Dapat Ker Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dapat Ker Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41?. Bukan senang nak jadi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Alhamdulillah Faizal dapat exam online kali ni untuk jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41. Faizal ni anak kakak saya. Baru lepas belajar dan masih lagi dalam proses nak cari kerja kerajaan. Katanya kerja kerajaan ni lebih terjamin sedikit nak dibandingkan dengan kerja swasta.

Memang betul saya tak nafikan benda tu. Disebabkan lebih terjaminlah ramai dikalangan siswa siswi yang habis belajar sibuk isi borang SPA kan. Yang bagusnya SPA ni kita isi sekali, boleh minta macam-macam jawatan kerajaan. Saya dulu pun masa habis aje belajar isi borang SPA. Ada juga dipanggil untuk menduduki peperiksaan bertulis pada masa tu. Tetapi setakat itu sahaja. Kira mudah tak berjayalah. Jadi kerjalah macam sekarang ni. Kakitangan bukan kerajaan kata orang.

Saya ingat masa saya dulu peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dibuat secara bertulis. Kena pergi dewan atau sekolah mana-mana yang menjadi pusat peperiksaan lepas tu buat ujian disana. Masa dan kos memang tak dapat tidak kena tanggung sendiri. Alhamdulilah sekarang peperiksaan SPA dah mudah. Mereka dah buat peperiksaan online. Macam peperiksaan online Kastam W41 hari tu dan banyak lagi. Kira cara ni lagi mudah dan menjimatkan masa dan kos.

Bagi anda yang rasa-rasa hari tu ada isi borang SPA untuk diri sendiri atau pun keluarga terdekat dan nak tahu dapat ker tak peperiksaan online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 yang bakal berlansung pada 1 November 2014 ni. Anda boleh buat semakan kat sini. Mana tahu ada rezeki anda, dipanggil untuk peperiksaan online kali ni. Bagi membuat semakan, anda boleh lihat pada pautan ini.

Semak disini-->> http://e-semakan.spa.gov.my/online/

Masukkan Ic anda.

Macam mana? dapat ker tak. Jika dapat dia akan keluar paparanya lebih kurang macam gambar di bawah ni.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Bagi anda yang dapat,tahniah saya ucapkan termasuk juga faizal anak buah saya. Bagi yang tak dapat, tak apa, boleh isi borang SPA lagi. Mana tahu tahun depan ada panggilan exam lagi insyallah dan rezeki anda untuk mendapat latihan di INTAN akan tercapai.

Bagi anda yang dapat, saya nasihatkan anda buatlah persedian sebaiknya. Ini kerana peperiksaan kali ni dibuat secara online. Berbeza dengan peperiksaan PTD sebelum-sebelum ini. Jangan jadi macam saya dulu. Pergi exam tak sedia, maka harapan nak dapat tu memang tipis. Sebab main tembak aje masa jawap exam.

Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41?
Alhamdulillah saya nak kongsi satu info yang berguna untuk anak buah dan anda yang bakal menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini. Bagi anda yang nak dapatkan panduan dan rujukan bertulis Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (klik sini) ini. Pihak Tim Infokerjaya ada menyediakan panduan berupa tips-tips panduan exam PTD M41 SPA, contoh soalan bagi setiap seksyen dan banyak lagi. Kira dapat panduan ni study baik-baik insyallah akan ada peluang yang menanti anda. Insyallah anda tak perlu nak google cari panduan lagi. Semuanya ada dalam panduan ini.

Pihak Tim Infokerjaya ni telah membantu ramai calon-calon peperiksaan SPA sejak dari tahun 2009 lagi. Kredibiliti mereka mengeluarkan pelbagai panduan peperiksaan SPA memang tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya.

Tim Infokerjaya
Panduan dan contoh soalan ini bukanlah dikeluarkan oleh pihak SPA. Ianya adalah contoh soalan yang telah diadaptasi daripada peperiksaan sebelum ini, dan  ianya diyakini mempunyai format yang sama bagi Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 pada kali.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (klik sini) ini. Anda bolehlah membuat pembelian bermula 25 Oktober 2014 ini.
Semoga Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (klik sini) ini akan membantu anda untuk mencapai cita-cita menjawat jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Selamat maju jaya saya ucapkan.

Ps: Dapat panduan nanti study betul-betul. Insyallah anda semua boleh!!
     

4 Comments

  1. Bagus ada panduan ni. Nak dapatkan juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan ni insyallah berguna untuk calon yang nak duduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik. Boleh dapatkannya Baizura. Boleh membantu nanti masa exam.

      Delete
  2. Panduna yang berguna untuk calon PTD ni. Kena dapatkan satu bila dah keluar ni untuk buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mula dapatkan pada 25 Oct 2014 ni. Insyallah dah dapat nanti study untuk exam online pada 1 Nov nanti. Good luck kepada semua.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.