Berkebun Di Bandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang berkebun di bandar, ada siapa-siapa yang  buat kebun di bandar??. Jika tak ada pun berkebun di bandar.ada tak??? Bila cerita tentang berkebun teringat zaman kanak-kanak  dahulu. Tinggal di kampung keliling rumah tanah aje, depan rumah tanah,tepi rumah tanah,kanan kiri semua ada tanah. Bila ada tanah pasti ada pokok, tak pun paling kurang ada rumputkan. Itu la suasana kampung yang saya hari ini dah sikit-sikit tak dapat rasa. Sebab sekarang dah tak duduk di kampung.Nak berkebun macam dulu lagi-lagi tak dapat. Terpaksa cari jalan berkebun di bandar.

Bagi yang tinggal di kampung nak makan sayur yang ditanam sendiri tak ada masalah. Bersihkan sedikit tanah tepi rumah,buat batas ,semai benih sayur lepas tu jangan bagi ayam atau itik kacau insyAllah ada rezeki boleh makan sayur tersebut. Perkara ini susah sikit bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.Nak nampak tanah pun susah kan depan rumah. Bagi yang tinggal di rumah teres insyallah ada sedikit ruangan tanah yang pemaju pembinaan rumah sediakan.Kalau yang dapat rumah tepi agak selesa sedikit sebab ruangan tanah rumah tepi yang agak luas berbanding dengan rumah-rumah di bahagian tengah dan sebagainya.Sebab itulah rumah tepi mahal berbanding dengan rumah-rumah lainkan. Bagi yang tinggal di rumah flat atau pangsapuri lagi susah nak tengok tanah kan. Kanan kiri,depan belakang, atas bawah semua ada tanah simen. Bagi yang tinggal di banglo tak payah cerita.Insyallah ada ruangan tanah juga.

Bagi yang hendak berkebun untuk mereka yang tinggal di rumah teres insyAllah ada caranya. Ruangan tanah di rumah tersebut dimanfaatkan dengan menanam sayur-sayuran yang biasa dimakan dan perlukan. Kita boleh manfaatkan ruangan tersebut dengan menanam pokok lada, pokok serai, pokok pandan, pokok ulam raja, pokok terung, kacang bendi, lengkuas, kunyit dan sebagainya. InsyAllah akan dapat hasilnya. Kata orang tua-tua "Tak rugi jika berbudi kepada tanah" , InsyAllah akan mendapat hasilnya bila tanaman tersebut mengeluarkan hasil. Rugi jika tidak dimanfaatkan ruangan tanah tersebut dengan membiarkan ruangan tersebut ditumbuhi rumput dan lalang sahaja. Bila tumbuh rumput lama-lama ada haiwan yang berbisa akan menghuni tempat tersebut. Bahaya untuk diri, keluarga dan jiran-jiran sebelah rumah. Jadi manfaatkan ruangan tanah tersebut dengan sebaiknya.

Serai Kangkung dan Pandan
Serai Kangkung Pandan
Bagi yang tinggal di rumah flat atau di pangsapuri pula. Jika nak berkebun tidak ada masalah. Terutamanya suri rumah sepenuh masa, Pastinya perkahwinan akan lebih bahagia jika masa di isi dengan sebaiknya. Kata orang "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Nak berkebun di kawasan pangsapuri tak menjadi masalah. Beli pasu banyak-banyak,beli tanah dan masih boleh ditanam apa sahaja sayur-sayuran di depan atau di beranda rumah. Kalau tak nak beli pasu, boleh juga gunakan tin-tin kosong yang besar atau pun plastik beg yang tahan untuk menanam pokok-pokok kegemaran kita. Tak kira la, pokok sayur atau pokok bunga asalkan dapat manfaatkan ruangan hadapan rumah tersebut. Boleh nanti bila balik dari kerja kita dapat melihat,mambaja atau menyiram tanaman tersebut. Sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan perasaan di pejabat dan dapat mengisi masa lapang apabila balik dari rumah dengan melihat pokok-pokok sayur dan bunga-bunga yang ditanam di rumah. Jika tak mahu menanam dengan pasu dan tanah. Boleh juga berkebun di bandar dengan kaedah hidroponik. Beli alat hidroponik  dan  ikut arahan yang di beritahu insyallah berhasil juga tanaman tersebut. :-)

Hidroponik_wikipedia
Hidroponik_wikipedia
Semoga panduan berkebun di bandar ini boleh di praktikkan dalam kehidupan. Disamping dapat manfaatkan masa lapang dan ruangan tanah yang terdapat di rumah ianya juga dapat menyihatkan tubuh badan dan menjimatkan perbelanjaan harian insyallah.

Ada siapa-siapa yang berkebun di bandar? boleh kongsi di sini.


23 Comments

  1. p/s ok tak apa..
    nabi tidak suka tidur sebelum isyak
    senja2kan di larang tidur..bg org skrg masa tulah sedap tidur.siapalah kita di bandig Nabi.

    bila aje lps isyak nabi tak suka berckp2 melain perkara2 yg baik-baik.

    solat isyak bukan israk..

    ReplyDelete
  2. berkebun di bandar..

    teringin nak berkebun..tapi penyakit M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika teringin kena cuba akak yea berkebun di bandar. Bila dah dapat hasil mesti jadi rajin :-)

      Delete
  3. bila lisa terbaca perkataan 'hidroponik' tu tetiba tringat zaman sekolah plak..hee... seronok sebenarnya berkebun ni... selain menyihatkan badan, kita dapat manfaat dari pokok2 yg kita tanam tu cth mcam sayur2, pokok buah2 , pokok bunga..heee..

    ReplyDelete
  4. ada jugak tanam pokok kt umh tp dlm pasu jerk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu akak. Dapat di gunakan apabila perlu pokok-pokok macam tu.

      Delete
  5. alamak PM, takde apa yg nak dikongsi..ada gak la tanah secepek blakang rumah tu tapi takat tanam pandan, serai je la..

    ReplyDelete
  6. akak ddk kt apartment, berkebun dlm pasu jelah dik, dpt gk lah tnm mcm2 pokok, pokok rosemary, halia, kunyit, cekur, daun sup n pkok2 bunge skit

    ReplyDelete
  7. betul tu kak.. x kisah la dok mane pn.. kalo minat, smua blh jadi :)
    kite dok umah tingkat2.. tp kat balkoni ade daun pandan, daun kesum, pegaga, bunga ngn limau purut.. semuanya tanam dlm pasu.. kot nk masak, sempat la pi amik daun tu.. hihi

    ReplyDelete
  8. salam kenal.. singgah&follow di sini (#245)..

    mak aiza suka bercucuk tanam ni.. sekarang kami duduk di rumah teres, tapi hobi menanam pokoknya tu masih tak boleh tinggal..

    http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/03/berbudi-kepada-tanah.html

    ReplyDelete
  9. rumah sewa saya di SP ni, semiD bertanah dusun. bukan takat pokok je, ternakan pun saya bela...hee.

    ReplyDelete
  10. rumah sewa saya ni,..depan belakang bersemen.... hihihi.. tapi mmg baguslah kalau dapat tanam sendiri,..jimatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak, Dapat berjimat sedikit. Rasa beruntung duduk rumah teres. boleh berkebun kat ruangan yang ada.

      Delete
  11. hurm.. saya tinggal rumah teres..semuanya dah bersimen.. kena buat batas sendiri untuk bercucuk tanam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanam dalm pasu pula boni jika nak tanam sayur tepi rumah.

      Delete
  12. saya minat berkebun... kat rumah macam2 pokok dan sayur ada.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jika macam-macam sayur ada hasil dari berkebun di kawasan rumah.

      Delete
  13. bestnya kalau dapat berkebun..rindunya.. sekarang ni xdak masa dah.. tanah kat umah pun xdak dah.. nak tanam dalam pasu pun xdak ruang dah.. mudah2 an bila dh kawin dapat umh yng boleh buat aktiviti berkebun camni.. rindunyaa..

    ReplyDelete
  14. Anonymous10.5.13

    hendak seribu daya kan dear...

    ReplyDelete
  15. seronok sbenarnye berkebun nie...lg2 bile dh membuahkan hasil...

    ReplyDelete
  16. nory tangan panas, tak boleh berkebun, kang mati plak semua tanaman...hehe

    ReplyDelete
  17. tingin berkebun tp dok aparment.. hu3

    ReplyDelete
  18. Tanaman hanya memerlukan sedikit ruang untuk hidup...!! Tahniah.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.