Bayar Jadi Percuma

2013-05-17

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Salam Jumaat juga saya ucapkan kepada kawan-kawan di alam maya. Malam tadi terbaca cerita anak dan ibu, bila baca kisah ni terharu rasanya bila mengenangkan banyak jasa ibu kepada kita. Tapi semuanya dah tak mampu nak balas kecuali mampu sedekahkan pahala dan doa sahaja buat ibu tercinta.
Saya masukkan di blog ini sebagai renungan kita bersama di hari Jumaat yang penuh berkat ini.


Si anak memberikan sehelai kertas kepada si ibu,

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
     Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Percuma, jasa ibu bapa, pengorbanan ibu bapa
Percuma

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.

Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya

Apa pun yg kita buat tidak akan mampu membalas jasa ibu kita... The Great Women in our Life.

Wallahu a’lam


Share

24 comments:

  1. salam jumaat yang indah

    ReplyDelete
  2. sedih & tersentuh bila baca n3 ni.. jasa ibu tak kan terbalas dgn apa sekali pun..sungguh besar pengorbanan mrk...

    ReplyDelete
  3. memang besar jasa-jasa seorang ibu...

    ReplyDelete
  4. tiap kali akak baca certa nih kt mana2 msti rasa sebak... lg2 bile dh jd mak jugak...

    anak2 zmn skrg nih ramai yg dh tak ingat dh semua nih, sbb tu ramai yg antar mak pak nyer pg umah org tua2

    ReplyDelete
  5. banyak pengorbanan ibu utk anaknya..

    ReplyDelete
  6. Ha... itu dia. Walau sekadar melalui tulisan mampu memberi kesedaran - terbaik!!

    ReplyDelete
  7. Harganya percuma di dunia...tapi ganjaran di akhirat,hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.. Sayang ibu...

    ReplyDelete
  8. nilai pengorbanan ibu x dpt dibayar hingga akhir hayat pun kan.. =)

    ReplyDelete
  9. Kita ni dah terbiasa ajar anak dengan wang ringgit. Tengok contoh bulan puasa. Nak suruh anak puasa bg upah duit. Sebab tu semua benda mereka nak lakukanpun mintak duit jugak.

    ReplyDelete
  10. Bila jadi ibu baru kita sedar bahawa dulu semua kita nak kan bayaran je ;)

    ReplyDelete
  11. Bila jadi ibu, baru kita dapat merasakan perasaan ibu kita....hanya Allah yg mampu membalas jasa ibu

    ReplyDelete
  12. ibu tak pernah meminta :)
    hargialah mereka

    * jom join MINI GA saya hari ni, nak.

    hadiah nya tepung segera red velvet

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/qr-mini-giveaway-pertama.html

    ReplyDelete
  13. tersentuh hati bila baca ni !

    ReplyDelete
  14. ibu tak pernah meminta apa2 dari anak..semuanya ikhlas kerana allahkan..

    ReplyDelete
  15. haa.. kan lah kena sedas.. hahaha..salam jummat PM. boleh share dgn anak2 cikda.. :)

    ReplyDelete
  16. jasa ibubapa mmg banyak tak terbalas...

    ReplyDelete
  17. bila kita asyik memikirkan apa yang kita bagi, sampai kita lupa apa yang ibu telah beri atau korbankan....

    anak anak adalah cermin kita. kalau kit abuat baik kpd ibu bapa kita, sudah pasti anak anak kita pun baik juga dengan kita.

    ReplyDelete
  18. terharunya baca kisah ni.. hargailah ibu/bapa selagi mereka masih ada..

    ReplyDelete
  19. ibulah segalanya...hargai sementara masih sempat....:)

    ReplyDelete
  20. Ibu bapa sememangnya ikhlas membesarkan anak-anak cuma ada anak yang cukup berkira dgn ibu bapa.. Bahagiakah mereka?

    ReplyDelete
  21. mula2 terbaca pasal ni sedih gak.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan