Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense. Beberapa hari lepas saya perasan ada iklan yang kurang berkenan terlekat pada iklan adsense salah satu blog saya.
Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Sebenarnya iklan-iklan adsense yang keluar kat blog ini, ada berkaitan dengan keyword yang kita masukkan dalam tajuk entri, label blog, gambar atau yang berkaitan dengan nice blog kita sendiri.

Tapi ada juga kadang-kadang berlaku. Sebelum ini anda masuk dalam website atau buat carian dalam google berkenaan sesuatu keyword atau sesuatu barang. Lepas tu pergi ke website atau blog yang ada iklan adsense. Iklan yang keluar akan ada kaitan dengan apa yang kita cari, baca atau kita lawati sebelum ini.

Boleh faham kan?.. Tak faham?
Contohnya macam begini. Saya ke website lazada untuk beli jam. Tengok jam itu, tengok jam ini. Dah berkenan dan nak buat pembelian.

Tiba-tiba ada hal pula, kucing nak makan, dia datang menggesel kaki sambil mengiau nak makan. Tutup website lazada tu. Tak sempat nak beli jam. Pergi bagi makan kucing comel tu dulu. Kemudian buat itu buat ini dah lupa.

Bila dah siap bagi kucing makan. Lupa pula nak beli jam. Pergi ke blog atau website mana-mana yang ada letak iklan adsense. Iklan adsense yang keluar adalah gambar-gambar jam kat website lazada tadi yang akan terpapar dalam iklan adsense tersebut. Kira iklan adsense ni, dia ada simpan 'history' atau sejarah kita sebelum ini.

Dia buat macam tu, nak bagi pelanggan beli jam atau barangan yang kita tengok sebelum inilah kiranya. Macam tu lah alkisahnya.
Boleh faham kan? Rasanya dah faham kali ini. Dah senyum tu faham la yea.

Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Oklah, berbalik kepada tajuk entri hari ini. Jaga-jaga dengan iklan adsense ini pula sebenarnya begini. Saya ada baca entri berkenaan keagamaan sikit. Jadi bila masuk ke blog saya. Ada entri yang ada bunyi-bunyi agama sikit. Tengok tempat iklan adsense. Iklan yang keluar tentang 'info agama lain'

Terkedu kejap. Kenapalah jadi macam ni. Bila ingat kisah adsense akan simpan 'history' tu tadi, baru perasan.

Nak mudah cerita, saya tulis link URL iklan adsense tu.Saya  masukkan dalam senarai url yang saya 'block ads' dalam akaun adsense saya.

Boleh sebenarnya kita nak block mana-mana link url yang kita tak nak link iklan adsense tersebut masuk ke iklan adsense kita. Caranya mudah aje.

Masuk dalam google adsense anda. Pergi ke bahagian kiri dashbord tu, cari "Allow & block ads". Pilih tab "Advertiser URLs" dan masukkan link yang kita tak nak tadi dalam kotak dibawah tu.

Contohnya url dia "www.example.com". Dalam kotak tu anda cuma perlu masuk example.com sahaja. Tak perlu ada www lepas tu tekan butang "Block URLs" dah siap. Boleh lihat gambar di bawah. Saya ada letak langkah 1,2,3,4 untuk sekat iklan adsense yang kita tak nak.

Langkah Block Iklan Adsense Yang Tak Perlu, Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Langkah Block Iklan Adsense Yang Tak Perlu
Jadi lepas pada ni, iklan adsense dari Advertiser url example.com tak akan masuk lagi dalam iklan blog anda. Boleh faham kan? Url ini contoh aje yea. Nak tahu cuba lah.

Faedah Block Iklan Adsense yang Tak Perlu
Bila dah block macam tu, insyallah hasil duit dari iklan adsense ini tak adalah bercampur dengan sumber yang tak baik.

Banyak kadang-kadang saya perasan iklan adsense pada blog-blog lain-lain. Yang ada iklan benda yang kurang baik sebagai blogger Islam. Ada iklan dating, mungkin juga anda unsur-unsur perjudian dan lucah terlekat masuk dalam iklan adsense mereka.

Perkara ni sebenarnya terpulang kepada diri masing-masing. Saya lebih suka mencari yang halal lagi 'bersih'. Sebab mungkin duit hasil adsense kita gunakan untuk buat beli makan atau beli benda yang kita guna. Keberkatan dan yang halal itu lebih penting dari segalanya.

Jika tak nak block terpulang. Pilihan terletak pada diri sendiri. Mana yang rasa nak buat perkara ni saya syorkan anda buat. Insyallah saya juga dapat saham. Kongsi benda baik untuk rezeki bersama.

Bagi yang berminat nak buat duit dengan google adsense ini. Anda boleh belajar dari Panduan Buat Duit Adsense (klik sini)ini. Setiap 21 haribulan. Google adsense akan bagi gaji yea. Seronok dapat hasil dari buat duit dalam USD ini. Dapat hasil berganda-ganda.

Kongsikan entri "Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense" ini juga dengan rakan-rakan anda. Terima kasih.

19 Comments

  1. Yelah dia macam nak bagi kita ingat apa yg kita interest gitu
    Dpt duit berganda-ganda ex-rate sekarang ni siapa tak suka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Walaupun dah tutup masih ada lagi jejak dia.
      Dia pasang penjejak yang bagus.

      Delete
  2. Kakcik mulanya cuba nak pasang iklan Adsense ni, tapi selepas beberapa hari, kakcik batlkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh macam tu. kenapa macam tu kakcik?
      Dah dapat akaun adsense ker masa pasang tu?

      Delete
  3. hmmmm ada muslihat jgk ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada muslihat sangat. Cuma kena tengok-tengok juga iklan-iklan yang keluar tu. Mana yang tak berkenan kita boleh block. Adsense ni dah lama. Mereka pandai jaga pengguna mereka. Bolah cuba letak adsense dalam blog akak. Dapat hasil dalam USD seronok. Berganda-ganda dapat setiap 21 haribulan.

      Delete
  4. yeap. memang dorang simpan history web kita. Saya selalu tengok iklan2 lazada dekat facebook. semua iklan produk yang saya nak beli dekat lazada. pandai diorang

    ReplyDelete
  5. Ooo... baru tau... Terima kasih atas perkongsian nie... setakat nie, tak nampak pulak iklan-iklan pelik kat blog tu... anyway, boleh tak kita buat dua pengiklan? Contoh nya Nuffnang dan Google Adsense...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh aje. Ada yang buat dan masukan sekali dalam satu blog adsense dan nuffnang. Cuma jika rasa tak berani. Boleh letak asing. Buat blog lain-lain untuk iklan yang berbeza.

      Delete
  6. Sekarang ni semua iklan kat blog dah hilang PM...urmmm malas nak fikir pasal iklan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab akak buat kat settings blog jadi https rasanya. Cuba buat balik asal http sahaja.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi iklan adsense

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba akak. Seronok bila bayaran mereka guna USD. Untung berganda.

      Delete
  9. akak x pandai adsense ni,,, dh berkali try tak lepas.... o... patut la iklan lazada kat fb tu asyik duk tunjuk iklan yg akak pernah klik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lagi dan lagi akak. Insyallah akak akan berjaya dapat akaun adsense ni. Boleh rujuk panduan adsense di atas juga.

      Delete
  10. Ya betul infomasi yang berguna pada yang mengunakan adsense.(^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat menggunakan adsense dengan sebaiknya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.