Resepi Pizza Roti Gardenia Bonda

Resepi Pizza Roti Gardenia Bonda. Hari cuti sabtu ahad biasa ada masa lama sikit di rumah. Jadi hari ni, min nak habiskan roti gardenia kat dapur tu. Kalau tak masak pelik sikit tak bergerak roti tu. Sedar-sedar dah berkulat nanti kalau tak habiskan sebelum sampai tarikh luput dia.

Resepi Pizza Roti Gardenia Bonda

Jadi hari ni jom kita masak resepi pizza roti gardenia bonda gitu. Asalnya ummi jadi kita ubah sikit tajuk dia biar kena dengan blog min nie. Resepi pizza roti gardenia bonda nie tak ada susah mana nak buat. Kalau hangpa nak cuba mai min kongsikan resepi dia kat bawah ni. Ada sekali dengan cara nak buat dia juga.


Resepi Pizza Roti Gardenia Bonda

Bahan-bahan :

*Roti Gardenia

*Keju

*Sosej dicelur

*Cendawan - potong kecil dan celur

*Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)

*Bawang Merah potong halus

*Cili besar - potong halus

*Daun parsley

Resepi Pizza Roti Gardenia

Cara-cara membuat :

1.Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.

2.Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.

3.Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana. 

4. Siap untuk dimakan.

Memilih menu masakan sarapan tidak mudah, lebih-lebih lagi untuk sentiasa memasak masakan yang tidak membosankan, tetapi cepat dan ringkas. Resepi Pizza Roti Gardenia nie sesuai dimakan seisi keluarga serta mengenyangkan.

Baca juga: Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda

Macam mana boleh ikut tak? Mudah aje kan. Kalau nampak roti gardenia kat rumah tu lambat nak habis. Hangpa buat macam nie, min garenti lepas nie habis cepat, silap-silap kena pergi beli balik roti tu sebab tak cukup. Kadang boleh juga masak bubur kacang hijau pekena dengan roti nie.

Baca juga: Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Selamat mencuba. Jom masak

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.