Kisah Seorang Hamba Dan Seekor Anjing


Diceritakan bahawa pada suatu hari*Abdullah bin Jaafarsedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.


“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus... bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

WALLAHUALAM

22 Comments

  1. ada hikmahnya kan

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semuapun mempunyai "keinginan" macam Hamba Allah tersebut....
    Amin..

    ReplyDelete
  3. Insyaallah segala kebaikan akan di balas walau lambat atau cepat.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua dapat pengajaran dari kisah ini

    ReplyDelete
  5. wak nk ucap salam aidiladha.. lusa dh raya.. ehhhEEe

    ReplyDelete
  6. Sedikit bakti ditabur ganjaran dari Allah berlipat kali ganda..

    ReplyDelete
  7. rajinnya bercerita..

    ReplyDelete
  8. amboi rajin benar adik ni update cerita ye..suka sgt baca tau..hee

    ReplyDelete
  9. suka cerita sebegini... ada pengajarannya

    ReplyDelete
  10. Anonymous23.10.12

    ambil iktibar dari cerita2 mcm ni tq share yek

    ReplyDelete
  11. lagi takde duit..lagi kena derma..tapi kita duk takut duit habis sebab derma..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum pokok manggis..seorang hamba abdi pun boleh berhati mulia & menghulurkan bantuan..kalo orang plak kedekut nak keluarkan sumbangan untuk membantu orang susah tak tau macam mana depa fikirkan..semoga lebih ramai orang yg bersifat seperti hamba abdi ini..

    ReplyDelete
  13. cerita ni na pernah dgr dari ustazah na taw :)) nice sharing utk smua org kan.. pkok manggis nakk cerita mcmni lagi ;))

    ReplyDelete
  14. ambil iktibar dari cerita nie

    ReplyDelete
  15. ada pengjaaran dlm cita ni..huhu

    ReplyDelete
  16. semoga dpt pengajaran..dr cerita ini...

    ReplyDelete
  17. subhanallaj ternyata warna kulit seseorang bukan ukuran tinggi ketaqwaan nya

    ReplyDelete
  18. smg mjadi pengajaran ngn kisah ini:-)

    ReplyDelete
  19. terharu nya jadi mcm tu.. kebaikan yg terserlah..

    ReplyDelete
  20. sesungguhnya kite tak boleh terlalu yakin bahawa diri kite dh ckup sempurna, dh cukup baik di sisi Allah

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.