Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sajahtera
Hari minggu semalam saya balik kampung ke-2 sy. Balik2 anak buah main-main nak
buat wau (Layang-layang). Nak tolong dia org khusyuk dok buat.
Jadi tak apa la. Pas tu Fikri(yg kecik) datang, suruh sy buatkan wau dia yg tak siap. Saya pun tolong buat la.. Datang2 dah mcm ni dah. 


Sy pun tolong sambung buat yg dia org buat. Bila buat wau ni teringat zaman kanak-kanak dulu. Dulu buat wau ngn buluh,tapi dah sekarang dok bandar ni,mana dah nk jumpa buluh.. Dia org guna lidi. Abg Fikri, Faris beli kat kedai sekolah agama. Jadi boleh gantikan buluh dengan lidi. Sambung wau yag dia buatkan dengan Faris, Pastu sy tampal ngn surat khabar aje.


Masa kecik2 dulu, wau saya cantik. ada la ala-ala macam ni..hehehe..


Lepas siap..jadi la macam ni..


Ni gambar sikit2 aje.. yang sebenar tak boleh tunjuk.. Nanti ada yang nak tempah pula. :-)
Lepas siap semua, makan cheese wedges yg akak buat. Nyam2..sedap.. Ala-ala KFC dah,sbb mkn yg semalam nak lagi.. Ari ni,beli goreng sendiri..


Bila ingat zaman budak-budak dulu best. Main,makan,tido,tengok tv, pegi mengaji,pegi surau..macam2 lagi la.. Tapi bila dah besar ni,dah tak boleh dah.. PK pasai keje,pk pasai dunia yang tak abis2. Jarang sangat pk tentang kehidupan akhirat yang nk pegi, bekal amal pun sikit lagi. Harapan tinggi utk kehidupan di sana,nak dapat tempat yang baik( Syurga )..tp bila tengok amal yang dah di buat. layak kah aku utk semua tu..
So, kene ada TAKUT & HARAP pada Allah S.W.T. 
TAKUT amal2 yang dibuat Allah tak terima.
HARAP moga2 Allah terima apa2 amal baik yang dah di buat.. 
Selamat Beramal..




2 Comments

  1. kangen masa kecil gan
    terimakasih atas info nya

    ReplyDelete
  2. masa kecil adalah masa yang paling berkesan
    terimakasih gan

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.