Solat Tahajjud


Allah berfirman maksudnya, “Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Az-Zumar : 9)


Allah berfirman maksudnya, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” (Al-Muzammil : 1-9)

Allah berfirman maksudnya, “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79).

Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim) 

Nabi saw. bersabda, “Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya di syurga itu ada bilik yang luar boleh dilihat dari dalam, dan dalamnya boleh dilihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, mereka yang menyebarkan salam, serta mereka yang mendirikan solat tahajud pada saat manusia lain sedang tidur". (HR. At Thabrani dan Al Hakim).

Nabi saw. bersabda, “Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyang malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.” (HR at-Tirmizi)

Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” ( Riwayat At-Tabrani )
sumber

16 Comments

  1. Sejujurnya kakak masih tak kuat iman bila resah baru rajin melakukannya tapi bila tidak terus nyenyak lena sehingga pagi... sedihkan...

    ReplyDelete
  2. good sharing :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah,setiap mlm..bkn kak nak riak..ye
    sesuai dgn tajuk..

    mula2 buat dulu mmg ada perasaan bila nak buat baru buat ..lama2 bila dah biasa buat..rasa tak best pula kalau tak buat..anak2 kak juga turut buat.

    mudah-mudahn kak istiqamah dan yg lain2 juga turut istiqamah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..Nice sharing kak.. ;))

    ReplyDelete
  5. semoga kita mendapat kekuatan untuk melakukannya..aka pun kadang2 jer buat..sepatutnya menjadi rutin hidup kita kan..

    ReplyDelete
  6. saya sama macam kakzakie.

    sungguhpun kerap terjaga sbb ada anak kecik tapi susah betul nak melaksanakannya.. T_T

    ReplyDelete
  7. salam...terima kasih atas perkongsian...untuk buat solat tahajut ni kita kena kuat saya dah bangun malam buat susu anak2 tapi mater ni mengantuk sangat...nak cuba jugak nanti...insyaaalah

    ReplyDelete
  8. Insyaallah moga terbiasa nnt

    ReplyDelete
  9. Anonymous9.10.12

    gd sharing KA mcm kakzakie & rai juga !

    ReplyDelete
  10. Niat memang berkobar2 tapi bila dah lelap payah benar nak bangunnya.. sedar aje dah subuh.

    ReplyDelete
  11. ayuh tambah solat selain solat wajib 5 waktu!
    tengs dik.. hope jadi amalan n panduan semua..

    ReplyDelete
  12. teringin sangat nak buat sekerap mungkin..nice sharing entry :)

    ReplyDelete
  13. macam senang tapi sungguh susah untuk orang yang tak kuat iman macam saya ni. semoga dilapangkan. thank you for sharing.

    ReplyDelete
  14. luang2kan masa utk lakukannya...

    ReplyDelete
  15. saya bila tersedar malam, bukan nak solat tahajjud tapi lagi usahakan mata suruh tidur. ya Allah, mudah-mudahan dilembutkan hati untuk saya lakukan..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.