Dua Kerja atau Banyak Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dua kerja atau Banyak Kerja. Sejak dua menjak ni macam panas pula isu dua kerja ni. Rasanya benda ni jadi panas kerana ianya adalah idea dari Pak Menteri yang kata rakyat kena buat dua kerja bagi menambah pendapatan dan nak serap kos hidup yang semakin meningkat hari ke hari. Itu aje puncanya apa yang saya nampak. Lepas aje benda tu keluar, pompam-pompam pak menteri ni kena. Aduh terduduk juga dibuatnya.

 Dua Kerja atau Banyak Kerja, duakerja,
 Dua Kerja atau Banyak Kerja- sumber gambar
Kasihan juga, rasanya dia nak cerita benda yang baik. Tapi oleh kerana sebelum ini pun dah macam-macam isu-isu yang di 'panaskan' dalam media sosial. Akhirnya bila timbul isu dua kerja ni, kena lagi beliau.

Kasihan kat beliau. Apa pun terima kasih saya ucapkan kerana menyedarkan segelintir masyarakat kita yang tak berapa sedar. Bangsa lain dah lama buat dua kerja. Mereka jadi bangsa bisnes. Mereka berjaya. Kita lebih suka jadi bangsa makan gaji. Hujung bulan dapat gaji. Saya juga macam tu.

Dua Kerja Dah Wujud Lama
Betul ker dua kerja dah wujud lama? Jika anda perasan. Sistem dua kerja ni dah lama ada. Ingat lagi masa kecil-kecil. Para ibu bapa di kampung dah lama amalkan sistem dua kerja. Mereka yang sekiranya kerja di pejabat bila balik petang akan bercucuk tanam di belakang rumah mereka. Ada yang tanam sayur, pokok-pokok buah, malah ada yang ada kebun getah, sawit, koko dan macam-macam lagi. Hari minggu kutip hasil pergi jual di pasar atau peraih yang datang ambil sendiri di rumah. Dua kerja ni kan?

Ada juga yang jadi nelayan, kutip hasil hutan, tangkap ikan di sungai dan macam-macam lagi. Ada yang pagi jual nasi dan kuih untuk sarapan pagi dan bila petang bercucuk tanam di kebun untuk dapat hasil dari tanaman. Tak terkecuali kaum ibu atau makcik-makcik yang ambil upah menjahit pakaian sebagai kerja sampingan mereka dan mempunyai kerja tetap sendiri di pejabat ataupun sekolah. Hakikatnya dua kerja ni dah wujud lama. Cuma antara kita aje sama ada sedar ataupun tak sedar, atau buat-buat tak sedar.

Kisah Mail Yang Buat Dua Kerja
Yea, ini kisah kawan saya Mail. Dia memang rajin, Dia kerja satu pejabat dengan saya. Masuk kerja pejabat 8.30 pagi-5.30 petang. Balik dari kerja dia buat kerja online dalam Portal Jobdirumah. Kerja kedua yang boleh dibuat dimana-mana sahaja terutamanya di rumah selepas waktu pejabat.

Kerja dalam jobdirumah dia buat part time. Sebab yang biasa dia buat kerja-kerja yang masanya pendek dan tidak terikat dengan waktu sangat. Mohon kerja, buat kerja dan terima bayaran. Bayaran tak tentu, ada dalam bentuk USD dan jika tahu lubang kerja lain. Boleh dapat dalam bentuk RM juga. Semuanya secara online. Tak perlu nak bersesak-sesak dengan orang ramai.

Apa yang saya tahu juga, sekarang ni dia ada juga buat kerja bisnes aiskrim pada hari sabtu ahad terima tempahan kenduri kahwin. Bijak betul Mail ni cari duit untuk menambah pendapatan sampingan dia. Ada aje kerja yang dia buat.

Nak belajar bisnes aiskrim ni, Mail cadangkan belajar dengan anak jutawan senyap Chef Li. Diam-diam dia belajar buat asikrim dan jual pada hari minggu secara part time. Boleh baca info ini jika berminat-->> Bisnes Aiskrim Afiq Dato’ Rusly (klik sini)

Tahniah Buat Yang Buat Dua Kerja
Apapun tahniah saya ucapkan kepada kawan-kawan yang buat dua kerja atau lebih daripada tu. Sebab saya pun dalam geng dua kerja juga. Buat dua kerja seronok apa. Hujung bulan dapat duit dari kerja makan gaji. Waktu-waktu biasa dapat duit hasil dari kerja kedua dan ketiga yang dibuat.

Saya rasa buat dua kerja ni tak jadi masalah jika kita pandai uruskan masa. Jangan nanti buat dua kerja atau lebih akan menyebabkan banyak kerja-kerja utama terabai. Jangan sampai jadi macam tu.

Jika nak buat dua kerja, anda kena cuba dulu sikit-sikit. Mana tahu dari kerja kedua tu dapat jadi kerja pertama pula. Boleh 'berhentikan' majikan anda dan anda jadi 'bos' sendiri. Boleh apa!

Ramai kawan-kawan saya yang jadi bos sendiri. Berjinak-jinak dan buat kerja kedua. Bila dah dapat hasil lebih dari kerja pertama(makan gaji) berhenti dan jadikan kerja kedua tersebut sebagai kerja pertama mereka.

Dah panjang pula. Apa pun cubalah buat pilihan yang tepat untuk diri anda. Sampai bila nak kerja makan gaji dengan keadaan waktu dan masa yang terikat. Jika rasa nak cari cabaran, boleh berjinak-jinak dengan kerja sampingan yang boleh mendatangkan keuntungan yang berganda-ganda.
Ramai juga yang jadi ejen hartanah secara senyap-senyap. Dua tiga tahun dapat beli rumah banglo dan tanah. Tak percaya, ada saya kenal orang tu..

Oklah, selamat berusaha untuk kemajuan diri sendiri dan masa depan keluarga. Salam bisnes dua kerja!

26 Comments

  1. Replies
    1. Macam-macam ada. Apa pun saya rasa bagus buat dua kerja ni jika tak ganggu masa kerja pertama kita. Rajin berusaha insyallah boleh dapat hasil.

      Delete
  2. Ramai sebenarnya dalam senyap bukan buat setakat dua kerja, malah kerja yang bertindih-tindih kadangkala hingga mengabaikan kerja hakiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ramai sebenarnya yang buat dua kerja. Cuma tak cerita kat orang aje.

      Delete
  3. Ramai yg sebenarnya buat lebih drp satu 'kerja' tanpa disedari.. Ada yg mmg tanggungjawab, ada yg ingin tambah pendapatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai yang buat dua kerja untuk tambah pendapatan.

      Delete
  4. Ramai yg sebenarnya buat lebih drp satu 'kerja' tanpa disedari.. Ada yg mmg tanggungjawab, ada yg ingin tambah pendapatan...

    ReplyDelete
  5. Assalam. Ada baik dan tak baiknya dua kerja ni. Bercakap atas pengalaman sendiri. Apapun selamat berjaya pada yang buat kerja lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu. Ada baik buruknya juga. Kena pandai urus diri, masa dan juga kerja pertama jikan nak buat kerja kedua.

      Delete
  6. Azhan anak knor mula buat jobdirumah.design tshirt...smtra tggu result spm..tk pyh keluar rumh dh.., duk diam2 bt kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu. Buat kerja dari rumah boleh isi masa terluang dan dapat menambah pendapatan.

      Delete
  7. Klu buat dua keja jgn dpt rezeki subhah dhlh ye...guna2 alatan pejabat,line internet pejabat tanpa majikan tau...tk berkat nti...klu bos bgi tkpelh., hatta nk pakai A4 sehelai, print,letrik, pun tk bleh tnpa izin..waktu bekerja,jual brg lagilh..,..minta jauhkan..

    Maaf..ye klu silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Sebab tu kena jaga juga cara kita buat kerja kedua ni. Nak selamat bagitahu bos siap-siap. Kalua tak boleh buat di rumah aje lah. Sebab tu bagus kerja dengan bos yang sama geng dengan kita. Memahami keadaan anak buah macam majikan saya ;-)

      Delete
    2. kesian kita ni, tapi mengeluh pun taiada guna. mestilah buat sesuatu untuk keluarga

      Delete
  8. Mak pun dah biasa buat 2 kerja ni. Masak sambil berwhatapps misalnya hihi....
    Walau apa pun, org yg rajin, Allah akan murahkan rezekinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni ramai juga yang buat akak.haha..
      Betul tu, jika rajin insyallah akan dapat hasilnya.

      Delete
  9. Masa kakak belajar dulu sambil belajar sambil buat cerpen/sajak hantar publisher sebab nak duit (keluarga akak kan miskin). Bila mula kerja kakak juga buat kerja sampingan (jahit baju) sebab tak cukup duit. Jadi bila dah tua ni relaks sikitlah sebab dah ada suami yg buat dua kerja. Abang kerja di sykt GLC tapi abang juga buat kerja construction (kalau dpt tenderlah hihi...).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul tu kakak. Biasa orang dulu-dulu buat dua kerja atau lebih. Sekarang pun ada lagi yang buat dua tiga kerjakan.

      Delete
  10. Tapi kakak kira buat dua kerja juga tau sebab semua tender/BQ/quotation/invoicing/DO projek abang kakak yg buat tau haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebatlah kakak bab tender ni yea. Tahu semua pasai benda tu.

      Delete
  11. Betul tu.. bila kita nak dan usaha.. insyaAllah berjaya dengan izinNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Usaha tangga kejayaan kan. Kena lebih rajin lagi lepas ni.

      Delete
  12. semoga berjaya dan terus berusaha

    ReplyDelete
  13. Dah ramai yang buat lebih dari 2 kerja kan sekarang ni

    ReplyDelete
  14. Zaman sekarang perlu pelbagai sumber income. Tidak boleh bergantung harap satu sumber. Apa pun boleh berlaku.

    ReplyDelete
  15. Hehehehe... Macam-macam la Pak Menteri nie... Lain kali, fikir dulu sebelum berkata-kata... Terlajak perahu, boleh di undur... Terlajak kata... Alamat jade bahan laa... Jawabnya....

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.