5 Mitos Nuffnang Januari Kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
5 Mitos Nuffnang Januari Kembali. Alhamdulillah rezeki dengan nuffnang masih ada. Bulan Januari ni iklan nuffnang kembali menari-nari dalam blog ini. Harapnya kali ni bertahan dengan lebih lama.

5 Mitos Nuffnang Januari Kembali, Nuffnang
Mitos Nuffnang Januari Kembali
Jika anda perasan, 2-3 bulan akhir tahun lepas iklan nuffnang macam slow sikit. Kejap ada kejap tak ada. Tak tahu kenapa. Kemana dia menghilang saya pun tak tahu. Agaknya dia senyap tengah buat kerja mana-mana yang perlu diperbaiki agaknya.

Yealah, nak urusankan kerja dalaman lagi. Nak uruskan blog ada ribu-ribu blog. Nak urusan acara-acara yang mereka anjurkan dan libatkan diri. Memang banyak kerja jadinya.

Kadang saya jalan-jalan blog kawan-kawan yang ada letak iklan ni juga pun ada perasan. Bukan kes iklan nuffnang tak keluar dalam blog jadi kat blog saya. Malah benda ni jadi kat blogger lain juga.

Sekejap iklan nuffnang ada. Sekejap iklan menghilangkan diri. Macam biskut pula. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Mitos Nuffnang Januari Kembali
Saya pun tak berapa pasti juga. Cuma saya nampak, ada beberapa sebab iklan nuffnang ni tak keluar. Ini cuma pendapat yang saya baca dari geng blogger yang letak iklan nuffnang dalam blog mereka. Saya kumpulkan di sini untuk tatapan bersama. Ingat yea, yang ini mitos pada anggapan mereka aje. Mungkin tak wujud pun semua sebab ini.

Mitos Pertama-Ada yang kata iklan ni pilih waktu, dia keluar waktu malam aje. Waktu semua orang dah nak tidur. Jika waktu tu masih ada yang masuk ke blog kita dan picit iklan kita. Insyallah dapatlah hasil untuk tabung nuffnang tersebut.

Mitos Kedua-Ada juga yang kata, iklan nuffnang ni keluar bila kita buat entri baru aje. Tak buat entri baru tak akan ada iklan yang akan menari-nari di blog anda.

Mitos Ketiga-Ada juga yang kata, iklan ni ada mood juga. Jika kita merajuk dengan dia. Tak letak iklan dia elok-elok. Dia pun akan pergi juga. Pergi kemana saya kurang pasti. Sama ada pergi ke blog lain atau tak pergi mana-mana. Dia duduk diam tanpa menonjolkan diri. Sejuk kena hujan sambil berselimut agaknya.

[+Baca Juga: Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang ]

Mitos Keempat-Blog baru jangan perasan nak dapat iklan ini. Jika anda blog baru, blog tak femes, bukan blogger otai. Setakat blogger suam-suam kuku aje. Jangan harap nak dapat iklan nuffnang dengan lebat. Mereka pilih blogger otai aje. Blogger baru, pandai-pandailah nak hidup. Nak letak atau tak nak letak tak ada kesan kepada mereka. Dah ramai blogger otai bersama mereka.

Mitos Kelima- Blogger yang join acara mereka dapat banyak. Kadang nuffnang ada buat acara itu dan acara ini. Jika nak dapat income lebat dari nuffnang. Kena rajinkan diri join dan sertai acara yang mereka anjurkan. Jika jadi blogger full time agaknya bolehlah selalu join acara mereka. Jika jadi blogger part time aje. Rasanya susah sikit nak join. Sibuk dengan urusan kerja pertama,keluarga dan diri sendiri.

Dapat Income Dengan Menulis
Jadi blgger ni sebenarnya tak susah mana jika kena dengan ilmu yang kita ada. Jika anda nak tambah pendapatan dengan buat duit dari menulis blog ini insyallah ada. Apa yang penting. kena rajin dan ada minat untuk berjaya.

Insyallah jika ada dua perkara ni sedikit demi sedikit usaha kita akan membuahkan hasil. Banyak panduan yang boleh digunakan untuk belajar perkara ini. Mereka yang memperolehi ribuan hasil dari pendapatan dengan menulis dah buktikan perkara ini tidak mustahil.

Apa yang penting, usaha yag berterusan tanpa putus asa insyallah akan membuahkan hasil yang lumayan. Bagi yang nak rasa dapat income 4 angka dengan menulis ni. Saya galakan anda dapatkan ilmu dari pakar penulisan ini. Tak mustahil hasil dari pendapatan sampingan ini boleh membantu anda.

Banyak boleh belajar daripada usaha dan panduan yang diberikan. Macam mana hari ini dengan menulis, setiap kita mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan. Boleh belajar dari panduan ini-->> Rahsia Menulis (klik sini) atau boleh klik baner dibawah:
P/S: Dapat hasil nanti belanja orang tersayang juga yea. Jom buat kerja!

19 Comments

  1. o... cam tu lak mitosnya... patut la adakala dia kuar adakala tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Sebab tu agaknya jadi mitos. Jangan percaya yea. Tapi ada juga yang percaya benda ni sikit-sikit.

      Delete
  2. Ada mutosp jgak nuffnang ni ye PMDR..patut la dia tak lekat blog acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini antara mitos yang biasa kita jumpa dengan nuffnang. Abaikan sahaja. Teruskan berblog dengan suka hati.

      Delete
  3. Tapi yg kakak nampak bila musim perayaan dia suka berlegar-legar..

    ReplyDelete
  4. betul gak tapi mmg salu nmpk iklan nuff bila malam2 atau time tak pick..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Agaknya dia dah hadkan view iklan untuk blog-blog yang letak iklan mereka. Cukup view dia tak keluar.

      Delete
  5. follow sini #379 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pun dah follow blog MD.

      Delete
  6. Tahniah..lama sy x check nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan, sikit aje ni. Boleh check tu. Mana tahu layak untuk terima cek dari nuffnang.

      Delete
  7. Kat blog kakcik masih ada iklan dari Nuffnang tapi sekejap-sekejap je semuanya... nak kumpul RM50 makan berbulan-bulan atau mahu cecah setahun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya nak dapat banyak hasil dari nuffnang ni kena dapatkan peluang untuk projek advertorial mereka. Dapat tu insyallah masyuk.

      Delete
  8. Lama dah tak jumpa iklan Nufnang ni PM. Semalam ada nampak. La ni tak perasan ada lagi ke tak.
    Akaun Nufnang pun dah tak boleh bukak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iklan nuffnang kat mana-mana pun macam tu. Kejap ada kejap tak ada. Ekonomi slow agaknya.
      Jika tak boleh buka, akak boleh buat yang lupa password. Nanti nuffnang akan hantar email cara nak buat passord baru.

      Delete
  9. yang penting kena ada entri baru.. ada entri, ada pembaca. maka ada la nuffnang.

    ReplyDelete
  10. Ianya mitos bagi yang belum dapat tetapi tidak bagi mereka yang dah dapat..
    InsyaAllah...Dengan usaha pasti ada hasilnya

    p/s: terima kasih PMDR kerana sentiasa berkunjung ke blog BM. Amat2 menghargainya. Blog anda akan kekal dlm bloglist BM

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.