika suami isteri bekerja atau pun boleh jadi susah nak mohon cuti. Tak dapat anak-anak nak bercuti-cuti malaysia di kampung.

      Delete
  7. Balik kampung masa cuti memang best... itu zaman dulu2 :D
    Sekarang ni... yang bestnya anak2 pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila dah jadi ibu bapa. Ada anak yang dah kahwin jadi tukar turn pula.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.