Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtara.
Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016. Yea satu berita yang  selalu ditunggu oleh ramai orang bila masuk bulan baru pada setiap bulan. Harga minyak Petrol dan Diesel. Jika pada bulan Oktober 2016 lepas harga runcit petrol bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 pula RM2.15 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016
Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Manakala untuk harga runcit Petrol dan Diesel pada bulan November 2016 ini naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter. Ianya menjadikan harga runcit baru bagi RON95 dari RM1.80 menjadi RM1.95 seliter, RON97 dari RM2.15 menjadi RM2.30 seliter dan Diesel dari RM1.75 menjadi RM1.90 seliter yang telah berkuat kuasa harganya pada tengah malam tadi 1 November 2016 (12:01 tengah malam).

Patutlah malam tadi bersusun-susun kereta nak isi minyak di stesen minyak. Beratur panjang semata-mata nak dapat harga jualan petrol Oktober 2016 sebelum masuk bulan November 2016 malam tadi. Oleh kerana kenderaan saya nak ke pejabat pakai tangki motor aje dah memang nak kena isi bila pergi atau balik daripada tempat kerja. Saya dah isi siap-siap sebelum waktu malam tadi.

Suasana beratur panjang ini jika dulu ada juga berlaku. Cuma sekarang bila harga petrol dan diesel naik macam mencanak aje. Suasana ini akan kembali semula. Setakat sikit-sikit masih ok lagi kenaikanya. Jadi malam tadi ada balik suasana kenderaan berkerumun disesetengah stesen minyak nak isi minyak. Harap bulan depan tak naik lagi.

Harga Minyak Naik, Harga barang Macam Mana?
Ini satu hal lagi, kebiasanya bila harga petrol dan diesel naik, ada kemungkinan besar juga harga barang pun akan naik juga. Harga makanan dan barang runcit silap-silap akan naik lagi. Harapnya taklah, tapi bila jadi nak buat macam mana.

Pengguna tegar macam kita semua ni macam timun dengan durian aje dengan peniaga, kita tolak sakit, mereka tolak pun sakit juga. Nak tak nak baik diam dan buat kerja yang boleh mendatangkan pendapatan lagi baik. Betul tak?

Jika masa awal-awal GST pun suasana harga barang naik jadi isu juga. Ramai peniaga yang naikkan harga barang dengan tidak munasabah. Jadi bila kerajaan dapat tahu perkara tersebut. Kerajaan pantau dan kenakan tindakan undang-undang kepada peniaga yang bersalah. Jadi isu harga barang naik jadi ok sikit dari yang sebelumnya.

Harapan saya sebagai pengguna kali ini pun sama. Agensi kerajaan seperti pihak KPDNKK kena pantau harga barang, agar golongan timun(pengguna) ini tak jadi mangsa keadaan diatas kenaikan harga petrol dan diesel kali ini.

Saya tak nak cerita panjang tentang kenaikan harga Petrol dan Diesel naik lagi November 2016. Apa yang penting, hidup mesti diteruskan seperti biasa. Kena gunakan kenderaan dan isi petrol untuk bergerak ke mana-mana juga.

Bagi yang berminat, nak mengurangkan tekanan dan beban yang ditanggung kesan daripada kenaikan harga petrol dan diesel ini. Saya syorkan anda buat kerja sambilan bagi menambahkan pendapatan. Boleh buat kerja dari rumah di Portal Online Jobdirumah atau boleh juga bagi yang minat berniaga belajar memulakan buat bisnes jual aiskrim, bisnes burger atau bisnes jual air balang yang menguntungkan. Tak boleh buat hari biasa, buat pada hari minggu pun dah boleh untung banyak jika kena dengan caranya.

Semuanya bergantung kepada diri kita, sama ada nak tengok atau nak mulakan langkah untuk bergerak maju kedepan di dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini. Selamat berusaha. Jom tambah pendapatan dengan buat kerja part time.

26 Comments

  1. golongan timun seperti SB hanya pasrah..huhuhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar aje akak yea. Itu lagi baik. Boleh cuba buat kerja part time jobdirumah, secara online. Dapat tampung duit belanja dapur jadilah.

      Delete
  2. Bertabahlah kita rakyat marhaen ni, kerajaan pun bukannya peduli kalau rakyat merungut. Minyak tetap dinaikkan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak naik, harap harga barang tak naik. Jika naik juga, harapnya bila minyak turun, harga barang pun turun sama. Tapi mustahil pula nak jadi macam tu. Sabar dan boleh cari sumber baru untuk tambah pendapatan.

      Delete
  3. Terbaca juga keluhan kwn2 kat wassap group. Simpati mendengarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu aje yang mampu dikeluhkan. Tapi ianya sama aje. Tunggu bulan depan pula tengok macam mana. Sana ok ker akak harga minyak?

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. naik je la xtau trunnya bila

    ReplyDelete
  6. Harga minyak memang selalu naik dan turun ikut harga pasaran dunia... yang peliknya, bila harga minyak naik, harga barang pun naik. Tapi, bila harga minyak turun harga barang tak turun-turun juga. GST tu pun satu hal jugak, kerajaan kata harga barang sepatutnya akan turun bila perlaksanaan GST. Tak nampak pulak turunnya. Makin naik ada laa...😳😳🙄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang selalu dikata sebelum terjadi. Bila dah jadi, lain pula ceritanya. Sabar ajelah. Boleh cuba buat kerja dari rumah dengan jobdirumah. Insyallah boleh tambah pendapatan.

      Delete
  7. lps ni apa la yg naik lg... tak terkata rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang berharap naik gaji lepas ni akak.

      Delete
  8. harga barang akan ikut naik sebab peniaga pun terjejas dgn harga minyak ini. kerajaan boleh penaik, tp tak kasi peniaga penaik camne. patutnya kerajaan la kena fikir solution sebelum naikkan harga. nasiblah kita dpt kerajaan camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ambil iktibar atas kisah ini. Harap dikemudian hari benda ni tak jadi lagi. Kasihan kat rakyat. Ujian dari Allah SWT.

      Delete
  9. pelbagai kenaikan dalam masa terdekat ni..mmg terasa sangat..adoii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sabar ajelah. Nak buat macam mana. Sekarang ni kena lebih berjimat cermat semasa berbelanja. Jika ada masa, boleh buat kerja dari rumah dengan jobdirumah untuk tambah pendapatan. Dapat tambah belanja jadilah.

      Delete
  10. Hmmm... bahan bakar naik terus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya macam naik aje. Bila naik, yang lain pun naik sama.

      Delete
  11. nk buat camana... nak harap gaji naik, tak naik ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah tahun depan gaji naik. Masuk tahun baru kan ada kenaikan.

      Delete
  12. Assalammualaikum...

    lahh.. naik lagi minyak... pening2..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik lagi. Tunggu bulan depan pula macam mana. Harapnya turun.

      Delete
  13. Tulah tu kan PM, apa pun naik sekarang ni. Kalau gaji naik pun mcm tak de erti je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Banyak benda naik, lepas satu-satu. Ramai yag tunggu naik gaji. Tapi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, gaji tak tahu lagi naik ke tak. Kita tunggu bila tiba masanya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.