Rajin Macam Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Wordless Wednesday- Rajin Macam Semut. Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen. Saya buat entri ni bolehlah mengurangkan aktiviti menulis dalam blog hari ni.

Lubang pasir semut, rajin macam semut,
Lubang pasir semut, berapa kali semut keluar masuk nak dapatkan hasil ni..
Semut boleh angkat beban yang besar dari badanya lagi berganda-ganda..
Jika kita lihat semut di sekelilig kita, memang semut ni sejenis haiwan yang rajin. Nak buat sarang berapa banyak masa yang diperlukan nak bagi dapat hasil seperti yang mereka inginkan. Boleh angkat beban yang lebih besar berganda-ganda dari saiz badanya lagi. Hebat Allah SWT jadikan semut yang kecil tu sebagai panduan motivasi untuk kita semua berusaha. Walaupn kecil, dengan adanya usaha kita akan berjaya.

Jika nak berjaya, kita kena ada ciri-ciri rajin macam semut juga. Insyallah boleh berjaya. Dengan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil. Rasa macam nak belajar buat duit dengan IG ini. Harap-harap berhasil juga.  Sekarangkan zaman instagram pula. Jom selongkar Instagram Kaboom [klik sini].

18 Comments

  1. Hebatnya semut, hingga kan Allah khususkan satu surah utk nya, Surah AnNahl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ada surah semut. Suhar AnNahl Surah Lebah doc. Surah semut nama dia An Naml surah ke-27 dalam AlQuran.

      Delete
  2. semua lah makhluk tuhan yg paling rajin kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada aje hal yang dibuatnya jika kita lihat semut ni.

      Delete
  3. Tak pernah jumpa semut tido dan bermalas2an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Yang ni paling mudah nak jumpa. Tak pernah tengok semut macam ni. Bermasalan tak buat apa-apa.

      Delete
  4. Kene jadi macam semut ni, juga bekerjasama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh ambil sifat baik yang ada dalam kehidupan semut. Rajin berusaha dan tak mudah putus asa.

      Delete
  5. Semut memang makhluk yg istemewa. Rajin & bekerjasama..
    Kalau.kita macam tu insyaAllah boleh berjaya cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Istimewa semut ni. Boleh belajar sifat baik semut.

      Delete
  6. Yg pasti semut suka bergotong-royong, sepakat.
    Kalau semua manusia boleh ikut aman dunia kita ini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Sifat baik banyak yang ada dalam semut. Jika manusia dapat ikut insyallah banyak dapat kebaikan di sebalik semua itu. Aman dunia.

      Delete
  7. Ye ikutlh rasmi semut...rajin berkerjasama...no dengki2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika ada perkara macam ni insyallah aman dunia ni rasanya.

      Delete
  8. contohi la semut..mereka rajin dan kuat usaha. sediakan payung sebeum hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semut rajin dalam urusan kerja buat mereka.

      Delete
  9. Betul tu PM......tak dinafikan semut mmg rajin. Dahlah rajin, bersatu hati, team work pulak tu. Yg jadi masalahnya sekarang, orang pulak yg malas haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat rajin macam semut ni kita nak kena belajar juga. Semut ni nampak aje badan kecil. Tapi semangat dia besar. Buat kerja sampai berjaya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.