2012-10-22

Kisah Pencuri Dan Seorang Abid

Posted by Pokok Manggis Depan Rumah in , 21 comments

Di zaman Nabi Musa `alahi salam ada seorang hamba Allah S.W.T yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa `alahi salam sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa `alahi salam. Katanya; “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa A.S, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa `alahi salam dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa `alahi salam.

Pencuri
Nabi Musa A.S. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah S.W.T supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” (Riwayat Muslim)

21 comments:

  1. ish ish..semoga segala amalan baik kita diterima Allah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi kisah ini..

    ReplyDelete
  3. kena muhasabah diri kita... amik pengajaran dari cerita ni

    ReplyDelete
  4. itu lah kite tak tahu pun dimana kita akan berada..semoga Allah pelihara kita..amin

    ReplyDelete
  5. thanks sudi kongsi kisah pengajaran ni...

    ReplyDelete
  6. suka baca kisah2 nabi..banyak mnfaatnya kan.

    ReplyDelete
  7. nice story...... ;) suka dtg blog ni mcm2 cerita yg bole buat kita insaf dan mehasabah diri..

    ReplyDelete
  8. Itulah kebaikan kita belum tentu diterima dan kejahatan org belum tentu ianya berpanjangan. Ingat sebaik-baik kita ada org lebih baik dari kita..

    ReplyDelete
  9. kita semua sama disisiNya..yg mmbezakan cuma amalan ;-)

    ReplyDelete
  10. salam ukhwah..terima kasih sudi singgah di blog saya

    ReplyDelete
  11. gd sharing ni dear, sngt2 mengesankan !

    ReplyDelete
  12. pengajaran buat semua...=)
    salam mesra...=)

    ReplyDelete
  13. thanks share dik, bgs utk di jadikan panduan bt kite, sapalah kite utk mengukur sejauh mana keimanan kite, sesungguhnya cume Allah yg mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  14. Semoga segala amalan kebaikan kita Allah terima.

    ReplyDelete
  15. amek pengajaran daripada kisah ni...:)

    ReplyDelete
  16. smoga kita mejadi lebih baik tetapi tidak memandang diri kita lebih baik kan

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga Tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen. Gunakan Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink dan memudahkan kunjungan balas dari saya.

Categories

Tazkirah (47) jobdirumah penipu (22) Islam (21) Pendapatan Sampingan (16) Semasa (14) Nuffnang (12) Pendapatan Jobdirumah (12) Solat (12) Motivasi (11) Buat Duit Dengan Blog (10) Tips Perkahwinan (10) Wordless Wednesday (10) Buat Duit Dengan Internat (9) Kehamilan (9) Hari Jumaat (8) Kelebihan Puasa (8) wanita solehah (8) Cantiknya Islam (7) Kelebihan Solat (7) Panduan Jimat Elektrik (7) Puasa (7) Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang (7) jobdirumah tipu (7) Adab Seharian (6) Amal Baik (6) Amalan Harian (6) Doa (6) Jimat Elektrik (6) Kerja Sambilan (6) Rasulullah S.A.W (6) Sahabat (6) Tips Berbelanja (6) Tips Kesihatan (6) buat kerja dari rumah (6) Cara Jimat Elektrik yang Berkesan (5) Kelebihan Al-Quran (5) Kelebihan Ramadhan (5) Murah Rezeki (5) Supermarket (5) Contest SEO (4) Kisah-kisah Nabi (4) Tips Blogspot (4) Anak Soleh (3) Bercinta kerana Allah (3) Buat Duit Dengan Menulis Blog (3) Cinta kerana Allah (3) Lelaki Muslim (3) Mencari Redha Allah (3) Mengandung (3) Petua (3) SEO (3) Sunnah Nabi Muhammad S.A.W (3) Taufik dan Hidayat Daripada Allah (3) Teknik Bakar Lemak Pantas (3) Zaman Kanak-kanak (3) jobdirumah menipu (3) Aurat (2) Bersalin (2) CPUV Campaign (2) Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan (2) Cara Nak Lulus Ujian Memandu Dengan Mudah (2) Celcom (2) Kelebihan Zikir (2) Kematian (2) Komisen Program Affiliate (2) Lulus Ujian Memandu (2) Makan-Makan (2) Nasihat Luqman Al Hakim (2) Suami (2) Tips Blog (2) Tips Tidur (2) Ujian Allah (2) Barang Keperluan Bersalin Ibu (1) Buah Manggis (1) Buffering Earnings (1) Cimb Bank (1) Facebook (1) Hikmah Sakit (1) Kelebihan Selawat. (1) Kenapa SEO Penting Dalam Blog? (1) Kerja Kerajaan (1) Khasiat Buah Manggis (1) Khasiat Habbatus Sauda (1) Khasiat Kurma (1) Mandi (1) Menjadi Kreatif (1) Panduan Asas SEO (1) Panduan Solat Qasar Dan Jamak (1) Pendapatan Tambahan (1) Petua Batuk (1) Petua Jerawat (1) Potong Kuku (1) Restoran Killiney Kopitiam Cyberjaya (1) Surah Yasin (1) Susah (1) Syukur (1) Tawakal (1) Teknik SEO (1) Tips Balik Kampung Dengan Selamat (1) Tips Komputer (1) Tips Membina Keluarga Bahagia (1)
Copyright © Pokok Manggis Depan Rumah | Powered by Blogger
Design by N.Design Studio | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com