Cuti Sekolah Semua Cuti

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hampir seminggu dah cuti sekolah kali ini. Bila cuti sekolah pasti ramai yang suka kan. Terkenang masa zaman kanak-kanak dulu.Terutamanya bagi anak-anak dan adik-adik kita yang masih bersekolah. Ibu bapa tak kurang juga gembiranya. Bagi anak-anak yang bersekolah mereka tidak perlu lagi sibuk pagi-pagi nak bersiap ke sekolah.Tapi kena bangun awal juga untuk solat subuh. Pada sebelah siang pula boleh main puas-puas. Malam pun sama,tak ada sangat nak dengar suara ibu atau ayah yang minta mereka tidur awal.
Kira masa cuti sekolah ini jadual harian banyak yang berubah dari rutin harian mereka.Pendek kata cuti sekolah semua cuti la kan?

Cuti Sekolah Semua Cuti, cuti sekolah, zaman kanak-kanak
Cuti Sekolah Semua Cuti

Bagi ibu bapa pula,bila cuti sekolah mereka pun suka juga, betul tak kakak-kakak dan abang-abang?. Mana tidaknya bagi ibu bapa masa hari sekolah, meraka pun akan jadi macam anak-anak yang bersekolah juga. Bagun pagi nak kena kejutkan dan mandikan anak-anak, nak kena sediakan sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Nak kena cari jadual sekolah anak, nak cari baju,seluar,kain,stokin,kasut anak-anak juga jika anak masih kecilkan. Kadang-kadang yang dah besar pun sama tak berapa pandai nak menguruskan diri lagi. Lepas siap semua nak kena hantar mereka ke sekolah jika mereka tak pergi sekolah dengan bas. Macam-macam kerenah dan telatah anak-anak sekolahkan. Sebab itu bila sekolah cuti ibu bapa dah ada banyak masa berbanding hari persekolahan biasa.

Bila cuti sekolah ini,pasti banyak aktiviti yang telah dan akan kita laksanakan. Awal-awal cuti sekolah anak-anak dah bagitahu nak pergi berjalan makan angin. Cuti-cuti Malaysia yang glamor kita guna hari ini. Cuti-cuti Malaysia ini termasuk pergi balik kampung, menghadiri majlis perkahwinan saudara mara, melancong tempat-tempat peranginan di dalam dan luar negara, Tak kurang juga ada dikalangan mereka yang tinggal di kampung datang melawat ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya. Sebab katanya Kuala Lumpur banyak tempat yang boleh dilawati. Bagi yang tinggal di bandar pastinya nak pergi tempat-tempat yang damai macam balik kampung atau ke pulau-pulau peranginan di dalam atau di luar negara. Bagi yang berkemampuan dan dipilih Allah S.W.T meraka manfaatkan cuti sekolah ini dengan pergi buat umrah. Pasti seronok pegi ke Mekah dan Madinah kan. Dapat melawat tempat-tempat yang bersejarah di dalam Islam. Dapat buat ziarah di Makam Nabi S.A.W dan para sahabat. Pastinya jika kita di pilih Allah untuk ke sana, gunakan masa kita dengan sebaiknya semasa berada di sana. Solat di sana Allah akan ganjarkan dengan seratus ribu kali ganda berbanding kita bersolat di tempat kita. Macam-macam amal lagi dapat buat disana. Manfaatkan sebaiknya, jangan kita sibuk dengan nak pergi ke pasar-pasar di sana.Nanti rugi masa dan wang yang kita habiskan untuk buat umrah. Lagi rugi jika kita langgar adab-adab semasa buat umrah disana.

Semasa cuti sekolah ini,jika kita pergi bercuti amatlah penting kita manjaga kesihatan dan keselamatan diri kita dan anak-anak kita. Jika meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama kunci rumah dengan baik. Jangan nanti balik dari bercuti semua barang licin dalam rumah kita. Saya cadangkan masa bercuti ini kita minta jiran berdekatan dengan rumah kita melihat juga rumah yang kita tinggalkan, bagitahu juga kepada balai polis berdekatan agar mereka dapat mengawasi rumah kita semasa ketiadaan kita. Tapi cara yang terbaiknya sebelum meninggalkan rumah, baca dulu doa keluar rumah dan Ayat Kursi 3x sebagai pendiding dan penjaga rumah kita. Insyallah Allah S.W.T. akan memelihara rumah yang ditinggalkan sepanjang kita bercuti di tempat lain. Allah Maha Pemelihara. Kita usaha dan bertawakal,sebab semua benda yang berlaku,berlaku dengan izin Allah S.W.T sahaja.Selamat bercuti kawan-kawan. Jaga diri dan jaga keluarga juga semasa bercuti.


28 Comments

  1. paling akak suke time cuti sekolah sbb jln nk pg keje langgang je... blh kuar umah lwt pun tp sampai opis msh awal lg, cume nyer time pg supink2 or jln2 ramai lain mcm org nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Bila cuti sekolah jalan lengag. Cepat sampai tempat kerja.

      Delete
  2. Kalau kakak yg paling ketara dapur kakak banyak bercuti dari memasak:)
    Sarapan pun banyak beli sebab depan taman kakak ada warung. Tengahari kalau Mak Zah mereka tanya beli ke masak mereka kesian Mak Zah mereka itu yg makan beli juga.
    Malam pula keliling ada restoran. Warung burger tak masuk lagi sana-sini.
    Anak-anak kakak apa lagi duit atas almari dah sedia senang beli ajelah... Mak Zah mereka pun rilex tak perlu terkejar-kejar nak iron baju bagai. kurang kerja dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila cuti sekolah ringan sikit Mak Zah yea. Bagus macam itu. Bagi rehat.

      Delete
  3. best kan cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nurzakiah, Best bila cuti sekolah.

      Delete
  4. zmn saya kecik2 dulu...cuti sklh jer mak hntr balik kampung..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habiskan cuti sekolah di kampung lagi seronok.

      Delete
  5. akak tak rasa apa2 beza sbb mia tak sekolah lagi,..ehe

    ReplyDelete
  6. kak pun cuti masak..mkn biskut je..

    ReplyDelete
  7. seronok juga bila anak2 cuti sekolah ni kan?.. mcm2 aktiviti yg boleh dirancang.. kenduri khawin tu toksah ckp lah, mmg banyak jemputan..:)

    ReplyDelete
  8. sebut tentang umrah ni memang dari tanah air kena tekadkan dalam hati niat semata2 kerana nak beribadah..kalau rasa nak bersiar2 kena gi melancong ke tempat lain kan :)

    ReplyDelete
  9. Anonymous1.6.13

    setju sgt but for KA cuti ke tidak sama je busy nyer hehehe

    ReplyDelete
  10. Tak dapat g bercuti lg :(

    ReplyDelete
  11. Cuti sekolah dipenuhivdgn undangan kenduri kahwin . .

    ReplyDelete
  12. Cuti sekolah ni banyak rumah yang lengang, sebab tu bahaya sikit kan.

    ReplyDelete
  13. cuti sekolah ni akk rasa sunyi je kat tmpat kje ni.. kat umh pun sama.. sebab kalau tak bising bunyi bas sekolah.. =)
    tinggal lagi beberapa hari je cuti dah nak hbis..

    *akk tmbah sikit duit tabung nuff sini ye.. =)

    ReplyDelete
  14. cuti sekolah dapat buat banyak benda yg tak dapat saya laksanakan waktu pagi kalau hari bersekolah. contohnya bersarapan pagi dengan roti canai di warung kegemaran (selalu pekena hujung minggu je, hee)

    ReplyDelete
  15. BANYAK AKTIVITI NAK BUAT TAIM CUTI SEKOLAH NI......

    ReplyDelete
  16. cuti sangat menyeronokkan walaupn 2 hari.. sehari suntuk tido je.. lkeesokan harinya baru plan nak p jalan2 kat mana. hehe kiranya hari pertama tu rehatkaan badan. ambik mood cuti,:)

    ReplyDelete
  17. Cuti Sekolah adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid sekolah.

    ReplyDelete
  18. Best cuti sklh. X pyh ssh ht anak dok main panas. X pyh ssh hati klw hujn ptg2. Sbb yg pastinya ank2 slmt kt rumh. Insya allah.

    ReplyDelete
  19. saya sukeee cuti skolah. coz jalan x jem.. tenang je bile nk g opis.hihi

    ReplyDelete
  20. masa cuti sekolah akk paling sibuk.kena jaga cucu sbb mereka taknak duduk taska..

    ReplyDelete
  21. yee..cikda jugak bergumbira cuti sekolah.. hehhehe.. tapi yg sedehh duit pun habis.. huwa...

    ReplyDelete
  22. masa saya sekolah dulu klu time cuti emak saya kurang sikit beban kerja rumahnya sebab saya dah ambil alih kerja dia..

    tapi sekarang bila time cuti sekolah lagi byk kerja rumah yg saya kena buat..anak yg besar tinggal diasrama jadi bila balik bercuti mmg diorang akan rehat sepuas puasnya..

    time cuti sekolah juga masa saya byk didapur..pendek kata mmh takdan kering kuku..

    ReplyDelete
  23. dulu kerja di swasta tidak terasa bab cuti nie...tahu je kalau dah kenderaan kurang di jalan raya...bila bergelar guru plak...ada masa ke datang ke sekolah untuk buat kerja yang tertangguh

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.