Amalan Dan Doa Ketika Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung. Salam Jumaat saya ucapkan. Hari Jumaat yang berkat ini kita digalakkan berselawat sebanyak-banyaknya di samping mengenangkan jasa-jasa Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita dan semua umat ini. Kerana dengan pengorbanan dan susah payah Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat Nabi S.A.W.  kita mendapat hidayat dari Allah S.W.T.

Saya nak berkongsi amalan dan doa ketika mengandung kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Disamping menjaga pemakanan semasa mengandung, kita juga hendaklah mengamalkan doa-doa bagi mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Kerana di dalam Islam terdapat ribuan rahmat dan keberkatan di dalamnya jika kita mengamalkan agama Islam ini dengan sempurna.
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung, doa, amalan semasa hamil, kehamilan, Doa Ketika Mengandung
google : ibu mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berselawat di hari Jumaat yang penuh berkat ini. Sebagai ibu bapa juga kita hendaklah mendidik anak-anak menadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmu dan cara didikan yang betul akan melahirkan anak-anak yang berguna untuk kita diri kita dan keluarga serta agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak yang lahir menjadi insan yang mulia disisi Allah SWT. Dapatkan Panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<---disini. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada para ibubapa. Sayangi anak-anak. Didiklh mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Dapatkan panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<----disini.
Wallahualam.

10 Comments

  1. Moga dapat dimanfaatkan pada ibu-ibu yg mengandung. Kakak dah lepas dah... sekarang kena baca semua sehingga khatam...

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ni.. masih ramai bakal ibu muda yang tercari2 doa sebegini..

    ReplyDelete
  3. Anonymous10.5.13

    yup mmg bagus ni kalau diamakan sewaktu preggie !

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang berguna.....Tq

    ReplyDelete
  5. boleh jd rujukan kalau dh pregnant nti..hihihi..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. bagus perkongsian ni.. hehe.nanti boleh diamalkan oleh bakal ibu kepada anak2 saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Nanti BK bagitahu juga yea bila nak naik pelamin :)

      Delete
  8. Sesuai utk bakal ibu dan ibu2 yg sedang peknen amalkan...

    ReplyDelete
  9. Mmg elok diamalkan..slmt beramal kpd rakan2 yg preggy

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.