Luar Biasa Resepi Tomyam Tanpa Perencah


Luar Biasa Resepi Tomyam Tanpa Perencah. Percaya tak hangpa min boleh buat tomyam tanpa perencah nie. Kira tomyam yang dimasak tu tak ada bahan pengawet macam yang biasa kita buat atau beli guna perencah/pes tomyam. Tak kiralah yang perencah dalam plastik @ botol macam yang biasa di beli dikedai runcit.

Resepi Tomyam Tanpa Perencah

Kisahnya macam ni, nak makan tomyam tapi nak rasa yang hasil tangan sendiri, tak nak yang jenis masuk perencah lepas tu tinggal sekejap dah boleh makan. Kali ni min nak masak sendiri.Tambahan lagi nak cari perencah tu susah nak dapat, kebetulan pergi berjalan di kawasan pedalaman susah nak jumpa kedai. Jadi kesudahan cari resepi dan masak tomyam tanpa perencah. Sebab tu rasa macam luar biasa resepi tomyam tanpa perencah ni.


Perkogsian resepi tomyam tanpa perencah yang ni min ambik dari sis NurulAin Alaui. Sis ni hebat masak. Boleh rujuk resepi dan cara masaknya di bawah:-


Resepi Tomyam Tanpa Perencah

Bahan-bahan :

Bawang besar 1biji (potong 4) *

Bawang putih 2 ulas (ketuk sekali aje guna lesung) *

Serai (ketuk) *

Daun limau purut *

Tomato (potong dadu) *

Cili api (ketuk) *

Limau nipis

Ayam (potong kecik)

Sayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)


Cara-cara :

1.Panaskan minyak

2.Tumis kan bahan yg bertanda * hingga layu

3.Kemudian masuk kan air

4.Bila dh menggelegak, masuk kan ayam

5.Renehkan biar ayam betul-betul masak

6.Kemudian masuk kan Sayur.

7.Jgn lupa perah kan limau nipis, masuk kan garam Dan perasa kalau suka.

8.Kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas dia.

9.Hidangkan dgn telur dadar, Sambal belacan dan timun. Nasi masak lebih takut tak cukup.

10.Jemput la makan, ape tunggu lagi.

Terima kasih. Kalau ada pahala di setiap resepi yang saya kongsi ni, saya sedekahkan buat arwah Abang saya AmreyFaizal bin Alaui.

kredit : NurulAin Alaui

Baca juga: Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah

Jadi lepas ni tak ada masalah dah bila nak masak tomyam nak kena cari perencah bagai. Boleh ikut langkah demi langkah seperti resepinya. Selamat mencuba. 

1 Comments

  1. sedap tu, akak biasa juga buat resepi gini tapi akak panggil sup ala siam... ada rasa masam tu semua tp tak guna paste tomyam

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.