Rahmat Allah S.W.T


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tentang besarnya Rahmat Allah S.W.T. kepada kita. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Pada hari akhirat Allah S.W.T memanggil seorang hambanya serta berfirman Allah S.W.T  ” Hai hamba Ku apakah hal perbuatan kamu di dalam dunia selama hidup mu?” Maka sembah lelaki itu, “Ya Tuhan ku, aku tinggal di sebuah pulau dengan berbuat ibadat kepada engkau selama lima ratus tahun lamanya. Di pulau itu terdapat sepohon pokok delima yang sentiasa berbuah pada tiap-tiap tahun. Maka aku makan delima itu pada setiap hari sebiji dan tiadalah aku memerlukan yang lain lagi melainkan menyebut-nyebut nama mu dan puasa dan sembahyang sehinggalah mati aku dalam keadaan bersujud kepada mu”.


Firman Allah Taala, ” Benar engkau hai hamba ku, sekarang masuklah kamu ke syurga dengan RAHMAT KU”. Sembah lelaki itu pula, “ Ya Tuhan ku tiadalah mahu aku masuk ke syurga dengan rahmat mu, akan tetapi aku masuk ke syurga dengan amalku”. Berfirman pula Allah S.W.T  “Mari aku hisabkan akan dikau hei hamba ku, siapa yang memberi kuat atas mu mengerjakan ibadat selama lima ratus tahun itu di pulau itu? dan siapa pula memberi kuat ke atas engkau berpuasa, sembahyang?”. Sembah lelaki itu ” Ya Tuhan ku engkau jua yang memberi kuat.” Firman Allah S.W.T lagi, ” Siapa yang menumbuhkan pohon delima yang engkau makan buahnya pada setiap hari? Sembah lelaki itu ” Ya Tuhan ku engkau jua.” Firman Allah S.W.T lagi “Siapakah yang mengeluarkan air tawar daripada pulau yang dikelilingi oleh laut yang masin itu untuk engkau minum dan mandi?” Sembah lelaki itu ” Engkau jua ya Tuhan ku.” Firman Allah S.W.T lagi ” Siapa yang memperkenankan doa kamu apabila kamu meminta kepada ku untuk mati dalam keadaan bersujud kepada ku?” Jawab lelaki itu ” Engkau jua ya Tuhan ku”.

Allah Taala menitahkan kepada malaikat membawa segala amalan lelaki itu yang selama lima ratus tahun itu dan diletakkan di atas neraca timbangan. Kemudian Allah S.W.T mengambil cahaya pengelihatan daripada mata lelaki itu dan diletakkan pada daun neraca yang di sebelah lagi.

Maka didapati timbangan daripada cahaya pengelihatan mata lelaki itu lebih berat dari timbangan amalan lelaki itu. Amal soleh yang dilakukan selama lima ratus tahun oleh lelaki itu masih belum mampu mengatasi kurnia Allah S.W.T walau pun hanya salah satu dari kurnianya yakni cahaya pengelihatan.

Maka Allah Taala memerintahkan malaikat membawa lelaki itu ke neraka. Di tengah perjalanan ke neraka lelaki yang soleh tersebut bermohon, ” Ya Allah S.W.T, masukkanlah aku ke syurga mu dengan rahmat mu”. Allah S.W.T berfirman, ” Hai hamba ku masuklah engkau ke syurga dengan Rahmat Ku, engkaulah sebaik-baik hamba.” Maka masuk lah lelaki itu ke syurga dengan kerahmatan Allah S.W.T.

WALLAHUALAM

39 Comments

  1. Hidupku, matiku, amalku hanya pd Allah SWT dgn rahmat Allah SWT jua!

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa mendapat rahmat ALLAH..perkongsian yg baik .

    ReplyDelete
  3. Begitualh betapa kita perlu sedar apa juga yg diberikana adalah atas kehendakNya. Dia juga yg tahu hikmah disebalik setiap yg terjadi.

    ReplyDelete
  4. semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya.

    ReplyDelete
  5. Semoga kita sentiasa dirahmatiNya.Amin..:)

    ReplyDelete
  6. semoga Allah merahmati kita semua..amin

    ReplyDelete
  7. semoga kita sentiasa dirahmahti Nya...Aamiin

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing awak :)
    Blog awak sgt bermanfaat
    Keep on posting yeah :)

    ReplyDelete
  9. bersyukur dengan segala rahmat darinya... hanya DIA yang tahu hikmah di sebalik kejadian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul.Bersyukur atas Rahmat Allah S.W.T

      Delete
  10. Anonymous30.10.12

    gd sharing dear

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar...segala yg ada d dunia ini adalah dr rahmat allah. Jgn sesekali kita menidakkannya. Walau sebesar zarah skalipun, semuanya atas rahmat allah s.w.t

    ReplyDelete
  12. nice entry tq for sharing...

    kita mmg kena bersyukur dgn ape rahmat yg diberi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak. Kene bersyukur atas rahmat Allah S.W.T.

      Delete
  13. satu perkongsian yang menarik...

    terima aksih atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  14. Terbaik.. MOga kita semua mendapat Rahmatnya.. Amin..

    ReplyDelete
  15. seronok baca kisah2 macam ni, bg keinsafan dan ingatan...
    thanks

    ReplyDelete
  16. tersenyum saya baca kisah nie.. sungguh la rahmat Allah mengatasi segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rahmat Allah mengatasi segalanya.

      Delete
  17. salam,
    Terima kasih sudi kogsikan. Menarik. Suka baca tiran a aduka

    ReplyDelete
  18. Sungguh terkesan dengan n3 ini dik terimakasih..
    Usah sampai wujudnya rasa takbur serta riak dgn apa yg kita lakukan..INGAT segalanya hanya dgn Rahmat Allah..Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, semoga Allah bantu kita semua untuk jadi baik. Amin.

      Delete
  19. Subhanallah .. syukur ke atas rahmatMu ya Allah ..

    ReplyDelete
  20. Subahanallah... serius tiba2 jantung sy berdegup kencang bila baca part lelaki tu nak dimasukkan ke neraka.. sesungguhnya Allah yang memberi segala rahmat. tak terbayar oleh kita sebagai hambaNya. Terkesan sungguh baca entry ni..

    ReplyDelete
  21. subhanaallah..moga kita juga mendapat rahmat Allah ..amin..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.