Antaramuka (Interface) Google Adsense Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Antaramuka (Interface) Google Adsense Baru. Pada pertengahan Oktober 2016 lalu, pihak Google Adsense telah melancarkan antaramuka (Interface) Google Adsense baru. Bagi peminat adsense mereka akan perasan dengan perubahan baru yang telah pihak google adsense lakukan. Apa pun, pertama kali saya nak ucapkan, syabas dan tahniah. Google adsense memang awesome.

AntaraMuka (Interface) Google Adsense Baru, Google Adsense,
AntaraMuka (Interface) Google Adsense Baru - Sumber Pic
Saya nak kongsikan apa yang saya tahu mengenai perubahan interface google adsense versi baru ini. Diharap dengan perkongsian ini. Dapatlah para pemilik akaun adsense tegar memahami struktur baru antaramuka atau lebih sedap kita cakap interface google adsense yang baru.

Apa Yang Berubah Di Dalam Antaramuka Google Adsense Baru.
Antaramuka baru ini direka bagi membantu pemilik akaun adsense mendapatkan lebih banyak hasil daripada AdSense. Ianya telah ditambah ciri-ciri baru dan menjadikan ciri-ciri yang sedia ada lebih mudah untuk digunakan.

1) Laporan Prestasi Komprehensif: Membantu anda melihat statistik harian dalam bentuk format graf dan mendapatkan maklumat tentang prestasi secara metrik bagi memperincikan jumlah pendapatan dari jenis iklan, saiz iklan, sasaran jenis iklan, dan banyak lagi.

2) Penyelenggaraan Akaun Yang Cepat: Ianya akan memudahkan proses untuk beberapa tugas biasa bagi membantu menyelesaikan tugas dengan lebih cepat. Sama ada mengemas kini maklumat hubungan atau mengedit beberapa unit iklan dan pada masa yang sama ianya akan mengurangkan tugas sesuatu perubahan berbanding yang lama.

3) Bantuan Pautan Mudah: Memudahkan pencarian jawapan kepada soalan-solan yang berkaitan akaun pemilik adsense.

4) Akses Yang Lebih Mudah Kepada Sumber Dalam Talian: Perkongsian halaman sumber yang direka bentuk semula, dimana ianya boleh mencari maklumat yang terkini dari blog Inside AdSense, saluran YouTube adsense dan akaun Twitter adsense melalui akaun anda sendiri.

5) Ciri Yang Dinamakan Semula: Pihak adsense telah mengemaskini nama beberapa ciri-ciri baru dan lama agar ianya lebih berfungsi dengan lebih cekap lagi.

Apa Yang Tidak Berubah Di Dalam Antaramuka Google Adsense Baru?
Yea, pasti ada juga fungsi yang masih dikekalkan walaupun banyak perubahan yang dilakukan di dalam versi antaramuka baru google adsense ini.

1) Kaedah Pembayaran: Kaedah pembayaran dan jadual pembayaran masih tidak berubah.

2) Kod Iklan: Pemilik tidak perlu mengemas kini kod pada halaman lama, dan proses untuk menambah kod untuk laman web anda masih tetap sama.

3) Sasaran Iklan: Iklan akan terus dipadankan dengan halaman anda seperti yang dilakukan pada masa lalu. Contohnya jika sasaran keyword anda lebih kepada kesihatan atau kenderaan. Maka iklan yang mucul juga kearah tersebut juga. Boleh faham kan?

[+ Panduan Buat Duit Dengan Google Adsense ]

Bagi mengetahui lebih banyak maklumat mengenai fungsi antaramuka Google Adsense yang baru. Anda boleh baca rujukannya di sini:-
[+] About the new interface
[+] Meet the new AdSense user interface

Semoga perkongsian ini memberi manfaat yang berguna buat pemilik akaun adsense. Kongsikan entri Antaramuka (Interface) Google Adsense Baru ini dengan rakan media sosial anda juga. Terima kasih dan jumpa lagi.

23 Comments

  1. Assalamualaikum tuan,

    Saya cuma nak tanya berkenaan dengan google adsense ni,tapi bukan berkaitan dengan interface baru ni.

    Adakah iklan yang akan dipaparkan kepada pengunjung blog kita juga termasuk minat pengunjung. Mengapa saya katakan demikian. Saya ambil contoh diri saya sendiri sebagai pengunjung blog/laman web.

    Saya ada buka laman web dan klik iklan berkaitan dengan sihir. Saya rasa google dah rakam aktiviti saya tu. Sebabnya apabila saya masuk ke dalam blog/laman web yang ada meletakkan iklan dari google,iklan yang keluar pasti sama,iaitu iklan tentang gel mandian bidara untuk merawat sihir, termasuklah blog tuan ni.

    Sedangkan ada blog yang saya masuk tu takde kaitan langsung pun dengan topik sihirke, atau perubatan Islam ke. Apa pandangan tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Betul tu. Walaupun blog tersebut cerita benda lain. Tapi sebelum ni pengunjung ke laman web atau cari berkenaan topik lain. Google akan paparkan iklan berkaitan keyword yang dibaca atau dicari sebelum ini. Kata encik cari atau baca berkenaan insurance. Akan masuk dalam iklan adsense insurance atau yang berkenaan dengannya.

      Delete
    2. Kakak dpt rasakan yg PMDR memang dah expert bab ini
      Bagus bantuan yg dijawab memberi kepuasan/kefahaman.

      Delete
    3. Tak berapa tahu sangat juga akak. Saya pun masih belajar. Mana yang tahu aje boleh jawap. Yang tak tahu kena tanya pihak adsense juga.

      Delete
  2. Kalau yg ada baru sedar perubahannya
    Tapi macam kakak tak ada memang tak tahupun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh applay juga akak.Letak dalam blog akak. Insyallah boleh tambah pendapatan dari blog.

      Delete
  3. nak tnya yerr.. knpa iklan ni tak klur kat blog Unni tp da req

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya..
      1) Unni dah daftar google adsense ker?
      2) Kadang bila kita nak mohon akaun adsense ni, ambil masa juga baru pihak adsense nak approve. Lagi satu, nak dapat akaun adsense ni ada juga syarat-syarat yang google adsense tetapkan. Kena penuhi syarat tersebut baru boleh dapat akauan adsense.

      Jika dah daftar, letak kod yang adsense bagi ikut apa yang jenis iklan yang Unni suka.

      Delete
  4. saya belum mohon lagi google adsense ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mohon. Letak iklan adsense ok juga. Google adsense bayar dalam USD. Tukar ke duit ringgit kita memang untung banyak.

      Delete
  5. selalu tak sedar pun ada berubah, kalau tahu memang mesti drpd bloggers otai. tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interface atau antaramuka google adsense baru ni memudahkan para peminat adsense melihat hasil dan mencari cara nak tingkatkan hasil dari google adsense dengan lebih mudah. Boleh mohon juga akaun adsene jika berkesempatan akak.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah daftar google Adsense ni PM...Iklan Nuffnang pun dah hilang nampaknya huhu...So hadap ajelah apa yg ada hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba daftar akak. Google adsense dibayar dalam USD. Sekali dapat, kalah income lain. Nuffnang masih ok bagi yang masih setia dengan mereka.

      Delete
  8. Assalamualaikum..
    Kak Mirror membalas kunjungan.

    ReplyDelete
  9. Salam Pn...boleh letak juga ke google adsense jika kita dah ada iklan dr pihak lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang boleh, ada juga yang tak boleh. Jika iklan tersebut hampir sama dengan iklan google adsense. Tak boleh. Contohnya macam iklan chitika.
      Tapi jika iklan lain tu berbeza dengan google adsense boleh. Tuan boleh baca TOC google adsense.Terima kasih.

      Delete
  10. Yup, makin mudah. Boleh download apps untuk Google Adsense nie kat Google Play atau App Store...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul tu. Dari situ boleh tengok selalu hasil harian kita. Mudah bila ada dalam Hp aje.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.