Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa. Macam sedap aje kan. Tiga rasa tu. Mesti ramai antara kita yang pernah makan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa inikan?. Jika tak pandai masak sendiri, senang aje boleh pesan kat kedai tapi apa yang penting anda kena bayar. Begitulah jika tak sempat masak dan bekerja.

 Pada saya nak makan di kedai sekali sekala boleh. Tapi apa yang lagi seronok masak sendiri. Terjamin kebersihan dan tak ada nak fikir benda-benda lainkan. Hari saya nak kongsi Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa. Kepada yang dah selalu masak. Mungkin ada beza dengan resepi yang saya tulis ni. Tak apa, saya kongsikan resepi ini bagi kawan-kawan yang nak belajar dan cuba sendiri masak Ikan Siakap Masak Tiga Rasa ini. Berikut adalah bahan-bahan dan cara  penyediaanya.

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa
Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa-pic google
Bahan-Bahan Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Bahan bagi menggoreng Ikan Siakap:
1 ekor ikan siakap
2 sudu besar tepung jagung
Garam secuku rasa
Sedikit Kunyit

Bahan bagi kuah Ikan Siakap Masak Tiga Rasa:
4 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, cincang halus
1 inci halia, cincang halus
1 biji bawang besar potong bulat
1 biji tomato potong dadu
1 batang bunga kantan, hiris nipis
1 batang halia serai, dititik
6 biji cili padi , hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
2 sudu besar cili giling
4 besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
Sedikit nenas, potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa:

1.Ikan dibersihkan dengan melumurkan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan toskan minyak.

2.Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.

3.Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika.

4.Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika kuah terlalu pekat masukkan sedikit air.

5. Masukkan nenas yang dipotong dadu.

6.Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.

7.Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.

8.Hiasakan dengan daun bawang.

Alhamdulillah dan siap. Mudah aje rasanya jika nak masak sendiri Ikan Siakap Masak Tiga Rasa ini. Anda cari bahan-bahan di pasar dan masak.Insyallah sedap jika ikut langkah-langkah di atas. Jimat lagi zaman-zaman GST ni.

[+] Rahsia Jana Wang di Rumah Untuk Wanita (klik sini)
[+] Buat Duit Dengan Menulis (klik sini)

Anda boleh cuba nanti jika berkesempatan pada hari minggu atau pada hari-hari biasa bagi yang ada kelapangan masa. Bagi yang bekerja memang kena tunggu hari minggu baru sempat nak cari bahan dan buat semua ini. Namun bagi yang bekerja dari rumah insyallah masih ada ruang masa untuk memasak buat keluarga tersayang. Waktu makan nanti jangan lupa makan kat saya sikit tau. Selamat menjamu selera.

30 Comments

  1. Ikan siakap dan ikan kerapu kalau masak tiga rasa memang sedap
    Kalau kena kakak sekeluarga seekor macam ini sekali hadap habis:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap masak 3 rasa ni akak. Keluarga saya pun suka.

      Delete
  2. tq nk cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba-cuba Nur. Insyallah menjadi ikan siakap masak tiga rasa.

      Delete
  3. INI FEV ANAK2 NI..KLU MASK NI...MAU DUA TUGA KALI TAMBAH NASI...
    DPPNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu masak jika anak-anak suka akak.

      Delete
  4. Makchaq bula tengok.resepi panjaaaanng dah malas..
    Suka hat resepi sikit bahan ja...yg panjang2 ni selaunya niat nak cuba ada.. tapi x cuba2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba sekali. Dah rasa nak buat lagi Makchaq.

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap memang sedap. Boleh cuba masak Kak Nor.

      Delete
  6. Salam ziarah...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Insyallah boleh cuba masak untuk keluarga.

      Delete
  7. ooo..letak bunga kantan ya. nanti try. biasa kak tak biasa letak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. letak bagi lagi sedap. Kurang sikit bau ikan.

      Delete
  8. 2 - 3 hari sudah okje baru jer masak siakap 3 rasa ni PM....sampai keesoknya jugalah baru habis hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap masak 3 rasa makan dengan anak-anak dan keluarga.

      Delete
  9. Selalu buat x mau jadi mcm yg kat kedai. Depa buat cm menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah buat lagi sekali jadi siakap masak 3 rasa.

      Delete
  10. Terima kasih atas ilmunya. Saya dah try. Jadi n sedap. Tapi xde ltk serai n bunga kantan sbb xde..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Nanti ada boleh cuba lagi. Ada benda tu lagi terangkat rasa dia.

      Delete
  11. Assalam sis...tgh cari2 resepi utk Ramadhan tahun ni jmpe blog ni :) tq ats ilmu..sikap msk stim ade x resepi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Ada, nanti saya buat untuk resepi tu.

      Delete
  12. Resepi yang menarik... Boleh di cuba untuk berbuka puasa nanti...

    ReplyDelete
  13. Beli kat kedai runcit. Banyak aje ada. Jika tak ada cari pasar raya.

    ReplyDelete
  14. Biar betul 1 batang halia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh serai ea sebenarnya?

      Delete
    2. Terima kasih atas teguran. Dah ubah serai.

      Delete
  15. Terima kasih sis.. terasa nk cuba untuk mlm ni.. nk tawan si dia..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.