Cerita AidilAdha 1436 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cerita AidilAdha 1436 Hijrah. Alhamdulillah Allah SWT bagi rezeki lagi untuk beraya Haji tahun ini. Macam-macam cerita diseluruh dunia yang kita dengar masa hari raya hari tu. Peristiwa kematian akibat rempuhan pada musim Haji di Mekah, cerita korban binatang sembelihan dan macam-macam lagi cerita yang mengisi peristiwa Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Alhamdulillah semuanya ada hikmah tersendiri yang kita tidak tahu. Allah SWT yang jadikan semua ini. DIA lah ALLAH yang mengatur semua pergerakan di alam maya ini. Tidak ada istilah fenomena alam atau kejadian semula jadi. Semuanya Allah SWT yang buat.

Kepada mereka-mereka yang syahid di Mekah, saya ucapkan takziah buat saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. Sesungguhnya Allah SWT lebih sayang kepada mereka dengan menjemput mereka semasa melakukan ibadat Haji. Bukan senang nak meninggal disana. Bukan calang-calang orang yang dapat meninggal dunia di Mekah mahupun di Madinah. Tempat suci umat Islam.

Cerita AidilAdha 1436H
Cerita AidilAdha 1436H
Sempena hari Raya Haji yang dah berlalu pergi, maaf terlewat jika saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat yang menjadi pembaca blog saya ini. Kunjungan anda ke blog ini dialu-alukan dan saya ucapkan terima kasih. Jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku, saya dahulukan dengan ucapan maaf. Tidak ada manusia yang tidak buat salah. Cuma yang sebaiknya jika rasa ada salah dan silap hendaknya kita bermaaf-maafan. Ini akan menarik rahmat Allah SWT kepada kita semua.

Hari raya haji saya beraya di kampung isteri. Bergilir-gilir tengok keadaan masa dan cuti yang tidak mengizinkan tak balik kampung sendiri. Pertama kali tengok orang korban kerbau di kampung isteri. Biasanya jika di kampung saya korban lembu. Kali ini korban kerbau. Ramai-ramai korban kerbau nampak mudah. Kalau lembu biasanya sebelum nak sembelih tu bising juga. Tapi tengok mereka sembelih kerbau nampak macam mudah sikit. kerbau nak mati baik kata orang. Sebab tu dia redha aje orang nak sembelih dia.

Hari raya haji tidak semeriah hari raya puasa. Hari raya haji jika tak pergi menunaikan ibadat Haji suasana rayanya dapat rasa melalui amalan ibadat korban. Jika tak korban lagi kurang rasa suasana rayanya. Bagi yang tak buat ibadat korban. Sertai mereka yang buat korban pun dah seronok juga. Boleh bergotong royong dan boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Masa tengah-tengah potong-potong daging korban memang tak sah jika tidak bercerita.

Rasanya cukuplah sedikit sebanyak cerita raya haji saya untuk kali ini. Nanti ada masa kita sambung cerita lagi. Raya haji hari tu, ada yang buat kerja di rumah juga ker?

15 Comments

  1. AidilAdha kami yang biasa-biasa sahaja... Tak terlewat kan untuk ucap Salam AidilAdha? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Salam AidilAdha juga buat farah.

      Delete
  2. sederhana tp jnji dpt diraikan bersama org tersyg....
    kalu kt kampung suami akak pun biasa jgk korban kerbau... akak lps kawin org kerteh baru kenal n reti mkn daging kerbau hehehe... jakun betul

    ReplyDelete
  3. Aidil Adha kakcik sekeluarga berlalu begitu sahaja. Tiada masakan istimewa dan tiada pakaian raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aidil Adha ni biasanya pakai yang Raya puasa hari tu aje kakcik.

      Delete
  4. Betullah tahun ini berbagai ujian buat jemaah kita yg menunaikan ibadah haji. Namun beruntung mereka yg meninggal di sana yg solatkan jenazah berjuta umat.

    Beraya dirumah mak sendiri ke mertua sama aje apa lagi kalau dah lama berumahtangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Untung mereka disolatkan jutaan manusia disana.

      Delete
  5. Salam Aidil Adha ...
    raya haji kami pun sederhana...
    turut sedih dgn apa yg terjadi kat bumi Suci Mekah..apa pun semuanya atas ketentuan Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Bersederhana lagi baik dalam Islam. Bagus tu akak. Salam Aidil Adha juga buat akak dan keluarga.

      Delete
  6. Salam Aidil adha PM....walaupun dah terlambat tp tetap nak ucap jugak hihi....
    Isteri org mana? Kedah ke? Yelah....jarang okje dengar korban kerbau ni. Ohh baru tau kerbau ni binatang redho kalau awak tak bagi tau. Maklum le tak berani mak nak tgk org menyembelih ni weyh! Takut fengsan lak kang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kerbua macam jinak sikit. Isteri orang utara. Nak bagi rasa berani nanti boleh tengok orang sembelih masa korban.

      Delete
  7. salam aidiladha., ;p

    ReplyDelete
  8. Knor pun biasa2 juga...sederhana selalu.
    Knor pun teringin nk mati kt mekah, dlm keadaan yg baik.Allahuakbar

    ReplyDelete
  9. aidil adha kemeriahannya mmg x sama dgn aidiladha tp suasananya lbh unik...bg sy laa ;-)

    ReplyDelete
  10. Takziah juga buat keluarga mangsa yang terlibat...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.