6 Faedah Yang Diperoleh Melalui Amalan Berjimat Cermat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini saya nak berkongsi beberapa tips dan faedah yang bakal diperolehi bagi amalan berjimat cermat.. Rata-ratanya kita hari ini memang merasakan kepentingan berjimat cermat.
1. Lebih banyak duit
Berjimat bermakna seorang individu itu akan mempunyai lebih banyak wang pada akhir tahun. Ini merupakan salah satu faedah yang dapat diperoleh daripada amalan berjimat. Tanya diri sendiri, mengapa tidak menyimpan lebih banyak? Masih belum terlambat untuk bertindak. Ianay boleh menjimtkan duit anda.
2. Fikiran lebih matang
Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Seseorang itu akan menjadi lebih kritikal ketika membeli-belah. Sama ada barang itu satu keperluan atau satu kehendak, pasti dapat dinilai dengan lebih tepat.
3. Jauhkan diri dari hutang
Paling penting, sebelum memulakan amalan berjimat-cermat, pastikan segala hutang telahpun dilangsaikan. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Lebih awal seseorang itu berurusan dengan hutang, lebih mudah ia ditangani. Bolehlah berjimat tanpa menanggung beban hutang selepas itu.
4. Lahirkan masyarakat bijak
Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.
5. Lebih banyak pilihan
Apabila seseorang memutuskan untuk menjimatkan wang dan menjadikan tabiat itu sebagai gaya hidup, terlalu banyak pilihan akan tersedia. Seseorang itu boleh melabur atau membeli sesuatu yang mereka inginkan hasil daripada wang yang terkumpul melalui amalan berjimat. Hidup yang mempunyai banyak pilihan adalah lebih baik.
6. Jaminan masa depan
Amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalan apabila seseorang menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Seseorang itu tidak akan menghadapi kesulitan wang pada masa akan datang.
Tips ni semua saya dapat dari perkongsian info ini. Anda nak tahu lagi tentang faedah berjimat boleh rujuk cerita amalan berjimat ni yea.

Amalan Berjimat Cermat |

14 Comments
great entry :)
ReplyDeleteterima kasih akak Nur.
DeleteBetul.. kakak setuju dgn fakta diberikan.
ReplyDeleteJgn dah terantuk baru nak tengadah tak guna dah
Baik berjimat dari awal.
Betul tu Kakak. Berjimat untuk kegunaan masa sempit.
DeleteNice sharing..
ReplyDeleteTerima kasih Hamidi..
DeleteAlhamdulillah saya sering berjimat untuk masa tua...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Itulah sebaiknya Tuan Abu.
DeleteBetul tu,x rugi nak berjimat dan menyimpan,byk kelebihannya...
ReplyDeleteknor tk ada smpanan pun.. hihi
ReplyDeletehari ni mkn hari ni habis... esok cari lain...
ingat Rasulullah tak ada simpanan pun. harta mmg tak adalah...
tpi berbeza dgn skrg org bertungkus lumus cri harta utk msa dpn... kita simpan harta utk org lain maksudnya keluarga... last skli kita hya bawa selimut putih. bgitulh setrusnya... tkut sgt dgn msa dpn enth gelap entah terang.... Allah Pemberi rezeki yakin dan tawakal.
pndapat kak jer... tidak ada niat apa2
Bijak menabung untukmasa depan...
ReplyDeleteKena tambah lagi satu... Jiwa tenang, sebab bebas dari hutang... :)
ReplyDeleteSatu entri yang sangat berfaedah... memberi peringatan dan pengajaran... tq..
ReplyDeleteNice tips and sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.