Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala. Yea ker dapat pahala bunuh cicak ni. Pernah juga dengar masa kecil-kecil dulu. Orang tua-tua cakap bunuh cicak ni dapat pahala.
Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala, Cicak, Cicak Comel,
Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala
Alhamdulillah saya ada jumpa info cara bunuh cicak dapat pahala ini. Jadi ada baiknya saya kongsikan untuk panduan bersama. Jika sebelum ni saya kongsikan cara nak bunuh nyamuk. Kali ini cicak pula.

Rumah siapa atau pejabat siapa tak ada cicak angkat tangan? Kadang dalam pejabat susah sikit nak jumpa. Mungkin sebab kita selalu kerja siang, jarang boleh lihat cicak dalam pejabat. Jika di luar pejabat, balik petang sikit lampu koridor dah buka. Ada cicak lepak-lepak sambil tunggu mangsa.

Jika dirumah, jarang nak jumpa rumah yang tak ada cicak. Sebenarnya ada cicak dengan tak ada cicak ini bergantung kepada amalan dalam rumah tu juga. Rata-ratanya, rumah-rumah kita sekarang ada aje cicak.

Jika tak ada dalam rumah, cicak tu duduk diluar rumah. Cari 'rezeki' untuk dimakan. Lepas tu mulalah membuat pelaburan yang menyakitkan mata.

Masalah Dengan Tahi Cicak
Cicak ni yang paling saya tak suka bila nak solat. Jika nak solat, ada baiknya periksa dulu ada tahi atau najis cicak tak terpijak kat kaki kita. Takut dah siap solat baru perasan.

Bila pergi solat di surau, dah siap-siap solat ada yang tegur. Ada tahi cicak kat kaki tuan. Dah siap solat, jawapnya kena pergi cuci tahi cicak tu dan solat balik.

Jika ada jemaah yang belum selesai solat ok lagi. Dapat solat berjemaah balik. Tapi jika dah tak ada. Solatlah sorang-sorang. Harap-harap dapat pahala jemaah juga disini Allah SWT yang Maha Pemurah.


Kena tengok juga sebelum solat, tempat kita nak solat tu ada tahi cicak ker tak. Jika ada kena bersihkan dulu najisnya. Ambil sapu kecil yang biasa ada di surau tu, sapulah dapat pahala insyallah.

Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala
Berbalik kepada cara bunuh cicak dapat pahala macam ini. Cicak termasuk haiwan fasik. Siapa yang membunuh cicak ternyata akan beroleh pahala.

Haiwan yang digolongkan haiwan fasik dan juga diperintahkan untuk dibunuh adalah cicak atau tokek. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan olah Sa’ad bin Abi Waqqosh, beliau mengatakan:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh tokek/cicak, beliau menyebut haiwan ini dengan haiwan yang fasik”.(HR.Muslim,no.2238).
An-Nawawi membawakan hadis ini dalam Shahih Muslim dengan judul Bab “Dianjurkannya membunuh cicak".

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barang siapa yang membunuh cicak sekali pukul, maka dituliskan baginya pahala seratus kebaikan, dan barang siapa memukulnya lagi, maka baginya pahala yang kurang dari pahala pertama. Dan barang siapa memukulnya lagi, maka baginya pahala lebih kurang dari yang kedua.” (HR.Muslim,no.2240)

Dari Ummu Syarik Radhiyallahu ‘Anha ia berkata,
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk membunuh cicak. Beliau bersabda, “Dahulu cicak ikut membantu meniup api (untuk membakar) Ibrahim ‘alaihis salam.” (HR.Bukhari,no.3359)

Kata Imam Nawawi, dalam satu riwayat disebutkan bahawa membunuh cicak akan mendapatkan 100 kebaikan. Dalam riwayat lain disebutkan 70 kebaikan. Kesimpulan dari Imam Nawawi, semakin besar kebaikan atau pahala dilihat dari niat dan keikhlasan, juga dilihat dari makin sempurna atau kurang keadaannya. Seratus kebaikan yang disebut adalah jika sempurna, tujuh puluh jika niatannya untuk selain Allah. Wallahu a’lam. (Syarh Shahih Muslim, 14: 210-211)

Boleh Bunuh Cicak
Dah ada info ini, jadi lepas ni boleh lah siapa-siapa nak buat pahala. Bunuhlah cicak seperti yang dianjurkan. Sekali pukul aje yea. Makin banyak pukul, lepas tu baru cicak tu mati, maka kuranglah pahala dari yang sekali pukul. Cicak rumah saya, kadang ada juga yang tersepit dipintu. Boleh juga sediakan getah lastik cicak di rumah. Ada cicik, boleh jadi 'penembak tepat'.

Kongsikan info "Cara Bunuh Cicak Dapat Pahala" ini dengan rakan-rakan anda juga. Terima kasih.

14 Comments

  1. Ohhh ada caranya baru dapat pahala bunuh cicak ni..
    Tak boleh sembarangan ye PMDR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara paling bagus macam ni lah jika diikutkan ajurannya.

      Delete
  2. Kakak nak pukul sekali pun dah takut macam manalah nak dapat pahala
    Tak sempat pukul lagi kakak dah lari dulu panggil abang hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Ada abang, boleh minta abang pukul cicak tu.

      Delete
  3. Betul tu PM....taik cicak ni kadang tak nampak wujudnya. Tau tau dah melekat kat kaki hihi.....dahlah bau busuk.

    Ohh yelah kan, pukul kali ke 2 tu dah mcm menyiksa tu yg pahala jadi kurang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Bau tahu dia boleh tahan juga. Menusuk ke hidung.
      Agaknya, tak nak bagi dia seksa jika kena pukul banyak kali baru mati.
      Lepas ni boleh berlatih pukul sekali aje.

      Delete
  4. Pernah dengar perkara ni.
    Kita dinasihatkan membunuh cicak dengan sekali pukul saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Boleh buat cara ni yea bila jumpa cicak.

      Delete
  5. Knor geli cicak,rasanya paling tak suka. .hihi
    Telur cicakkkk....jakun klu anak2 tgokk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geli kalau nak pegang cicak ni. Telur cicak kadang ada aje dicelah-celah pokok juga. Kat rumah tempat-tempat tersorok boleh jumpa.

      Delete
  6. tak gemar sgt cicak ni... geli. haha

    ReplyDelete
  7. banyak cicak kat rumah ni. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena kurangkan cicak macam tu. Jenuh nak bersihkan tahi cicak nanti jika banyak.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.