Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah. Sedikit tips dan perkongsian bagi mereka yang jadikan platform blogger.com sebagai tempat mereka menulis blog ataupun tempat di mana enjin blog mereka disimpan-maksud mudah nak faham.

Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Blogger.com nak bagi senang kepada pengguna setia mereka. Jika sebelum ini, bagi anda yang ada banyak blog dalam satu akaun. Contohnya macam saya, ada lebih dari satu blog dalam akaun yang saya daftarkan di blog Pokok Manggis Depan Rumah.

Jika saya nak rujuk ke blog lain dalam akaun ini. Saya kena pergi klik 'home' lepas tu baru boleh pilih blog yang saya nak buat entri baru atau nak tengok apa-apa maklumat serta statistik tentang blog tersebut. Perkara macam ni jadi banyak kerja sikit.

Satu dua kerja kena buat. Makan masa nak tengok dan klik satu-satu jika anda ada lebih dari satu blog. Contohnya jika ada 10 blog, dah 10 kali nak kena klik home tersebut setiap kali nak ke blog lain.

Nak tengok satu-satu blog, nak kena pergi 'home' selalu. Jadi hari ni saya perasan. Blogger dah buat penambahbaikan terhadap kepuasan dan keselesaan pengguna mereka. Mereka dah letak satu fungsi baru. Boleh tengok pada gambar yang saya kongsikan di atas.

Bila klik tempat anak panah tersebut. Semua blog-blog yang anda daftarkan disenaraikan terus dibawah senarai tersebut. Jadi bila nak tengok blog lain. Pergi aje kat anak panah tersebut. Dah boleh klik dan lihat blog mana yang kita nak tengok.

[+ Baca juga- Panduan Bisnes Bakeri Mudah]

Nanti anda boleh tengok dan cuba-cuba yea. Rasa lagi selesa dengan cara yang dibuat. Lagi mudah dan cepat nak ke satu-satu blog. Tak perlu lagi setiap kali nak lihat blog lain. Nak kena klik 'home' tersebut.

Boleh cuba yea. Peringatan buat semua, senarai blog ini akan ada bagi blogger yang ada lebih dari satu blog dalam satu akaun. Jika tak ada. Tak akan dapat lihat senarai tersebut.

Takut nanti ada yang tercari-cari pula benda alah ni. Jika anda ada satu blog aje. Nak buat blog kedua dan ketiga, insyallah nanti anda boleh lihat senarai blog baru anda di bawah senarai tersebut.

Oklah, kongsikan entri 'Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah' ini sebagai panduan buat rakan-rakan blogger lain juga. Terima kasih.

26 Comments

  1. Oohhh... gitu ye.
    Tapi akak ada satu aje tak ada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada masalah. Lagi senang ada satu aje akak.

      Delete
  2. singgah pagi khamis
    hari ini x dan nak baca lagi bz
    nanti anum singgah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Nurzakiah. Semoga dimudahkan urusan.

      Delete
  3. Memudhkan blog update ni

    ReplyDelete
  4. Masih jauh ketinggalan banding dengan WP... tapi WP pun ada disadvantagesnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yealah, benda yang manusia buat. Tak ada yang sempurna kan. Tapi saya lagi suka guna blogger.com sebab pak cik google punya.

      Delete
  5. Dashboard baru blogger ni memang user friendly sikit...lebih suka yang baru ni..tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Blogger kena bersaing dengan yang lain juga jika nak terus diminati. CMS yang lain pun tak kurang hebatnya. Blogger.com ada kelebihan sikit sebab team google ada bersama mereka.

      Delete
  6. terima kasih krn berkongsi...

    ReplyDelete
  7. Terperasan juga.. blogger dot com ada bg notification aritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger bagus sejak dua menjak ini. Nak bagus mudah untuk pengguna setia mereka.

      Delete
  8. Ok la juga upgrade platform blogger yang terbaru nie... Cuma kurang sket kat area comment... sebelum nie kalau ada pending approve komen... ada high light kat home blog section tu... Sekarang nie, kalau nak tengok komen yang pending tu kena pegi kat awaiting moderation kat ruangan comment. Kalau ada lebih dari dari blog, then kena check kat setiap comment blog tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena buat approve terus komen-komen tersebut. Tak pun cuba buat report kat blogger. Saya pernah buat report ada masalah dalam blog saya. Alhamdulllah blogger baiki balik.

      Delete
  9. Anonymous14.12.16

    Salam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. tq gd tips ni he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Insyallah nanti saya kunjung balas.

      Delete
  10. Ohhh...tu gunanya ye PM. Nasiblah hakak cuma ada 1 blog aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu blog tak dapat tengok kesan dia sangat. Boleh buat blog baru satu lagi jika rajin akak.

      Delete
  11. erm... macam tu rupanya... mmg tak tahu pasal ni... hehe... nice sharing

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.