Berusaha Baru Dapat Hasilnya

2014-02-18

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berusaha baru dapat hasilnya. Ada yang tanya saya, macam mana saya dapat duit melalui internet atau pun menjana pendapatan online di internet. Jawapan saya mudah sahaja "anda kena berusaha". Biasa kita dengar pepatah melayu 'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek'. Kira mudah cakap nak dapat semua tu perlukan usaha yang gigih dan berterusan.

Berusaha baru dapat hasilnya, semut yang rajin,jobdirumah,
Semut yang rajin berusaha..
Jika kita lihat mereka-meraka yang dah berjaya dalam apa sahaja bidang di dunia ini.Kejayaan mereka bukan dibina dalam masa 2-3 hari atau 2-3 bulan. Mungkin mereka nak berjaya ke tahap yang kita nampak sekarang bertahun-tahun mereka berusaha untuk mencapai ke tahap tersebut. Apa yang penting kena berusaha dan jangan mudah putus asa. Jika kita putus asa dan malas berusaha. Kita tidak akan dapat apa-apa. Malahan usaha yang kita curahkan sebelum ini pun akan menjadi sia-sia dan tidak bernilai.

Cuba kita bayangkan jika orang pertama yang buat kapal terbang dahulu kata usaha beliau untuk bina kepala terbang gagal setelah kapal terbang yang dibina jatuh mahupun tidak boleh terbang dan beliau pun berhenti dari membinanya. Adakah hari ini kita boleh naik kapal terbang. Jawapnya TIDAK. Kita tak akan boleh naik kapal terbang jika beliau berhenti dari proses mencuba nak cipta kapal terbang tersebut. Tanpa rasa penat dan putus asa dengan usaha yang berterusan akhirnya kapal terbang tersebut berjaya diterbangkan. Alhamdulillah kita hari ini dapat naik kapal terbang dan nak pergi mana-mana pun cepatkan.

Begitu juga dalam dunia perniagaan offline mahupun online. Kedua-duanya memerlukan usaha yang berterusan dan fokus yang tinggi. Jika kita buat kerja sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, pastinya usaha kita akan gagal dan kita akan berhenti berusaha. Jangan jadikan kegagalan kita sebagai titik akhir untuk kita berhenti berusaha. Teruskan usaha kita, insyallah kejayaan pasti akan mengiringi kita.

RM 300 Pendapatan dari Jobdirumah

Nak hasilkan pendapatan dengan jobdirumah pun macam tu juga kawan-kawan. Jangan kita berhenti apabila kita tak dapat kerja yang kita pohon. Usaha lagi, baiki lagi setiap kelemahan dan kekurangan kita. Ikut panduan dan tutorial video yang diberikan. Insyallah lambat laun kita akan dapat hasilnya. Bila dah dapat, tak berhenti peluang kerja yang akan kita perolehinya. Akan ada sahaja kerja yang akan mengajar kita.

Cuma tak ada jalan pintas untuk kita berjaya. Kita kena berusaha untuk majukan diri kita. Insyallah kawan-kawan pun akan dapat hasilnya selepas menyertai jobdirumah ini. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Kejayaan tidak akan bersama dengan kita jika kita tidak mahu berusaha. Hanya mereka yang berusaha akan dapat hasilnya. 

Selamat menjana pendapatan online kawan-kawan. Beminat dengan jobdirumah. Boleh daftar disini.--> Pendaftaran Jobdirumah.

Selamat berusaha dan jangan putus asa. Pasti kejayaan akan bersama kita.
Share

8 comments:

  1. kena usaha, kena usaha, takde goyang2 kaki ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu En.Admin. Kena berusaha insyallah dapat hasilnya.

      Delete
  2. Ok..setuju sgt..tunjuklh nti kerja apa yg you bt..nk tgok juga..bolehkn..copy2 la apa patut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak tahu boleh rujuk portal jobdirumah Knor. Berusaha insyallah akan dapat hasilnya. ;-)

      Delete
  3. nasib orang semua tak sama. ada yg senang je dapat kerja. ada yang berhempas pulak memohon kerja tapi tak dapat jugak kan..

    yang penting usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Berusaha jangan mudah putus asa. Insyallah akan berjaya..

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan