Kisah Menarik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisah Menarik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Yea, hari akhir dah hari ni Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Sepatutnya saya buat entri ni masa awal-awal ari tu. Oleh sebab tak berkesempatan nak menulis. Sebok dengan urusan kerja yang tak berkesudahan. Jadi ada masa ni saya tulis sedikit sebanyak tentang apa kisah yang menarik sepanjang pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 kali ni.

Kisah Menarik Pesta Buku Kuala Lumpur 2016, Pesta Buku Kuala Lumpur,
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
Bagi yang nak pergi, rasanya hari ni 9 Mei 2016 adalah hari terakhir berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 ni. Nak jumpa lagi, ada rezeki tahun depan boleh datang lagi.

Saya pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 pada minggu lepas. Pergi hari bekerja ambil cuti kebetulan ada kerja lain yang nak dibuat pada hari tersebut. Jadi boleh buat dua kerja dalam satu hari tersebut.

Ini rasanya kali pertama saya pergi Pesta Buku Kuala Lumpur. Sebelum ni yang buat di PWTC tak berkesempatan nak pergi. Yang ni rasa nak pergi, sebab tempatnya macam agak 'luas' sikit nak bandingkan tempat yang sebelum ni.

Pesta Buku Kuala Lumpur 2016 kali ni diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Ini kali kedua saya menjejakan kaki ke sini. Sebelum ni ada pernah datang juga tapi untuk tujuan lain.

Oleh kerana dah pernah datang, jadi tempatnya saya dah boleh agak kat mana. Nak lari dari kesesakan jem di KL, saya pergi naik train aje. Yea. bila naik train ni mesti apa yang saya fikir adalah "masa". Dan memang betul, saya rugi banyak masa dengan train. Nak menunggu train tu bukan main lama. Alhamdulillah pergi tu bukan hari yang kes train KTM berlanggar dekat Kuala Kubu Baru ke Tanjang Malim. Jika hari tu, lagi lama dibuatnya.

Nanti ada masa saya kongsi cerita naik train, sekarang ni nak cerita pergi Pesta Buku Kuala Lumpur 2016 dulu.

Mudah cerita, dari train stesen KTM Serdang ke MAEPS ni kena bayar RM1 pula bila kita naik bas ulang alik yang pihak penganjur sediakan. Pergi bayar RM1 balik bayar juga RM1. Tak apalah, boleh rasa naik bas kat KL. Sebelum ni mana pernah naik bas lagi. Naik LRT dengan KTM adalah. Bas kat KL rasanya ini kali pertama,hohoho. Kenapa? anda boleh fikir sendiri. Malas nak bersesak dengan Mat Bangla dan yang sewaktu dengannya. Mat bangla ni pun ada cerita juga. Insyallah ada masa saya cerita nanti (dah banyak pula entri yang akan datang..hohoho)

Kisah Menarik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
Oklah, banyak dah bercerita benda lain nak cerita Kisah Menarik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 pula:-

1) Saya rasa ini pesta buku yang terbesar pernah saya kunjungi. Memang best datang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

2) Mereka buat dua dewan untuk pameran buku-buku jualan. Berjalan dalam tu rambang mata dibuatnya. Semua buku rasa nak beli. Tapi oleh kerana saya dah rancang siap-siap nak beli apa. Jadi saya dan isteri beli buku yang perlu aje.

3) Ada macam-macam jenis buku. Buku cerita, komik, novel, buku agama, buku motivasi, buku untuk anak-anak, buku untuk mak ayah, buku untuk budak sekolah dari tadika, belum tadika, darjah satu ke pelajar universiti semua ada masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 ni. Tak sempat nak pergi satu-satu belik.

4) Ada banyak peraduan yang dibuat, untuk anak-anak banyak juga game pendek dan pop kuiz yang sesetengah penganjur anjurkan. Teka jumlah buku Datuk Rosyam Nor dalam kereta Volkswagen lama merah yang paling menaik. Tak tahu pula siapa yang menang dapat teka dengan tepat jumlah buku dalam tu.

5) Gerai jualan makanan dan minuman(food truck) turut disedaikan. Jadi tak perlu nak pergi keluar balik dari MAEPS tu semata-mata nak cari makan. Semuanya boleh di makan kat gerai yang mereka sediakan.Kena bayar, bukan free tau.

6) Ada juga benda lain selain buku, boleh nak tempah lukisan,ada jualan gerai barang permainan, baju yang menarik juga dan macam-macam lagi.

7) Buku murah-murah. Yea yang ni pastinya buat mereka yang pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 kali ni rasa amat berbaloi. Mana tak naknya. Saya beli banyak buku, sampai tak larat nak bawa. Alhamdulullah saya dan isteri masing-masing bawa beg asing. Jadi dah beli masukkan buku dan jalan lagi pergi ke kedai seterusnya. Boleh dapat buku dengan harga RM10 untuk buku yang berharga asal RM30. Boleh dapat buku latih tubi pelajar sekolah dengan harga RM1. Walhal buku tu jika kita beli kat luar boleh cecah RM10 ke belasan ringgit. Banyak juga yang bagi tawaran diskaun harga 20% bagi buku-buku baru. Yang ni saya tak tolak, bolot semua yang berkenan dan bayar. Rasanya tak perlu nak beli buku lagi tahun ni..hehe. Semua buku yang rasa nak beli dah beli masa Pesta Buku Kuala Lumpur 2016 dengan tawaran harga yang cukup rendah dan berbaloi.

8) Kemudahan surau, parking kereta dan tandas yang terbaik. Adanya anggota polis bagi mengawal keselamatan, begitu juga pasukan pegawai perubatan dan ambulan kecemasan.

9) Ramai betul murid sekolah yang datang. Dari sekitar KL dan Selangor tu dah tak pelik. Yang dari Kelantan, Johor, Pahang, Negeri Sembilan pun ada datang juga. Semangat betul penjaga dan guru-guru mereka. Bawa murid sekolah sampai ke situ.

Oklah, jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 di MAEPS tu. Hari ni sempat lagi nak pergi. Nasihat saya, pergilah. Bawa anak-anak raikan mereka dengan buku-buku idaman mereka.

Tak rugi melabur untuk ILMU. Tambahan lagi ianya bolah di perolehi dengan nilai yang amat berbaloi. Jumpa lagi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan datang.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Satu usaha yang murni membantu diri saya dan semua rakyat Malaysia menjadi bangsa MEMBACA dan BERILMU.

Info Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Facebook : Website

Kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda juga. Bagi mereka semangat nak datang pesta buku pada masa akan datang.

18 Comments

  1. happynyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. klau pergi dgn ank2...smua nk diborong...sure murahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak selamat pesan siap-siap kat anak-anak. Buka apa dan berapa banyak boleh beli. Jika tak memang satu dewan buku nak beli nanti.

      Delete
  3. Kakak belum pernah berpeluang pesta buku yg dibuat di KL sana
    Dekat JB ni kalau ada pun tak sehebat di sana.
    Kakak tengok geraaammmm aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik pesta buku yang dibuat di KL akak. Semua syarikat buku hebat-hebat turun padang jual buku mereka. Rambang mata dibuatnya jika tak kena cara.

      Delete
  4. Tapi kalau anak-anak kakak adalah pergi dgn cikgu dan kawan mereka
    Memang membeli boleh rambang mata katanya
    Ada belikan kakak apa nak tahu dik?
    Buku resepi hihi... jadilah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku resepi kat sana nak sama tanggi dengan kita pun ada. Bersusun-susun. Tahun depan boeh rancang awal-awal pergi pesta buku kat Kuala Lumpur.

      Delete
  5. best kalau dapat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Tahun depan ada lagi jangan lepas peluang nak kena pergi. Memamng berbaloi. Macam-macam buku ada akak. Semuanya menarik untuk dijadikan koleksi buku di rumah.

      Delete
  6. haihh...sy sllu takut g pesta buku sebab.... semua nak!! ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..jika macam ni. Kena tulis siap-siap nak beli buku apa. Kalau tak satu kereta bawak balik rumah buku.

      Delete
  7. kali ni buat kat maeps space dia banyak laa..senang parking...pastu takde lah crowded dari mcm dekat pwtc.
    cuma jauh sket dari pusat bandar ...tu je ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Buat kat ni lagi selesa pesta buku KL. Harap tahun depan buat kat sini lagi. Boleh rancang awal-awal nak pergi cari buku-buku idaman.

      Delete
  8. Seingat OKje rasanya cuma sekali dua jer datang Pesta Buku ni....Maklumlah kurang suka membaca haha...Tapi mereka yg ulat buku sure sukakan PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak.Masa pergi sana tu, tengok geng yang 'ulat buku' mereka bawa beg tarik macam nak naik flight. Tarik aje. Beli isi buku dalam tu. Rajin betul memenuhkan koleksi buku.

      Delete
  9. Dah lama betul tak ke pesta buku nie... Mesti banyak buku yang boleh dibeli dengan harga yang menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika terlepas hari tu.Boleh pergi jika ada lagi pada masa akan datang. Buku banyak betul yang murah waktu tu.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.