Bagaimana Menjadi Isteri Yang Disayangi Suami

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Bagaimana Menjadi Isteri Yang Disayangi Suami. Hari ini rasa nak berkongsi benda ini dengan anda semua. Saya bukalah pakar dalam bidang ni. Cuma saya ambil dan kongsikan apa yang dikongsikan oleh mereka yang pakar tentang menjaga hubungan suami isteri ini. Semoga perkongsian ilmu bagaimana menjadi isteri yang disayangi suami ini memberi manfaat kepada semua para isteri dan bakal-bakal isteri yang akan berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimana Menjadi Isteri Yang Disayangi Suami
Bagaimana Menjadi Isteri Yang Disayangi Suami
Jika anda mencari keaedah untuk menjaga hubungan baik dan dikasihi suami anda sentiasa. Anda boleh rujuk dan dapatkan panduan " Rahsia Suami Unggul " . Insyallah ianya boleh membantu mengertakan hubungan anda dan suami.

Disini saya sertakan 99 Petua untuk menawan hati suami anda. Semua petua ni adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yang boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :

1) Berdoa agar disayangi.

2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan  sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai).

4) Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5) Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6) Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7) Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8) Masak makanan kegemaran suami.

9) Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10) Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11) Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

12) Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

14) Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.

16) Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

17) Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

18) Bila memesan barang kepada suami yang kekedai,senaraikan diatas kertas. jangan biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21) Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dengan kerap jika suami suka.

22) Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23) Jangan ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24) Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25) Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah- lembut.

26) Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau.

27) Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28) Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan orang lain.

29) Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jangan berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30) Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31) Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32) Jangan menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33) Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34) Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35) Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36) Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37) Cepat bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

38) Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39) Lebihkan suami daripada anak-anak.

40) Belikan suami hadiah-hadiah yang berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41) Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42) Beri layanan istimewa pada suami dihari-hari istimewa.

43) Pergi dating atau berbulan madu.

44) Jika suami melakukan kesilapan, jagan tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45) Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

46) Selalu urut suami.

47) Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48) Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49) Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50) Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51) Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52) Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53) Bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54) Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55) Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56) Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57) Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58) Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59) Jangan dera suami fizikal dan batin.

60) Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan suami, oarang yang ditemui dan sebagainya.

61) Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62) Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63) Masuk tidur serentak dengan suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64) Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65) Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66) Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67) Cari masa untuk berdua-duaan.

68) Lakukan riadah bersama suami.

69) Pergi berkelah sekali-sekala.

70) Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71) Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

Suami Isteri
72) Berikan apa yang dihajati suami.

73) Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74) Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75) Lakukan ibadah bersama.

76) Jangan menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77) Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu untuk isteri.

78) Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79) Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80) Bila suami meminta maaf,terima dengan kasih sayang.Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81) Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.

82) Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa dimana letaknya.

83) Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84) Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85) Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86) Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang. Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87) Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88) Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jangan berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dengan isteri.

89) Jangan cabar suami.

90) Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dengan suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.

91) Jangan suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92) Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yang dipersetujui.

93) Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pada isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94) Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95) Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96) Untuk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97) Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98) Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yang mungkin salah.

99) Doa dan tawakal kepada ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

Alam suami isteri memang penuh dugaannya. Dapatkan panduan Rahsia Suami Unggul " ini bagi mendatangkan keserasian dalam kehidupan alam rumah tangga anda. Selamat berbahagai.

10 Comments

  1. Tips yang berguna untuk para isteri. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Bagus untuk para isteri amalkan ni.

      Delete
  2. suka baca tips yang dikongsikan ni. Bagus untuk di cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. harus dicuba untuk para isteri. Insyallah berguna.

      Delete
  3. Anonymous2.12.14

    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga berguna untuk para isteri dan suami.

      Delete
  4. Tips nie bagus sekali... Teman harap, para isteri dapat ambilnya sebagai panduan dalam melayari bahtera rumah tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Belajar dari yang tahu tentang alam rumah tangga ni kan.

      Delete
  5. WOW ADA 99 CARA RUPENYE...MCM 99 KALI RINDU LE...THANKS ADMIN SHARING VERY IMPORTANT INFO NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba amalkan yang mana rasa berkenaan. Insyallah akan ada perubahan.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.