Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori. Ingat lagi tak Air Milo Lori yang datang ke sekolah masa zaman sekolah dulu. Yea air milo yang menjadi bualan dan mendapat sambutan hangat bila datang ke sekolah masa saya sekolah. Bila lori milo ni datang, semua budak-dudak dalam kelas tak berapa nak boleh bagi tumpuan sangat dah kat guru mengajar. Tunggu aje nak dengar pengumuman dari mikrofon kat sekolah. Minta pelajar keluar dari kelas beratur pergi ke lori milo yang datang. Nostalgia betul rasa.hohoho..

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori, Lori Milo,
Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Memang tak boleh lupa saat tu. Sekolah kampung, pelajar tak ramai. Jika lori milo tu datang pun. Tak adalah pelajar perlu tunggu lama nak habiskan satu kelas ke kelas lain. Bila datang lori milo waktu cuaca panas. Memang seronok aje rasa. Jika ada peluang boleh ulang dua tiga kali. Kalau tak sekali pun dah jadi dapat merasa keenakan air milo lori yang datang ke sekolah pada masa tersebut.

Zaman milo lori dah berlalu. Dah tak dapat nak merasa minum air milo dari lori milo yang datang ke sekolah masa jadi pelajar. Jadi oleh sebab nak merasa air milo lori ni lagi. Saya cari dan kongsikan di sini cara-cara nak buat air milo sedap macam milo lori yang datang ke sekolah kita dulu-dulu.

Cara buat air milo sedap macam milo lori ni saya dapat dari group facebook. Jika anda nak cuba, boleh ikut langkah-langkah penyedian di bawah ni yea.Akak Hainom Okjer, Kakzakie dan rakan bloger yang suka kongsi resepi tu boleh cuba resepi milo lori sedap saya ni yea. Kalau jadi, anda semua memang terbaik!

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Ikut langkah-langkah ni yea. Insyallah anda akan dapat rasa keenakan rasa milo lori resepi yang diajarkan oleh pembuat air milo lori yang sedap satu masa dulu.

1. Mula-mula ambil satu gelas sedang besar atau mug.
2. Masukkan susu pekat satu sudu dan serbuk milo 3 sudu.
3. Masukkan air panas, suku ( 1/4) mug atau sama peras dengan milo tadi.
4. Kacau perlahan sehingga air panas tersebut menjadi suam.
5. Letak ais (air batu ) hingga penuh mug tadi.
6. Biarkan air batu mencair sampai tidak kelihatan satu ketulan air batu pun.
7. Biarkan beberapa minit. Tunggu dengan sabar.
8. Bila semuanya sudah cair. Nikmatilah rasa air milo sebijik macam baru keluar dari milo lori kat sekolah tu.


[+]Rahsia Bisnes Air Balang Pasar Malam !!!
Klik Sini
[+]Rahsia Tambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
[+]Panduan Dekorasi Bajet Rumah Anda! Klik Sini

Macam tulah rahsia membuat air milo rasa seperti air milo lori yang datang ke sekolah satu masa dulu. Ianya boleh dipercayai dan telah dicuba oleh ramai penggemar milo lori atau ven milo yang datang ke sekolah. Selamat mencuba kawan-kawan.

37 Comments

  1. Makchaq masa kecik2 memang suka sangat milo lori/van milo ni... nak dapat minum milo pun harap lori milo je la...
    Dapat secawan minum sikit2...jimat2
    Sedapnya sampai makchaq simpan cawan kertas bekas milo tu & cium berkali2 sampai hilang bau dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nostalgia betul jika diingatkan zaman minum air milo lori ni. Bukan setakat murid yang suka, cikgu pun suka juga. Bila lori milo datang. Sekejap aje berita tu tersebar.

      Delete
    2. susu pekat yang dimaksudkan tu gner apa brand

      Delete
    3. Apa-apa jenis susu pekat kat pasaran pun boleh. Selamat mencuba air milo sedap yea.

      Delete
    4. alright... thank you

      Delete
  2. yg penting nk bt milo mmg kene banyak.... yg skrg ada jual kt psr mlm bagai contoh susu 1 sudu milo pun 1 sudu... mmg tak kick lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh cuba cara kat atas ni akak. Insyallah menjadi dan sedap berbanding air milo yang jual kat pasar malam tu.

      Delete
  3. Nak cubalah PMDR..
    Tapi milo dah lama tak masuk rumah akak ni..
    Gantilah dgn smart coco ni..
    Cara ikut kaedah diatas..
    Tq share PMDR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba juga guna coco tu. Mana tahu rasa dia setanding dengan milo lori yang datang ke sekolah dulu.

      Delete
  4. Hihi... kakak pun ingatlah dik bab beratur tunggu cawan kertas isi air milo. Dulu cawan kertas tak macam sekarang cawan plastik:) itu pun dah bersyukur sebab kakak kan miskin mana pernah beli milo bapak tak mampu - sedih tau:(

    Sekarang resepi ada tapi nak buat pun malas alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dulu nak merasa milo kadang-kadang aje jumpa. Kalau ada lori milo yag datang ke sekolah memang suka masa sekolah tu.

      Delete
  5. kawan beli 3 in 1 setel terus hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yea ker.. Tapi bagi saya 3 in 1 lain rasa dia dengan milo lori yang datang kat sekolah tu. Milo lori tu terbaik.

      Delete
  6. ada jugak pernah baca resepi ni..konon2 nak cuba..terus lupa..tengok balik boleh la cuba..hehe

    ReplyDelete
  7. senang rupanya. boleh try n...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Senang aje. Selamat menikmati milo ais yang sedap persis milo lori kat sekolah dulu.

      Delete
  8. pengsan banyak2 sangat milo.. huhuh

    ReplyDelete
  9. Ya Allah...mmg betul nostalgik sangat pengalaman minum milo lori ni tau. Mmg tak sabar rasanya nak beratur ambik air milo sejuk ek....
    Mmg susah nak dpt minum milo zaman mak kecik dulu PM...tu yg teruja sangat bila lori milo dtg sekolah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang milo lori ni mendapat sambutan hangat bila datang ke sekolah.

      Delete
  10. Heiiii....mana dpt resepi tu? Yelah tu hihi...Nanti nak cuba jugaklah ikut sukatan resepi awak tu PM....

    ReplyDelete
  11. rajin plak hang buat milo tu ehh..

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milo ni sedap. Nak tambah dua tiga kali kalau pekena milo lori ni.

      Delete
  12. mmg suka minum milo.. lagi2 milo tabur... mmg bertabur kalau bercakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Milo lori ni rasa dia lagi sedap pada saya. Milo tabur pun apa kurangnya juga. Sedap.

      Delete
  13. Saya nak cuba buat meniaga la..terima kasih banyak2 share di sini..semoga murah rezeki admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jangan tak cuba. Mudah nak buat air milo ni bila kena caranya.

      Delete
  14. Saya nak cuba buat meniaga la..terima kasih banyak2 share di sini..semoga murah rezeki admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba. Semoga perniagaan kak Long bertambah maju.

      Delete
  15. Kakak guna resepi kakak ajelah sebab kakak guna susu tepung omega
    Kalau dah biasa sedap juga tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu tepung sedap juga tu. Saya guna susu pekat.

      Delete
  16. Amboiiii dah terer sangatlah buat milo tu yeh hihi... Yelah PM teringat betul nostalgia lori Milo ni. Dulu nak minum milo punyalah susah, harap lori milo dtg sekolah jerlah.... Masa tu mmg sedap ya amatlah....
    Sekarang nak minum milo, cuma rajin tak rajin jerlah nak buatnya kan...

    ReplyDelete
  17. Admin..kalau nk buat dlm kuantiti yg banyak..berapa bancuhan dia..

    ReplyDelete
  18. dpt jg tips ni tapi x penah nk buat hahahaha malas sbnrn yer sy ni hahaa

    ReplyDelete
  19. Kalo balang 30 liter tu mcm mn sukatan milo dn susunye

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.