Cerita Merdeka Kami 31 Ogos

Cerita Merdeka Kami 31 Ogos. Cuti hari merdeka tahun 2016 tahun ini jatuh pada hari Rabu. Kebiasanya jika cuti merdeka ini jatuh pada hari Jumaat atau Isnin memang seronok rasanya. Sebabnya dapat cuti bersambung dengan hari minggu sabtu dan ahad. Tapi kali ni tak ada rezeki nak sambung cuti. Jadi saya dan keluarga bercuti-cuti di rumah sahaja.

Aiskrim Baskin Robbins
Aiskrim Baskin Robbins
Pagi rabu tu tak buat aktiviti apa sangat. Tengok aje perarakan kemerdekaan kat TV sambil-sambil layan anak tengok perbarisaan dalam TV pagi tu. Memang meriah jika dapat pergi melihat sendiri perarakan dan perbarisan kemerdekaan kat TV tu. Tahun ni tak sempat, insyallah tahun-tahun akan datang akan diusahakan dapat pergi bawa keluarga tengok secara live di dataraan merdeka. Mesti suka anak-anak dapat pergi sendiri akan lagi terasa jiwa merdeka tersebut.

Sehari sebelum hari merdeka tu, nak dijadikan cerita dalam message group whatsapp yang Baskin Robbins dan Secret Recipe ada buat harga promosi sempena tarikh sambutan kemerdekaan 31 Ogos tersebut. Jadi rasa teruja juga nak merasa kek dengan harga yang murah daripada harga hari-hari biasa. Saya dan isteri pun berkira-kira nak pergi merasa hidangan kek dan aiskrim istimewalah hari tu. Bersiap-siap kami anak beranak bercadang nak pergi beli di Aeon Mall yang berdekatan dengan rumah.
Secret Recipe
Secret Recipe
Sebabnya pergi Aeon lagi mudah. Kedua-dua kedai tersebut ada di dalam satu bangunan sahaja. Bila pergi tu, lagi 5KM-7KM nak sampai ke simpang kedai berkenaan tengok aliran trafik dan semakin perlahan. Makin lama makin tak bergerak. Daripada menunggu trafik yang sesak macam tu aje. Kami pun fikir, patah balik ajelah. Cari kek Secret Recipe di kawasan lain dan aiskrim Baskin Robbins tu rasanya beli pada hari-hari biasa aje. Tak sanggup rasanya nak bersesak-sesak semata-mata nak rasa kek dan aiskrim tu. Memang harganya murah berbanding hari-hari lain. Tapi bila fikir balik masa dan tenaga nak mengharungi kesesakan jem nak masuk beratur cari parking ke Aeon tu lagi. Ada baiknya kami batalkan aje. Lain kali datang lagi merasa pada hari-hari biasa aje.

Sudahnya hari tu beli aje kek di kedai berdekatan dengan rumah kami aje. Keknya sedap juga setanding kek Secret Recipe kata isteri saya. Makanan kami beli nasi beryani kambing dan ayam anak beranak. Beli bungkus balik makan di rumah aje. Rezeki kami sekeluarga dah di tetapkan Allah SWT makanan tu. Tak ada rezeki nak merasa kek dan aiskrim pada harga potongan merdeka. Lain kali pergi beli pada hari-hari biasa aje.

Pada hari tu juga memang banyak kedai-kedai dan juga panggung wayang yang membuat potongan harga untuk barang jualan mereka. Jadi tak mustahilah ramai yang berpusu-pusu cari tempat makan dengan harga murah di Aeon pada hari tersebut. Oleh kerana dalam Aeon kebanyakan kedai-kedai tersebut ada. Jadi memang berkampunglah orang ramai di sana pada hari cuti merdeka kali ini.

Moral of the story. Nak pergi rasa makanan murah waktu cuti merdeka macam hari tu tak perlu pergi. Jika sanggup bersesak dan berpanas cari parking pada hari tersebut dipersilakan. Jika tak nak. Baik beli awal-awal tak pun pergi naik motor aje. Hantar utusan pergi beli. Yang lain duduk di rumah tunggu aje.

Lawak pula cerita merdeka tahun ni. Cari makan pada hari merdeka aje. Orang dulu-dulu keluar darah, air mata dan keringat nak dapatkan kemerdekaan negara. Sebagai rakyat yang lahir setelah merdeka, rasa bersyukur sangat dengan kemakmuran negara yang dikecapi sekarang.

[+] Panduan Bisnes Aiskrim Terlajak Laris!! Klik Sini
[+] Panduan Dekorasi Bajet Rumah Anda!! Klik Sini

Ingatlah selalu, jaga dan peliharalah kemerdekaan yang telah kita perolehi. Jangan sesekali alpa dan leka dengan nikmat merdeka yang ada sekarang.

Negara kita perlu dijaga untuk kemakmuran diri, agama, bangsa dan genarasi akan datang. Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Sehati Sejiwa!

17 Comments

  1. untungnya bro dan keluarga dapat jalan-jalan pada cuti umum..saya pada cuti begini wajib bekerja dan sibuk pula tu dengan para pelanggan yang banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan pelanggan bermakna duit masyuk. Bersyukurlah kerana ada rezeki. Ada sesetengah tu, buka kedai dari pagi sampai tengahari, dapat jual 3-4 bungkus nasi lemak je.

      Delete
    2. Hanafi: Tak apa, nanti tuan boleh cuti hari lain. Hari merdeka layan pelanggan.
      Usry: Rezeki Allah yang bagi, kita usaha aje. Bersangka baik dengan Allah.

      Delete
  2. Bila ada keraian gitu memang banyak kedai buat potongan harga. Cuma kita pelanggan saja sanggup tak sanggup beratur panjang untuk dapatkan diskaun istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tahun lepas ada juga. Rasanya tahun depan lagi meriah. Macam-macam cara peniaga cari pelanggan.

      Delete
  3. ye betul, kadang-kadang tak berbaloi nak harungi jem untuk dapatkan tawaran istimewa tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hello. Tapi ada juga yang suka bersesak macam tu. Ada yang nak merasa nak tak nak kena pergi juga.

      Delete
  4. yum yum sedapnyer.... kalau jem, penat kan...

    ReplyDelete
  5. Hihi....yelahkan PM, org dulu menyambut merdeka bergolok bergadai nyawa, org sekarang bergolok bergadai tenaga nak dpt makanan free hihi...senangnya lahai hidup kita ni, kalau tak bersyukur jugak tak taulah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena selalu tengok orang bawah insyallah kita boleh belajar bersyukur.

      Delete
  6. lama x makan aiskrim kat Br. yang penting semangat merdeka tu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti jika nak murah tunggu 31 bulan akan datang pula. Betul tu semangat merdeka kena ada.

      Delete
  7. Ais cream BR memang antara ais cream yang terbaik...πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘Œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pun suka juga sekali sekala pekena aiskrim BR ini. Sedap.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.