Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Assalamualaikum..

Pada zaman Nabi Musa A.S, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Nabi Musa A.S  bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa A.S berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa A.S berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..


Allah pun berfirman kepada Nabi Musa A.S  “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Nabi Musa A.S pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Nabi Musa A.S pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Nabi Musa A.S berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Nabi Musa A.S,  Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

sumber

24 Comments

  1. sesungguhnya Allah maha mengasihi umatNya.... kita je yang tak nak berdoa minta belas kasihanNya.

    ReplyDelete
  2. betul tue... Allah maha segalanya

    ReplyDelete
  3. aah dikk
    allah maha penyayang ..
    kalau benar dia x menutup aib kita
    huhuhu xtahulah kita nie macam mana

    ReplyDelete
  4. Begitulah betapa rahim dan rohmannya Allah.
    Sedangkan manusia hari ini berlumba-lumba menelanjangkan keaiban org lain.
    Na'uzubillah...

    ReplyDelete
  5. sebanyak mana pun dosa jika ikhlas bertaubat Allah tetap akan menerimanya

    ReplyDelete
  6. Allah tu maha pengasih dan penyayang....

    ReplyDelete
  7. sesungguhnya Allah lah tempat kita berserah sebaik2xnya...

    ReplyDelete
  8. suka kisah2 nabi ni banayk pengajaran yang kita perolehi.

    ReplyDelete
  9. ya allah..semoga Allah menutup aib ku juga..

    jgn buka aib orang lain! insya allah, aib kita pun akan ditutup..

    ReplyDelete
  10. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun..sungguh terkesan dengan kisah ini..terimakasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  11. Anonymous18.10.12

    tq dear for sharing this! setuju ngan rai!

    ReplyDelete
  12. Allah maha pengampun dan Maha penyanyang...

    sedangkan kita sebagai umatnya pula asyik nak buat aib sesama sendiri

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ..
    seperti mendapat ilmu baru pagi2 ini,
    terima kasih kerana berkongsi!
    :)

    ReplyDelete
  14. as salam,

    akk baru tebaca artikel ni dlm sebuah majalah..thanks sharing, masa baca yang last tu meremang bulu roma...betapa kasihnya Allah pada hamba-hambaNya..

    ReplyDelete
  15. allahu akbar.... insaf saya......

    ReplyDelete
  16. saya suka baca entry ni...nak lagi cerita2 mcm ni awk ;))
    Tapi tatw laa kenapa manusia skrng lebih suka membuka aib sesama sndri..lagi bila ada perasaan dengki.iri hati, hmm..cerita ni btul boleh menfaat kan semua org.. tq for sharing this.

    ReplyDelete
  17. catatan menginsafkan diri... terima kasih...

    ReplyDelete
  18. betul tue dik.. kita patut bersyukur sebab Allah dah buat yg terbaik utk kita.. cuma kita je selalu leka ;)

    ReplyDelete
  19. menginsafi diri.....
    kna sentiasa bersyukur pada-Nya.....
    selalu terlupa dengan keasyikan dunia..

    ReplyDelete
  20. semoga Allah ampunkan dosa yg kita sembunyikan,dosa yg kita nampakkan,dosa kita yg dulu,dosa kita yg sekarang ini.dosa kita kpd kedua ibubapa kita,dosa kpd suami,dosa kita kpd anak-anak,dosa kpd abang,kakak adik,ipar duai dan sahabat.ampunkan kami Ya Allah.

    ReplyDelete
  21. sentiasa bersyukur padanya..thnks perkongsian yg baik:)

    ReplyDelete
  22. InsyaALLAH aib kita akan terpelihara sekiranya kita sentiasa tidak lupa pada NYA dan tidak sekali-kali membuka aib orang lain...ALLAH maha mengetahui...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.