Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H - 2015. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Khusunya kepada semua Muslimin dan Muslimat pembaca blog saya. Harapan saya kita semua dapat meraikan hari raya ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Alhamdulillah kita semua dapat melaksanakan sebulan ibadat puasa dengan sebaiknya.
Hari raya adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa sebulan pada bulan ramadhan. Orang-orang yang hampir dengan Allah SWT pastikan akan berasa sedih dengan pemergian Ramadhan. Jika boleh mereka mahu ramadhan ini sepanjang tahun. Macam mana dengan kita. Tepuk dada tanya IMAN.
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf sepanjang menjadi admin blog pokok manggis depan rumah ini. Jika terdapat kesalahan terkasar bahasa di dalam penulisan saya pohon maaf dengan anda semua.
Hari raya ini kita banyakkan amalan ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Bermaafanlah dan lupakan segala kesalahan lama. Sudah menjadi adat manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Semoga Allah memberikan kemaafan kepada kita semua berkat kita bermaafan dihari raya.
Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H - 2015. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Khusunya kepada semua Muslimin dan Muslimat pembaca blog saya. Harapan saya kita semua dapat meraikan hari raya ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Alhamdulillah kita semua dapat melaksanakan sebulan ibadat puasa dengan sebaiknya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H - 2015 |
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf sepanjang menjadi admin blog pokok manggis depan rumah ini. Jika terdapat kesalahan terkasar bahasa di dalam penulisan saya pohon maaf dengan anda semua.
Hari raya ini kita banyakkan amalan ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Bermaafanlah dan lupakan segala kesalahan lama. Sudah menjadi adat manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Semoga Allah memberikan kemaafan kepada kita semua berkat kita bermaafan dihari raya.
Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
2 Comments
Slmt hari raya..silalAh dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih. Selamat Hari Raya juga buat Nor.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.