Permainan Galah Panjang

Assalamaulaikum.

Apa khabar kawan-kawan semua, hari ni kita bercuti yea. Teringat dulu masa zaman kanak-kanak, Hari cuti sekolah adalah hari yang paling di tunggu-tunggu, sebab dah tak perlu bangun awal pagi,boleh tidur lama-lama sikit pagi jika tak ada hal yang nak di buatkan dan yang paling best adalah,dapat main puas-puas..hehehe..

 Hari ni saya nak berkongsi satu permainan tradisional yang saya main masa zaman kanak-kanak dulu.Nama permainan ni ialah Galah Panjang. Kalau dalam bahasa Kelantan nya main "Coh". Orang Kelantan tahu kot permainan ni. Permainan Galah Panjang ni dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.

 Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Bahagian gelanggang galah panjang
Sebelum permainan dimulakan undian secara "wan tu som" dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

Rasa-rasanya kan. Sekarang ni ada lagi tak permainan ni di mainkan?

22 Comments

  1. Dulu Saye Slalu Main Galah Panjg..
    Sekrg Dah Tak Dah..hehehe..
    Tapi Budk2 kecik Kg Saye Still
    Main Game2 Tradisional nie..

    ReplyDelete
  2. Anonymous20.10.12

    seronok tu. skang bukan galah panjang dah ganti dgn sep tiang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pula permainan galah panjang ini dah tukar nama.

      Delete
  3. dah lama tak main..balik kg tgk dak2 ada lagi yg main galah panjang..masih belum dilupakan dik manggis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada lagi yang main permainan galah panjang ini. :-)

      Delete
  4. alamak..teringin plak nk main,ngeheheh!!

    ReplyDelete
  5. huhu feveret dulu nih. bdk2 skrg main on9 game je kejenye hehe

    ReplyDelete
  6. rindu nak main lg...best nye dlu

    ReplyDelete
  7. mmg peberet dulu nih.. bestnya hai bila di kenang kembali

    ReplyDelete
  8. sonoknye...dulu pun slalu main ngan kwn2...
    skang ni dh jarang tgk budak2 main kan????byk games kt computer dah...
    teringatla zaman kecik2 dulu......

    ReplyDelete
  9. ooooo..lamenye tak main galah panjang..hehehe..baca entry ni memang mengimbau balik zaman2 dulu..hehehe

    ReplyDelete
  10. penah main dulu...ada lagi tapi tak semeriah dulu le kot....dulu2 mana ada games pc,ps,hp mcm sekarang ni...

    ReplyDelete
  11. wak dulu pon penah maen galah panjang jugakk.. ahhhakks

    ReplyDelete
  12. masa kecik2 dlu selalu main. dengan roundes.. pastu balik umah muka penat konon penat blaja kt sekolah padahal penat main hihihihi

    ReplyDelete
  13. k.ani x pandai main galah pjg ni.....kita dulu main teng2 jer...hehehe....

    ReplyDelete
  14. saya dulu2 masa sekolah mmg main game ni
    seronok sgt.. :)

    ReplyDelete
  15. bestnyer game ni, teringat masa kecik2 dulu suka sangat main..

    ReplyDelete
  16. Memorinya...dulu CiM panggil belon acah. Wan to som tu plak CiM panggil 'obejus'

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.