Ramai Pekerja Malaysia Rancang Berhenti Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai Pekerja Malaysia Rancang Berhenti Kerja. Inilah berita yang terdapat dalam utusan online beberapa minggu lepas. Kenapa boleh jadi macam ini yea. Mesti ada beberapa sebab perkara ini boleh terjadi. Boleh baca ceritanya di bawah ini mengikut apa yang saya ambil daripada utusan online.



SINGAPURA 22 Jan. - Hampir tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan diri dalam kerjaya masing- masing.

Demikian didedahkan oleh satu tinjauan Game-Changer #3 Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/ 2014 yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menyebut sikap pekerja Malaysia itu sama dengan pekerja di Singapura (70 peratus) berbanding pekerja di tempat lain seperti di Australia (57 peratus), China (61 peratus), New Zealand (63 peratus) dan India (64 peratus).

Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan yang paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan bahawa memajukan kerjaya merupakan perkara penting kepada pekerja Malaysia, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.

"Hanya 35 peratus diberikan latihan kepimpinan untuk mendaki tangga berikutnya dalam kerjaya mereka.

"Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja," kata beliau.

Jasmin Kaur berkata, majikan boleh juga menaikkan pangkat pekerja berpotensi tinggi untuk memain peranan kepimpinan dan membantu mereka membentuk rancangan pembangunan kerjaya yang boleh memberi mereka semangat untuk terus bekerja dengan sesebuah syarikat. - BERNAMA
 Sumber
-------------------------------
Bagi  saya bagus sekirannya kita ingin bekerja sendiri kerana, bekerja sendiri kita akan bebas untuk berbuat apa sahaja. Namun sebelum itu haruslah kita kaji terlebih dahulu peluang perniagaan yang bakal kita buat tersebut. Jika ianya sama atau lebih dengan gaji yang kita perolehi sekarang, saya sarankan kita boleh memulakan perniagaan berhenti kerja dan mula bekerja mahupun berniaga sendiri.

Namun jika pendapatan yang bakal kita perolehi daripada hasil bekerja sendiri itu lebih rendah. Kita harus berjaga-jaga kerana kita tidak tahu macam mana keadaan tahap ekonomi akan datang. Takut nanti apa yang kita buat sekadar "hangat-hangat tahi ayam sahaja". Selepas kita menghadapi masalah dalam perniagaan terbabit kita akan mundur dan putus asa. Ini akan menyusahkan diri kita dan orang lain.

Apa yang saya sarankan,cuba dahulu perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dan dalam keadaan kita masih bekerja. Apabila perniagaan tersebut berjaya, baru kita boleh ambil keputusan untuk meninggalkan pekerjaan makan gaji kita dan meneruskan perniagaan tersebut. Jika tidak, jangan cuba mancari masalah dengan terlebih dahulu berhenti kerja tanpa membuat perancangan yang baik untuk perniagaan yang bakal kita ceburi tersebut.

Seperti saya, saya juga ingin berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri, prosesnya masih berjalan dan belum tentu bila lagi masanya. Saya harus belajar dan berusaha mendalami perniagaan tersebut sehingga saya rasa, pendapatan yang saya perolehi dengan berniaga tersebut sama atau hampir sama dengan gaji yang saya perolehi sekarang, dan selepas itu barulah saya akan berhenti dari kerja makan gaji dan bekerja sendiri, Namun tahap tersebut belum tercapai. Jadi saya bekerja seperti biasa iaitu makan gaji ;-)

Cuma sekarang disamping buat kerja jangka panjang iaitu berniaga, saya juga buat kerja sampingan dengan Jobdirumah. Hasilnya cukup memuaskan berkadar dengan usaha yang saya buat. Saya bebas buat kerja sampingan tersebut mengikut masa yang saya inginkan. Jika ingin mengetahui lebih lanjut lagi. Anda boleh lihat maklumatnya di sini dan juga di sini  atas apa yang saya telah perolehi apabila buat kerja sampingan dengan jobdirumah ini.

Jika anda bercadang mencari peluang menjana pendapatan tambahan tanpa menggangu waktu kerja anda. Saya sarankan anda menyertai Portal Jobdirumah ini. Insyaallah ia mungkin akan menjadi sumber alternative anda bagi menjana duit poket tambahan yang dilakukan secara part time.

Jika anda berminat, saya galakkan anda menyertainya. Pendaftarannya masih lagi dibuka.
Daftarlah segera di sini. --->> Pendaftaran Jobdirumah.

Ramai yang telah berjaya, jangan tunggu sehingga peluang ini tertutup. Lakukan perubahan untuk diri dan keluarga anda. Selamat menjana pendapatan tambahan dengan Portal Jobdirumah.

21 Comments

  1. perancangan utk masa depan kot

    ReplyDelete
  2. KALO leh dok umah xyah keje lagik sonok best mak kanns.,uHUuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wak. Jika dah stabil tak perlu nak kerja dah. Duduk rumah sahaja. Tapi jika belum kena cari pendapatan juga. Cari pendapatan sampingan pun bagus juga.

      Delete
  3. Best kalau x keje.. keje sendiri lg ok kut.

    ReplyDelete
  4. Best kalau x keje.. keje sendiri lg ok kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, namun kena rancang sebelum buat keputusan bekerja sendiri Ibu Lala.

      Delete
  5. Assalammualaikum... pokok2u,

    boleh berhenti kerja untuk bekerja sendiri andai pendapatan online dah mantap.. setakat nie tak berani lgi..

    mselim3

    pls; daripada blog puterikasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca sepintas lalu tadi..ingatkan kenapa komen ni ada nama puterikasih..hehehe

      Delete
    2. Betul tu Mohd Salim, Nak berhenti kerja bagus kerana itu yang terbaik buat diri kita dengan bekerja sendiri. Namun satu nasihat saya, jika nak berhenti kerja biar kerja yang akan kita buat nanti pendapatannya sama atau lebih dari kita kerja makan gaji. Jika belum teruskan usaha gigih kita. Insyallah suatu hari nanti akan berjaya. Jika nak cuba, buat kerja sampingan terlebih dahulu. Ramai yang daripada kerja part time jadi kerja full time. Namum HASRAT tersebut akan tercapai bergantung kepada USAHA dan TEKAD kita untuk berjaya.

      Delete
  6. Anonymous13.2.14

    rezeki masing2 lah.. !

    ReplyDelete
  7. kena usaha skit baru bole jd camni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena usaha baru dapat hasil yang kita inginkan.

      Delete
  8. profesion blogger laris ler nnti.
    ramai berhenti kerja jadi blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semestinya jadi blogger. Banyak lagi peluang bisnes yang ada insyallah. Berhenti kerja boleh, tetapi selepas kerja baru atau perniagaan yang kita usahakan tersebut stabil. lagkah permulaan dengan buat kerja sampingan dahulu. Nanti kita akan nampak langkah seterusnya.

      Delete
  9. Bila kerja ni ruang seolah luas terbuka untuk kita lebih berusaha dan berjaya kan. Mungkin sebab tu ramai yang teringin bekerja sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri kasih. ;-) Kena cari kerja yang sesuai dengan minat dan kemampuan kita juga. Buat dari bawah,kita akan cepat belajar dan tahu selok belok dunia perniagaan tersebut.

      Delete
  10. Terima kasih KA sudi review blog saya. Saya pun masih belajar lagi. Banyak yang tak tahu dengan ilmu blog terkini. Sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama. Apa pun blog KA tetap di hati saya ;-)

    ReplyDelete
  11. Ada jugak yang macam ni kan. Macam kami pulak tengah berdepan dengan proses pembuangan pekerja. Lagi perit. Kami komited bekerja tapi sedang menunggu masa untuk dibuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari back up plan jika macam ni. Biasanya syarikat nak "cut kos" mereka akan buat macam ni. Tak apa, boleh buat kerja sambilan. sambil-sambil tu mula cari kerja lain yang lebih stabil. Semoga dimudahlan urusan Ridzwan nanti.

      Delete
  12. nak try Jobdirumah tapi risau sekerat jalan je nanti.. hu3

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.