Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi? Bila cari info tentang penyususan ibu kepada anak saya jumpa satu artikel tantang susu ibu. Masa mula-mula baca agak terkejut juga. Katanya ada kajian yang dilakukan bahawa susu ibu bahaya untuk bayi. Anak-anak yang minum susu ibu boleh jadi gemuk dan boleh cenderung menjadi lelah dan sebagainya. Rasa terkilan juga. Cuma sebelum ini banyak artikel yang kata kebaikan susu ibu kepada anak-anak. Tetapi bila baca artikel bahaya pula susu ibu kepada anak rasa macam tak betul pula.

Kebaikan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu

Kata orang bukti dari Al-Quran tak pernah menipukan. Jika susu ibu tak baik untuk bayi. Mesti Allah S.W.T dah bagitahu dalam Al-Quran tentangnya. Jika kita rujuk Al-Quran terdapat ayat-ayat Al-Quran tentang Penyususan Susu Ibu kepada anak.

Saya sertakan beberapa petikan ayat Al-Quran tentang Susu Ibu dan yang berkaitan dengannya. Semoga ianya berguna untuk ibu bapa dan anak-anak.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."Surah Al-Baqarah, ayat 233 )

"Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
 (Surah At-Thalaq, Ayat 6)

Jika kita lihat dalam Al-Quran Allah S.W.T macam perintahkan para ibu memberi susu kepada anak-anak. Jika tak mampu baru boleh ambil langkah lain seperti bagi upah kepada orang lain untuk menyusukan anak kita atau pun guna cara biasa kita guna hari ini dengan bagi susu formula.

Di bawah ini saya sertakan pertikan artikel tersebut untuk tatapan bersama. Ingat susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak kita. 

Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi.
Biasa kita dengar kajian kesihatan buktikan bahawa susu ibu banyak kebaikan bukan sahaja untuk ibu malah juga lebih banyak khasiat untuk bayi. Namun kali ini kajian kesihatan terbaru temui bahawa susu ibu tidaklah sebaik mana.

Anak yang minum susu ibu dilihat lebih cenderung alami kegemukan dan obese serta lebih cenderung alami masalah lelah berbanding mereka yang minum susu tepung.

Bukanlah nak katakan susu ibu seratus peratus tidak baik untuk kesihatan anak kerana masih menyediakan nutrisi dan tingkatkan imuniti dalam badan bayi, hanya dinasihatkan agar menyusu paling lama sekadar 6 bulan - Boleh baca di sini artikel tersebut.

Dapatkan buku panduan untuk Rahsia Mendidik Anak (klik sini). Anak adalah anugerah daripada Allah S.W.T kepada kita semua. Jika baik didikan yang kita berikan. Maka baiklah anak kita nanti. Namum jika salah didikan yang kita berikan. Rosaklah anak-anak kita. Semoga panduan ini dapat membatu kita semua dalam mendidik anak-anak yang boleh menjadi penyejuk mata kepada kita semua. Amin.

15 Comments

  1. Macam tak betul je kan......susu yang terbaik adalah susu ibu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menjadi tanda tanya tu akak. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

      Delete
  2. waima kalau kita x leh menyusu pun di galakkan cari ibu susuan.... itu pun dah menekankan betapa penting nya susu ibu kepada anak.... saya masih x leh terima hakikat susu ibu leh datang bahaya kepd anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Macam ada motif tersirat aje daripada keputusan kajian tersebut. Kita orang Islam percaya apa yang dah ada dalam Al-Quran lagi tepatkan.

      Delete
  3. Walau apa pun article dan alasan diberi kakak tetap kata susu ibu yg terbaik. Mungkin ibu yg tak sihat, makan barangan tak baik dan berpenyakit itu yg tak baik buat anak yg menyusu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Susu ibu adalah susu yang terbaik Allah S.W.T ciptakan untuk bayi.

      Delete
  4. Susu ibu mmg terbaik utk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju dengan En.Shaiful. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

      Delete
  5. susu ibu mesti terbaik lah, takkan le yg buatan manusia lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bro Admin. Mana boleh hebat dari ciptaan Allah S.W.T.

      Delete
  6. Terkejut baca...tiada yg dapat menandingi buatan Allah...

    ReplyDelete
  7. salah kajian tu kot..hehe. Cuma mungkin kalau ibu tu tak sihat, tak jaga pemakanan..baru ada kemungkinan akan menjejaskan kesihatan bayi...agaknya la kan :)

    ReplyDelete
  8. akk niat nak susukan ank akk nti smpai 2thun..insyaAllah..dah niat..

    ReplyDelete
  9. saya susukan bayi saya hmpir setahun dh... Alhamdulillah, bdn mkin tembam & sihat serta sush nk demam bila abg2 nya demam.. ank2 lelaki saya 3 org sblm ni bg bf smp 3 bln je.. cuma yg ni fully bf.. apa yg u ckp ada di sebut dlm quran tu btul jd kita amik je la krn ia kata2 Allah swt...Ini sume agenda nk jatuhkn islam demi nk lakukn produk2 tenusu mrk.. kelebihan yg ada dlm susu ibu tdk akn pnah ada tandingannya.. kita ckp susu lembu elok pdahal susu kmbing lbh elok sb nabi saw mkn susu kmbing & daging kmbing bgitu juga bgsa yahudi nya.. mrk mkn ikn buang kepala krn nabi saw pon mkn ikn buang kpala trmasuk haiwan2 lain yg blh dmkn nabi saw x mkn dalaman2 nya... sma spt daun & air durian belanda pembunuh kanser 10000x ganda lbh kuat dr kemoterapi... tp msh x mndapat liputan meluas sb lau x mrk x blh la nk dpt blik modal tuk mesin2 & ubat2an yg mrk sdh ciptakn... apa2pun brbalik pd hadis & sunnah... :)

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.