Bila Blog Dah Naik Sawang

2016-11-22

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bila Blog Dah Naik Sawang. Dah hampir dua minggu tak update blog comel ini. Dah macam bersawang pun ada, ada sawang terletak sana sini. Kadang rasa macam nak update. Bila mengadap kejap ada kerja yang lain pula nak kena buat.
Bila Blog Dah Naik Sawang
Sekejap nak tulis, sekejap tak jadi tulis. Akhirnya jadilah macam sekarang ini. Dua minggu tak ada entri baru. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang jenguk juga. Mencari entri baru, maaflah tak berkesempatan nak menulis.

Jadi blogger part time macam saya agaknya macam inilah. Kadang banyak entri baru dibuat. Kadang diam tak terbuat entri baru. Lama-lama blog jadi bersawang.

[+ Baca juga- Panduan Menulis Tak Terkalah]

Dua minggu tak menulis, saya pergi jalan-jalan. Nanti ada masa saya cerita kat sini. Tak pergi mana pun, jalan-jalan ke Pulau Langkawi aje dengan keluarga. Nak pergi ke luar negara rasa macam tak berkesempatan lagi. Banyak benda nak kena jaga bila melancong ke luar negara.

Jalan-jalan dalam negara jimat sikit. Nak cari makan dan tempat tinggal mudah lagi. Nak cari surau masjid dan kemudahan kereta sewa pun masih senang. Tak perlu guna khidmat ejen pelancongan lagi setakat nak ke Pulau Langkawi.

Cari dalam google, banyak maklumat dan info yang boleh dicari. Nak cari hotel atau homestay, boleh guna khidmat pakcik Agoda bajet. Nak cari kereta sewa dan kedai makan. Boleh guna khidmat pak cik google. Semuanya ada dalam tu. Cuma perlu keluar modal dan air liur aje jika perlu. Tak gitu?

Bila balik dari jalan-jalan. Mesti banyak kerja nak kena tengok balik. Ada kerja yang tertangguh, ada kerja yang baru nak kena buat. Adat orang bekerja, cari rezeki untuk sara diri dan keluarga.

Biasalahkan, dah hidup dalam dunia yang darul asbab. Nak apa-apa, kena usaha dan kena buat. Jika tak buat. Memang susah nak dapat. Buat kerja dapat hasil, tak buat kerja tak dapat hasil.

Macam tu juga dengan menulis blog. Ada entri baru, insyallah akan ada hasil yang bakal diperolehi nanti. Kena usaha lagi dan lagi. Banyak benda yang boleh kita dapat jika rajin berusaha.

Rezeki Allah SWT, tak pernah habis. Rezeki habis, bila umur kita di dunia ini habis. Jadi tak perlu risau sangat bab rezeki. Buat kerja, insyallah akan beroleh rezeki dari Allah SWT.

[+ Baca juga- Panduan Murah Rezeki]

Apa yang nak kena risau, tentang iman dan amal ibadat kita. Dua benda ini yang penting yang selalu kita kena risaukan. Tapi dua benda ni yang selalu kita lupa.

Rasa macam nak mati lambat lagi. Muda lagi, orang tua aje yang mati. Orang muda lambat mati. Kena selalu ingat mati, insyallah banyak penyakit hati yang kita dapat jaga jika selalu ingat mati.

Oklah,dah terpanjang pula. Nanti ada masa saya tulis cerita Pulau Langkawi. Harap-harap rajin nak menulis jalan-jalan ke Pulau Langkawi.

Bagi yang nak cari hotel murah dan bajet nak bercuti-cuti ke Pulau Langkawi atau ke mana-mana sahaja. Boleh guna khidmat pak cik Agoda (klik sini). Ada potongan harga menanti. Selamat bercuti!

Share

15 comments:

  1. x dan kadang2 bz yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Ada masa baru sempat tengok blog lagi. Terima kasih singgah.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum...

    kakcik yang tak buat apa-apa ini selalu sahaja sebenarnya tak tahu nak tulis apa...

    Bila berjalan-jalan, mungkin juga dapat ilham tapi sebelum dipaparkan, kena fikir dulu sesuai atau tidak untuk bacaan semua yang singgah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam k.cik. Kadang jalan-jalan dapat ilham nak mengarang ok lah kan. Tulis entri yang boleh bagi manfaat bersama itu yang sebaiknya bila menulis blog.

      Delete
  3. Bagi WP, menulis blog ni tugas sampingan aje.
    Kalau ada idea, ada bahan kita tulis
    Kalau ada masa ki berblogwalking entri kawan2 maya
    Yang penting, amal ibadat kita dulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WP, itu yang sebaiknya. Terima kasih sudi datang singgah blog saya.

      Delete
  4. bla mendahulukan yg lain...sure blog mesti terabai punya... apakan daya mendahulukan yg wajib kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Bila ada kerja lain, blog sunyi tanpa entri baru. Nak konsisten itu yang bagusnya.

      Delete
  5. Sama la situasi teman nie... Kadang-kadang tu, tak sempat nak buat entry baru kat blog tu... berderet duduk dalam draft...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Nanti ada masa boleh buat entry baru balik.

      Delete
  6. jadi, sila update blog macam biasa ye.

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang nak update tak sempat bro. Lepas ni kena rajin-rajn update sikit.

      Delete
  7. Rezeki di tangan tuhan, ada usaha insyaallah adalah rezekinya....

    Bercakap pasal mati, hari ini ibu kawan baru meninggal huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Rezeki dari Allah. KIta usaha aje.
      Takziah buat kawan akak yang baru kehilangan ibu tersayang.
      Semoga rohnya di cucuri rahmat dari Allah SWT.

      Delete
  8. Mula-mula bersemangat, lepas dah lama mula..... hehehe..
    Tu yang saya pun kadang-kadang update 2 atau 3 minggu sekali.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan