Resepi Ayam Goreng ala-ala KFC Sedap Sangat


Resepi Ayam Goreng ala-ala KFC Sedap Sangat. Hari ni min rasa nak makan ayam KFC yang dibuat sendiri. Bukan apa rasa lebih puas hati bila makan yang masak sendiri. Banyak boleh makan kan? Serius resepi ni sebijik macam ayam ala-ala KFC yang betul tu. Sedap tau.

Resepi Ayam Goreng ala-ala KFC Sedap Sangat

Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh rujuk resepi yang Cik Umi kongsikan ini yea. Min sertakan dibawah ini untuk panduan semua.


Resepi ayam Goreng KFC sedap, spicy dan rangup. Kalau buat untuk suami konfem repeat order lagi.

Okay. Cik Umi bagi resepi ni untuk seekor ayam ya.

Ayam potong 10 ja kalau nak fefeeling ayam KFC bebetul.

Bahan A ( perap dengan ayam selama sejam or lebih. Terpulang pada korang ya )

1. Bawang putih 8 ulas (tumbuk/mesin)

2. 3 sudu serbuk cili baba's (ni pon dah spicy. Kalau nak lebih spicy tambah la lagi 2 sudu.

3. 2 sudu serbuk kari daging babas

4. 2 sudu teh garam

5. Secubit soda bikarbonat

6. Perasakan dengan cukup rasa maggi. Agak agak rasa sedap. Cun.

Bahan B

Sebiji telur dipecahkan.

Resepi Ayam Goreng ala-ala KFC Sedap

Bahan C ( selepas sejam perap ayam. Guna bahan ni golekkan ayam dan goreng )

1. 3 cawan tepung jagung

2. 1/2 cawan tepung gandum

3. Secubit soda bikarbonat

4. 1 sudu serbuk cili babas

5. Garam secukup rasa.

Campurkan dan gaul rata Bahan B

Cara-cara :

1. Perap ayam dengan Bahan A selama sejam/lebih. Jangan berhari hari udah la ye. Simpan dalam peti.

2. Selepas sejam. Golekkan ayam yang dah diperap tadi dengan telur.

3. Dah salut cantik dengan telur tu. Golekkan dalam Bahan B.

Dah boleh goreng. Siap!

P/s : Sebaiknya pakai periuk kecik la ya. Tak membazir minyak korang. Ayam pon tenggelam elok. Masak sekata.

Baca juga: Panduan Bisnes Makan Delivery 

Kredit :  Cik Umi

Jom buat sendiri Resepi Ayam Goreng ala-ala KFC Sedap Sangat nie. Mudah aje nak masak dia.  Selamat mencuba

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.