Berkebun Boleh Sihatkan Badan dan Minda

2016-02-25

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berkebun Boleh Sihatkan Badan dan Minda.Yea anda ada kebun ker? Jika tinggal di kawasan rumah ada kawasan tanah yang luas boleh kiranya waktu petang tu jika balik kerja awal buat aktiviti berkebun kan. Tak pun jika tinggal di kawasan bandar boleh aje buat kebun di bandar.

Berkebun Boleh Sihatkan Badan dan Minda, Hidup Sihat,
Berkebun Boleh Sihatkan Badan dan Minda
Seronok juga petang-petang tengok hasil tanaman sedikit sebanyak di kawasan rumah. Nak jual tu tak adalah. Boleh guna kadang-kadang untuk masak, buat ulam-ulam pun dah ok kan? Jika saya ada masa lapang waktu petang bolehlah tengok tanaman sikit-sikit yang ada. Jika tak sempat hari minggu kalau tak buat kerja dalam Jobdirumah. Saya tengok kebun mini saya tu juga.

Sebenarnya bukan apa sangat pun. Lebih kepada nak bagi badan keluar peluh aje petang-patang. Kadang-kadang duduk di tempat kerja tak keluar peluh pun. Jika menapak jauh sikit cari tempat makan baru keluar peluh. Jika tak alamatnya kuranglah peluh yang keluar setiap hari jika nak harapkan duduk di pejabat tu. Jadi lepas waktu pejabat berkebun macam ni pun seronok juga.

Apa Yang Saya Rasa Lepas Berkebun
Mesti ada yang tanya, apa yang saya rasa bila ada kebun atau pun tanaman sikit-sikit di kawasan rumah. Saya rasa seronok dan gembira gitu. Sama aje seronok dengan gembira tu.hoho..

Bila tengok tanaman yang kita tanam mengeluarkan hasil memang seronok. Yea lah contohnya macam lada, serai, pandan, pokok asam limau purut dan macam-macam lagi tu. Jika nak buat tomyam katalah. Semua sedikit sebanyak bahan tomyam tu saya dah ada. Cuma tambah-tambah lagi sayur yang ada jika perlu. Dah boleh jimat sikit, tak perlu nak beli bahan tu banyak-banyak. Lagi pun buat tomyam sekali sekala aje. Petik sikit masukan apa yang patut, tambah perencah tomyam adabi dah siap tomyamnya.

Lagi satu, dapat buat pahala juga kadang-kadang jika ada jiran tetangga yang nak minta benda-benda tu jika mereka nak masak. Benda percuma yang Allah SWT bagi. Saya pun bagi aje. Tak perlu nak bayar pun semua tu. Tak ada nak jadikan tanaman yang ada ni sebagai hasil dua kerja saya.Tanam, siram sikit-sikit dah dapat hasil. Alhamdulillah.

Apa yang saya dapat dari berkebun ni saya rasa badan pun rasa segar. Bila sibuk di pejabat rasa minda pun tak berkembang sangat. Asyik tengok benda yang sama. Jadi bila berkebun ni boleh meregangkan otot-otot dan menyergarkan minda yang dah serabut di pejabat tu.

Lagi satu berkebun ni pun boleh jaga badan. Yea! tak percaya anda boleh baca dalam Panduan Jaga Badan ni. Nak sihat, nak cantik kena jaga badan tau. Insyallah bila badan sihat, minda pun boleh jadi cergas.

Banyak tips sihat yang dikongsikan dalam Panduan Jaga Badan ni.

Petang nanti nak masak tomyam jika sempat. Buat pengat pisang pun sedap juga dengan pisang dan pandan yang ada tu.

ps: Masuk hari Jumaat esok jangan lupa potong kuku dan baca Surah Al-Kahfi. Baca surah ni Allah SWT akan ampunkan dosa-dosa kita sepanjang satu minggu tersebut.
Share

22 comments:

  1. sbb tu kita tgk mak ke nenek kite kt kampung sihat2 je... hepi je kalu keliling umah menghijau ngn hasil tanaman...
    bila dpt mengutip hasil lg hepi senyum manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah best tinggal di kampung. Boleh berkebun keliling rumah. Tapi jika tinggal di bandar. Tanam yang senang dan kita selalu guna. Itu pun dah ok.

      Delete
  2. dapat melihat tanaman menghijau di tepi rumah cukup puas hati. apalagi dapat mengutip hasilnya dan boleh berjimat belanja dapur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakyon. Ada tanaman sendiri di keliling rumah memang seronok. Ada masa boleh tengok dan jika ada hasil bolehlah nak menikmatinya.

      Delete
  3. Knor hri2 keluarkn peluh...dlm rmh.., ok takkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga. Buat apa tu Knor?
      Buat kuih ker?

      Delete
  4. Kakak suka berkebun sebab kakak memang asal org kampung. Cuma rumah yg kakak duduk ni tanahnya secoet hihi.... Sesak macam-macam kakak tanam. Daun kesum, kunyit, cili, pandan, kari, pucuk beruas pun ada tau. Tak masuk pokok bunga lagi tu... Kalau dpt rumah bungalow banyak tanah memang best kan. Tak pun macam rumah kampung kakak apa pun ada:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bila ada banyak tanaman sekeliling rumah kita. Tak guna buat makan. Bagi sedekah kat orang lain pun kita dapat manfaat juga. Duduk rumah kampung memang seronok akak.

      Delete
  5. Cantiknya kebun awak tu PM....
    Mmglah jadi semangat kalau dapat tengok hasilnya apatah lagi kalau dpt makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok jika dapat berbakti kepada tanah. Dapat hasil macam-macam.

      Delete
  6. wow...cantik kebun awk ni, walaupun kebun mini, sejuk mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok jika ada kebun mini. Balik kerja macam-macam, pergi rehatkan diri sekejap waktu pagi atau petang di kebun mini. Seronk ada tanaman macam-macam. Badan pun rasa sihat.

      Delete
  7. Kalau dah laman besar sangat pun tak terkerjakan jugak.. terpaksa panggil mat indon kemaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tanam yang kecil aje. Yang mudah nak urusakan.

      Delete
  8. Kebun belakang rumah dah mula naik lalang lagi .. ada la pokok rambutan dan mempelam yang dibeli tgh naik ... takut mati lak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tebas jika dah tinggi lalang tu HH. Nanti lama-lama takut mati pula pokok rambutan dan mempelam tu.

      Delete
  9. Bab bab berkebun ni suka tp kurang rajin. X pandai pun nak berkebun. Tambah la skrg dok bandar ni. Tanah pun x de

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berkebun nak bagi peluh keluar sikit. Kadang kerja tak keluar peluh sangat. Sambil-sambil isi masa yang ada.

      Delete
  10. Kat area KL nie susah sket nak bercucuk tanam... Disebabkan minat, teman ada tanam pokok nenas didalam pasu... Sekarang nie sedang berbuah... Tunggu time untuk dipetik je... 😋☺️☺️ Seronok bila hasil tanaman menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Ada pokok nenas tu. Nanti dah nak petik ambil gambar kongsi dalam blog yea. Nak tengok juga.

      Delete
  11. kene cabut rumput dahulu sebelum berkebun hehehe..tu yang berat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu perkara biasa kena buat jika nak berkebun. Kalau tak pakai yang hidroponik tu pun ok akak.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan