Pemakanan Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips pemakanan ibu mengandung. Semoga prkongsian tips pemakanan ibu mengandung ini berguna untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu dalam pemilihan dan penjagaan pemakanan harian mereka sebelum menerima kahadiran cahaya mata nanti.


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang dimakan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Pemakanan Ibu Mengandung, mengandung, hamil,


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 - 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.



Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

sumber


19 Comments

  1. kalau tak mengandung makan apa pun boleh. bila mengandung ada makanan yang berkhasiat pun rasa tak lalu.

    terutama susu.. ha. ni le dilema akak kalau mengandung. susah benor nak minum susu, sampai termuntah muntah tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaihannya akak tak boleh minum susu. Susu tu kira penting untuk pemakanan semasa mengandung. Cuba guna susu-susu yang macam-macam perisa katpasaran. semoga mambantu diet mengandung akak.

      Delete
  2. mula2 mengandung semua tak lalu..mkn buah-buahan laju je..

    nice n3.rasa tak mengandung dah kut..dah tua..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki mengandung lagi kakak. Semasa mengandung makanan semasa mengandung pemakanan ibu mengandung sangat penting dijaga.

      Delete
  3. mmg kalau menagdung je mesti nak jaga makan semua..kalau tak mengandung makan ikut suka jer..ehe...hai..akak nak menambah lagi ker ?/....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak izan. Bila mengandung pemakanan antara perkara utama yang harus dijaga oleh bakal-bakal ibu. Pemakanan yang berkhasiat harus diutamakan kepada bakal-bakal ibu.

      Delete
  4. hehehe..cikda dah lepas tahun lepas.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Singgah baca je...sebab saya dah pencen :D))

    ReplyDelete
  6. info yang sangat berguna untuk ibu mengandung dan yang plan untuk mengandung..

    ReplyDelete
  7. Tq share..mmg bgus ne..kbtln tgh prgnnt..

    ReplyDelete
  8. salam PM,
    kalau ngandung mmg cepat sangatnyer lapar..bila dah telan byk2 padatlak rsnya..sian baby sempit jdnya tempat dia...

    ReplyDelete
  9. wah..bagus info ni.. sangat-sangat terbaik.terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. Info berguna, tq

    ReplyDelete
  11. good info ni! thanx!

    ReplyDelete
  12. info yg berguna....insyaAllah nanti boleh digunakan...:)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Anonymous3.6.15

    Salam .. Terima kasih atas info ni ..doakan kandungan sy baik2 dan selamat melahirkan .. Aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.