Hujan-Rahmat Atau Peringatan dari Allah S.W.T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jumaat hari tu balik kerja hujan.. Alhamdulillah.. Dalam hati rasa tak best juga, sebab bila hujan nak sampai rumah jadi lambat, jalan jem walaupun saya hanya merempit dengan motosikal aje. Sebenarnya hujan ini Rahmat dari Allah dan ada ketikanya hujan ini adalah bala dari Allah S.W.T. Rupanya hujan terbahagi kepada 2 jenis juga yea. Yang pertama, hujan adalah rahmat dari Allah buat manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda hidup yang lain. Yang kedua pula, hujan adalah satu bala atau peringatan yang Allah turunkan akibat daripada perbuatan manusia yang lalai kepada Allah dan berbuat jahat di dunia ini.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al Baqarah Ayat 22)

Hujan Rahmat, Hujan Rahmat Di Malam Hari, Hujan Rahmat Dari Allah S.W.T,
Hujan Rahmat atau Peringatan

Rasanya musim sekarang ni,hujan tak menentu. kadang hujan pagi. Nak pergi kerja waktu pagi jalan jadi sesak. Kadang hujan tengahari,waktu ini ok la kan sebab waktu ni ramai antara kita duduk di pejabat.Jika yang duduk di rumak pun dah balik dari pasar. Kadang-kadang hujan waktu petang. Waktu patang kadang-kadang kasihan tengok di kawasan bandar-bandar besar. Kebanyakkan kita yang balik kerja waktu petang dengan kereta terutamanya di Kuala lumpur ni terpaksa menempuh jem atau pun kesesakan jalan raya. Yang sedihnya ada yang balik lepas waktu kerja dan sampai di rumah bila waktu maghrib dah nak abis.

Jika mereka berhenti bersolat dahulu di pertengahan jalan kan bagus. Solat maghrib bukan lama pun. Tiga rakaat sahaja.Tapi tiga rakaat pun ramai yang tak nak tunaikan nya. Bila terfikir balik. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita orang Islam. Solat perintah Allah yang julung-julung kalinya yang Allah S.W.T akan tanya di akhirat nanti kita abaikan. Macam mana Allah S.W.T  nak bantu kita jika kita tak tunaikan perintah Allah yang besar seperti ni.Kadang-kadang sedih tengok keadaan umat hari ini. Umat hari ini nak Allah S.W.T bantu umat dalam setiap urusan. Tapi perintah Allah S.W.T kita abaikan, Sunnah Rasulullah S.A.W kita tinggalkan. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita orang Islam.

Sahabat-sahabat Nabi S.A.W dulu walaupun mereka biasa-biasa saja dari segi dunia tetapi perintah Allah S.W.T mereka buat, Sunnah Rasulullah S.A.W mereka amalkan sebab itu sahabat-sahabat Nabi S.A.W mereka dapat bantuan Allah bila meraka ada masalah. Tak ada orang yang berani nak lawan orang Islam pada masa tu. Kerana orang-orang kafir pada masa itu tahu, jika mereka ingin sakiti orang Islam, mereka terpaksa berdepan dengan Tuhan orang Islam, kerana itu Sahabat-sahabat Nabi S.A.W pada masa dahulu berjaya, kerana bersama sahabat ada bantuan dan Nusrah Allah. Umat hari ini jauh dari bantuan Allah.

Kadang-kadang bila hujan lebat di kawasan Kuala lumpur ni boleh jadi banjir kilat. Tiba-tiba air naik dengan mendadak didalam rumah. tak sempat nak alih-alih barang,air dah naik. banyak barang dan kenderaan rosak akibat banjir kilat tersebut. Bila berlaku banjir kilat ni biasanya kita kata sebab sistem perparitan yang tak sempurna seperti tersumbat dengan sampah sarap,longkak pecah,pokok-pokok di hutan terhakis dan lain-lain lagi. Sebenarnya banjir Allah S.W.T  hantar kerana amalan manusia juga. Semoga Allah pelihara kita semua dengan menjadikan hujan sebagai Rahmat untuk kita dan tidak menjadikan hujan sebagai bala kepada kita. Dapatkan panduan dan tips macam mana nak mengetahui rahsia disebalik Rahmat Allah S.W.T disini.-->>  Rahsia Disebalik Rahmat Allah S.W.T
Wallahulam.

22 Comments

  1. Tq for sharing....peringatan untuk diri sendiri... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga hujan yang turun ini manjadi rahmat untuk kita.

      Delete
  2. Sebenarnya Allah dah bagi banyak petunjuk tapi masih 'buta'. Agaknya semua yg ditunjuk masih tidak puas. Iman umat Islam kian menipis apa lagi syaitan dan jin memanglah tak mati-mati itu yg mudah tergoda hasutan laknatullah ini.

    Moga kita terpelihara dari hasutan syaitan. Biarlah hujan yg diterima itu adalah rahmat dan andai ada malapetaka adalah sebagai ujian dan petunjuk pada kita supaya segera kembali muhasabah diri.

    ReplyDelete
  3. Peringatan buat diri ini. Tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga hujan manjadi rahmat untuk kita dari Allah S.W.T.

      Delete
  4. Anonymous14.1.13

    tq peringatan utuk diri sendiri juga

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia ni sebenarnya tiada masalah untuk kita mengerjakan solat dari segi tempat. Surau dan masjid ada di mana-mana sahaja (di Semenanjung lah, kalau Sabah dan Sarawak, rasanya masih kurang kemudahan itu). :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakcik. Hujan bukan jadi penghalang untuk kita tidak bersolat. hujan membawa rahmat kepada kita.

      Delete
  6. Hujan rahmat dari allah tapi kita selalu mengeluhkan kak... tak dapat gi mandi le.. gi bersiar2 le, dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Hujan membawa rehmat kepada kita semua.

      Delete
  7. tQ sharing.. Hujan itu rahmat.. sy sllu elak dr mengeluh bila hujan turun..:)
    sma2 lah kita beringat bahawa hujan jg kdg2 boleh menjadi bala...

    ReplyDelete
  8. amin... benar kata itu..semoga ia dihantar menjadi rahmat dan bukan bala kepada kita :)

    ReplyDelete
  9. bila hujan selalu ingat..inilah rahmat yang Allah turunkan dan kena beringat juga hujan boleh membawa petaka..peringatan Allah buat kita semua..

    ReplyDelete
  10. tq sharing.selalu ingat kan diri bahawa itu hujan rahmat.utk tumbuh2an d muka bumi..
    hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  11. ha ah hujan rahmat, tapi ramai mengeluh bila ujan termasuk le saya gak...haish xbaik tol mengeluhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah rahmat Allah pasti ada kebaikan untuk kita. sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.

      Delete
  12. hujan adalah rahmat Allah. tak kira ianya mebawa bencana sekalipun. Ianya adalah satu Rahmat dari Allah supaya manusia berfikir dan jadikannya teladan.

    kalau dah tarah bukit bukau memang la boleh runtuh tanah tu. Kata Mak akak Bukit tu paku bumi. kalau dah paku di tarah atau di bacut goyah la bumi.

    ReplyDelete
  13. terima kasih dengan info nie

    ReplyDelete
  14. doa makbul sewaktu hujan :)

    ReplyDelete
  15. hari jumaat hujan plak tu..betol2 memberi rahmat tp tu la akak pun tak suka hujan..bukan apa, payah nak jemur baju kain, kalo takde hujan lagi kita menderita sebab takde bekalan air kan..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.