Dapat Duit Dari Google Adsense

2016-10-27

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dapat Duit Dari Google Adsense. Rasa teruja bila dapat email ni. Jarang-jarang buka email yang daftar akaun google adsense sebab jarang tengok. Email ini saya buat masa mula-mula nak daftar akaun google adsense. Jadi email ini khas untuk google adsense aje.
Dapat Duit Dari Google Adsense, Google Adsense,
Dapat Duit Dari Google Adsense
Alhamdulillah ini kira email kedua saya dapat. Yang pertama kali saya tak perasan. Bila dah buka tengok dalam akaun adsense mereka dah hantar pun payment bayaran untuk google adsense tersebut.

Waktu dia hantar payment tersebut, saya masih letak alamat lama dalam akaun google adsense. Dan masih kekalkan cara terima bayaran dengan kaedah check western union ke alamat sendiri. Terlupa nak update alamat baru dalam maklumat diri google adsense tersebut. Jadi ke alamat lamalah check western union tersebut sampai.

Bila dah siap mereka hantar email, saya tak terima surat check western union sebab dihantar ke alamat lama.  Masa mula-mula, ingat hangus macam tu aje. Sebab check western union yang google hantar tu saya tak terima.

Bila cari balik info anda yang cakap, akan masuk balik dalam masa 2-3 bulan. Google adsense tak tipu, mereka dah lama buat kerja ni. Jadi jika mereka dah hantar payment, penerima tak terima payment tu jangan risau yea. Lain kali mereka akan hantar balik. Nak selamat saya dah ubah cara terima bayaran dari check western union ke kaedah Wire Transfer (masuk bank terus).

Mula tu ada terfikir juga, betul ker check western union tu selamat. Takut-takut ada yang dapat check tersebut dan mereka pergi tebus. Bila fikir balik, tak akan berlaku. Sebabnya kat check tu ada nama penerima. Orang lain tak akan boleh pergi tebus check western union penama tersebut. Hanya tuan punya diri yang dapat duit tersebut. Alhamdulillah lega.

Akhirnya penantian nak tunggu bila dapat email kedua tamat. Bila dapat email ini tak sampai 1 hari pun. Duit bayaran tersebut dah auto masuk dalam online banking yang saya daftar. Seronok guna kaedah Wire Transfer. Tak perlu nak ambil bawa cek pergi tebus untuk dapatkan duit dari western union secara manual. Habis masa kat situ aje. Guna kaedah Wire Transfer ni boleh tengok terus berapa masuk dan berapa yang bank kenakan atas cas perkhidmatan mereka.

Jadi untuk kali ni dan yang akan datang, insyallah saya akan guna kaedah Wire Transfer inilah. Cepat dan selamat. Cuma bila buat macam ni bank yang kita guna khidmat online mereka akan cas sikit. Biasalah bank, tak buat macam tu tak sah. Ada aje nak ambil peluang. Kalau nak bagi apa-apa, mimpi dulu dua tiga kali baru dapat.

Tapi tak apalah, dah itu kaedah bisnes mereka. Mana-mana bank pun sama. Kita guna perkhidmatan mereka. Jadi nak tak nak kena bagi sikit upah untuk mereka. Terima kasih yea.

Lupa pula, saya buat Wire Transfer ni guna CIMB Bank. Nanti ada masa saya kongsikan cara-cara nak buat Wire Transfer tersebut. Bagus buat kaedah ni. Jimat masa dan ianya selamat.

Bila dapat hasil dengan google adsense ni rasa lagi semangat untuk dapat bayaran yang seterusnya. Zaman ekonomi tengah tak menentu ni. Dapat buat duit dan terima bayaran dengan nilai USD memang seronok.

Sebelum terlupa, untuk terima bayaran daripada google adsense ni. Dalam akaun adsense kena ada sekurang-kurangnya USD100 (seratus dollar) ke atas. Jadi bila tukar ke mata wang kita dengan keadaan duit kita sekarang yang USD1 bersamaan RM4.++ memang berbaloi-baloi. Jika USD100 dapatlah lebih kurang RM400++. Jika dapat banyak. Lagi banyaklah akan ada kosong dalam akaun anda.

Oklah, bagi yang nak buat duit dengan google adsense ni. Anda boleh cuba, buat dan belajar. Jika rajin usaha, insyallah boleh dapat banyak.

[+ Panduan Buat Duit Adsense Versi BM ]

Insyallah lain kali saya cerita lagi tentang google adense ni. Jom buat duit online dalam USD dengan fiverr. Jika dengan fiverr ini anda tak perlu ada blog ataupun website. Daftar dan buat kerja dalam tu aje, lebih kurang sama dengan buat duit dengan Portal Jobdirumah. Nak buat kedua-duanya pun boleh. Atau nak cuba salah satu dulu pun ok. Apa yang penting, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, kita kena rajin cari pendapatan tambahan. Sedikit sebanyak insyallah boleh bantu menambahkan perbelanjaan yang diperlukan. Selamat berusaha. Jom buat kerja!
Share

8 comments:

  1. Payah juga nak dapat orang tekan iklan... so you punya ni based on CPM ke atau CPC? Ramai guna smartphoe dan iklan jarang keluar bila line atk bagus atau data dia orang dah nak habis, tapi penulisan tetap keluar. Rugi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna yang google adsense cadangkan aje. Cuba mana yang ok dan tak ok boleh tengok balik kat dalam adsense, mana yang boleh bagi earning bagus yang tu saya utamakan.

      Delete
  2. sy regis tp xdpt2 ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lagi dan lagi sampai dapat. Memang syarat dia agak ketat sikit. Tapi tak salah cuba. Insyallah nanti berjaya dapat akaun adsense.

      Delete
  3. Akaun Google Adsense teman, lambat lagi boleh cash out nya...🙄🙄🙄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, nanti lama-lama boleh cash out. Saya pun ambil masa juga dengan google adsense ni. Kena belajar juga lagi. Teruskan usaha.

      Delete
  4. akak x lepas2 apply google adsense,,, hukhuk... nak buat camana cam cipsmore... hehe... All the best k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker, cuba lagi akak. Jangan putus asa. Lama-lama insyallah boleh dapat. Ambil masa, bila dah dapat seronok buat duit dengan adsense. Bayar dalam USD, tukar ke duit kita berganda-ganda jadinya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan