Selamat Tahun Baru 2016

2016-01-06

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Tahun Baru 2016. Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2016 kepada rakan-rakan blogger. Awal tahun macam ni agak sibuk dengan urusan-urusan yang perlu di selesaikan. Nak tak nak, kena selesaikan perkara tersebut dulu. Baru tenang sikit nak berkongsi cerita dalam blog.

Selamat Tahun Baru 2016
Selamat Tahun Baru 2016
Apa Azam Tahun Baru 2016
Yea, bila cerita tentang tahun baru, mesti perkara pertama yang akan kita fikir. Apakah azam tahun baru? Azam saya ada banyak. Tak tertulis jika nak senarai dalam entri ini. Tapi saya dah tulis siap-siap dalam buku catatan saya.

Sebaiknya, azam yang ingin kita buat dan ingin kita capai pada tahun ini kena tulis siap-siap. Ada masa boleh tengok balik azam-azam tersebut. Jika tak tulis, takut nanti selepas dua tiga minggu masuk tahun baru. Azam tersebut dah lupa. Takut nanti lupa azam tahun ni atau azam tahun lepas. Jadi bercelaru azam yang dibuat. Jadi nak selamat, tulis siap-siap. Jika rasa senang nak tengok. Boleh buat satu entri azam tahun 2016. Nanti bila lupa boleh tengok balik azam-azam tersebut. Mudah bukan?

Azam Tahun Baru Saya 2016
Oleh kerana tahun  2016 ini merupakan tahun yang saya rasa makin banyak cabarannya. Jadi azam tahun baru saya banyak kearah untuk kemajuan diri dan blog ini. Harapan saya, banyak perkara yang boleh saya capai pada tahun 2016 ini. Matlamat buat duit dari blog, buat duit online dan buat kerja di rumah sentiasa akan saya kongsikan di dalam blog ini.

Perkongsian yang berguna untuk diri saya dan para pembaca blog ini. Harapan saya, dari blog ini ramai dikalanagn pembaca yang boleh mendapat manfaat dari apa-apa ilmu yang saya kongsikan.

Tak nak tulis panjang. Ada lagi kerja yang nak dibuat. Akhir kata,(macam skema pula). Saya ucapakan Selamat Tahun Baru 2016. Saya doakan agar saya dan kawan-kawan semua beroleh kejayaaan yang lebih baik lagi pada tahun ini.

Nak kongsi peluang bisnes aiskrim secara part time. Boleh baca bagi yang nak menjana pendapatan sampingan yea.
Share

20 comments:

  1. selamat tahun baru 2016

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru, semoga segala apa yang dihajatan itu beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga aryan pun berjaya sama yea.

      Delete
  3. Selamat Tahun 2016 PMDR...

    kakcik adalah orang yang tak punya azam khusus untuk tahun baru. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakcik. Tak apa, Kakcik dah ada azam tersendiri. Semoga Kakcik berjaya juga untuk tahun ini dan akan datang.

      Delete
  4. slmt thn baru 2016

    ReplyDelete
  5. Entah apa azam kakak tak tahulah - macam-macam nak kalau boleh mohon padaNya tak malu saban waktu.

    Moga hari-hari di tahun ini lebih baik dari yg lepas-lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga kita semua beroleh keredaanya.

      Delete
  6. Salam 2016 PM....moga tercapailah azam PM yer, semakin kaya dengan duit job dari rumah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada kaya akak. Boleh tambah pendaptan aje.hehehe.. dua kerja kata pak menteri.

      Delete
  7. Belum teelambat kan nak ucapkan selamat tahun baru. Semoga makin tabah menampuhi 2016. Sangat2 suka nak joibt club buit duit dari rumah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sertai akak. Ramai yang dapat hasil dengan kerja jobdirumah.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan