Keputusan Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Keputusan Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger. Alhamdulillah berakhir dah Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger yang saya anjurkan. Lebih sebulan juga tempoh yang untuk segmen kecil ini. Banyak ILMU yang saya dapat dari penganjuran segmen macam ni.

Keputusan Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger
Oklah, nak cerita sedikit sebanyak apa yang saya dapat dari menjadi penganjur segmen kali ni.

1) Banyak cabaran juga buat segmen macam ni. Walaupun nampak mudah rupa-rupanya susah juga. Terutamanya macam mana nak tarik minat rakan blogger sertai segmen ini. Mula-mula saya fikir ada ker blogger yang nak sertai segmen ini. Setelah menunggu beberapa hari baru ada yang hantar penyertaan. Bila tarikh pertama nak tamat, ramai pula yang tanya dan minta lanjutkan masa, konon nak mengarang dan join juga. Jadi nak memeriah suasana. Saya lanjutkan masa segmen ini. Tunggu-tunggu dalam tempoh saya lanjutkan masa tu. Tak ada sorang pun yang hantar penyertaan. Aduh aku terkena beb..hohoho.

Tapi tak apa. Saya tak marah pun. Mungkin mereka tak sempat nak mengarang, sibuk dengan urusan macam-macam jadi tak sempat nak sertai segmen ini. Ok aje. Kepada yang dah karang entri tu tapi tak sempat. Saya mohon maaf, sebab masanya dah tamat. Insyallah lain kali kita berjumpa lagi dalam segmen-segmen akan datang.

2) Bab nak anjurkan segmen ini pun dah fikir banyak kali juga. Yea lah saya blogger suam kuku aje. Nak anjurkan segmen mesti banyak cabaran juga. Tapi atas dasar nak bantu rakan-rakan di luar sana mendapat idea nak buat kerja kedua atau dua kerja. Saya cuba juga buat segmen ini. Nak cari idea dan syarat-syarat tu satu hal juga. Kenalah baca-baca balik entri lama-lama dalam blog ni nak 'ingat' balik apa yang perlu dan tak perlu dalam penganjuran sesebuah segmen macam ni.

Tahniah Buat Blogger Yang Rajin Berusaha
Bila baca balik entri rakan-rakan blogger yang hantar penyertaan tersebut. Saya terfikir yang kebanyakkan kita rakyat Malaysia yang menulis blog memang hebat. Buat kerja itu dan ini. Macam-macam kerja mereka buat. Kagum bila membaca entri yang mereka tulis. Jika anda nak tahu anda boleh baca entri mereka di sini. " Senarai Peserta ". Mana tahu dari entri perkogsian mereka. Anda pun boleh dapat idea nak buat dua kerja macam mereka jika nak tambah pendapatan diri dan keluarga.

Ok lah. tak nak cerita panjang lagi. Setelah saya dan para sponser hadiah berbincang di meje tepi kami bersama-sama setelah tamat segmen ini tempoh hari. Pemenang untuk segmen ini hanyalah dua blogger sahaja. Jika diikutkan sebelum ni, nak bagi hadiah kepada tiga blogger yang bertuah. Tapi oleh kerana penyertaan tak ramai. Jadi hadiah diberi hanya kepada dua orang blogger sahaja. Nilai hadiahnya juga dikurangkan.

Oleh kerana ini hanyalah wang saguhati sahaja. Jadi tak banyaklah yang diberi. Dua blogger bertuah ini akan menerima RM5 sahaja setiap seorang. Nak bagi sama adil kata orang. Nanti takut tak puas hati pula.

DUA Blogger yang bertuah adalah:-

1) http://www.sheilainspire.com

2) http://acuasha.blogspot.my

Kepada kedua-dua blogger bertuah di atas. Sila hubungi saya melalui email [ .... @gmail.com ] bagi tuntutan hadiah.

Kepada rakan blogger yang sudi menghantarkan penyertaan. Saya ucapkan berbanyak terima kasih. Jasa anda akan saya kenang kerana telah memeriahkan segmen dua kerja yang saya anjurkan ini. Hadiah untuk segmen ini ditaja oleh blog " Jobdirumah Buat Duit ". Keputusan penganjur adalah muktamad.

Insyallah ada rezeki kita berjumpa di segmen-segmen akan datang pula. Terima kasih daun keladi, ada sponser kita berjumpa lagi.

p/s: Boleh lawati blog Sponser segmen ini juga bagi mendapatkan info yang berguna jika ingin menambahkan pendapatan sampingan anda.

12 Comments

  1. alhamdulillah tenkiuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama acu. Jangan lupa email saya yea.

      Delete
  2. Tahniah buat Sheila dan Acu:)

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat mereka yg menang. Tak rugi rajin join segmen kan PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh menambahkan kenalan join segmen macam ni. Ada rezeki boleh jadi pemenang. Insyallah nanti saya buat lagi segmenya.

      Delete
  4. Tahniah kepada mereka yng menang. Memang bukan mudah nak anjur contest macam ni. penat ooo ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea tu HH. Tak sempat tangan juga. Buat yang kecil-kecil macam ni bolehlah sikit. Kalau yang besar kena cari ramai juri. ;-)

      Delete
  5. Tahniah kepada yang berjaya. Yb tidak berjaya kerana entri simpan dalam draf dah bersawang pun... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Insyallah lain kali ada lagi boleh join lagi YB.

      Delete
  6. Tahniah... Sejak dua menjak nie... Teman agak sibuk sket... Blog pun agak terabai... Memang tak pernah lagi join mana-mana segment anjuran blogger. Bukan apa, komitment banyak sangat... Dapat buat entry kat blog sudah cukup bagus...

    ReplyDelete
  7. tahniah pada pemenang..ok dah 2 tu..maybe next time kalau ramai lagi peserta boleh tambah lagi jumlah pemenangnya..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.