Assalamualaikum dan Salam Sejahtara.
Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016. Yea satu berita yang selalu ditunggu oleh ramai orang bila masuk bulan baru pada setiap bulan. Harga minyak Petrol dan Diesel. Jika pada bulan Oktober 2016 lepas harga runcit petrol bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 pula RM2.15 seliter dan diesel RM1.75 seliter.
Sumber Gambar: Utusan Malaysia
Manakala untuk harga runcit Petrol dan Diesel pada bulan November 2016 ini naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter. Ianya menjadikan harga runcit baru bagi RON95 dari RM1.80 menjadi RM1.95 seliter, RON97 dari RM2.15 menjadi RM2.30 seliter dan Diesel dari RM1.75 menjadi RM1.90 seliter yang telah berkuat kuasa harganya pada tengah malam tadi 1 November 2016 (12:01 tengah malam).
Patutlah malam tadi bersusun-susun kereta nak isi minyak di stesen minyak. Beratur panjang semata-mata nak dapat harga jualan petrol Oktober 2016 sebelum masuk bulan November 2016 malam tadi. Oleh kerana kenderaan saya nak ke pejabat pakai tangki motor aje dah memang nak kena isi bila pergi atau balik daripada tempat kerja. Saya dah isi siap-siap sebelum waktu malam tadi.
Suasana beratur panjang ini jika dulu ada juga berlaku. Cuma sekarang bila harga petrol dan diesel naik macam mencanak aje. Suasana ini akan kembali semula. Setakat sikit-sikit masih ok lagi kenaikanya. Jadi malam tadi ada balik suasana kenderaan berkerumun disesetengah stesen minyak nak isi minyak. Harap bulan depan tak naik lagi.
Harga Minyak Naik, Harga barang Macam Mana?
Ini satu hal lagi, kebiasanya bila harga petrol dan diesel naik, ada kemungkinan besar juga harga barang pun akan naik juga. Harga makanan dan barang runcit silap-silap akan naik lagi. Harapnya taklah, tapi bila jadi nak buat macam mana.
Pengguna tegar macam kita semua ni macam timun dengan durian aje dengan peniaga, kita tolak sakit, mereka tolak pun sakit juga. Nak tak nak baik diam dan buat kerja yang boleh mendatangkan pendapatan lagi baik. Betul tak?
Jika masa awal-awal GST pun suasana harga barang naik jadi isu juga. Ramai peniaga yang naikkan harga barang dengan tidak munasabah. Jadi bila kerajaan dapat tahu perkara tersebut. Kerajaan pantau dan kenakan tindakan undang-undang kepada peniaga yang bersalah. Jadi isu harga barang naik jadi ok sikit dari yang sebelumnya.
Harapan saya sebagai pengguna kali ini pun sama. Agensi kerajaan seperti pihak KPDNKK kena pantau harga barang, agar golongan timun(pengguna) ini tak jadi mangsa keadaan diatas kenaikan harga petrol dan diesel kali ini.
Saya tak nak cerita panjang tentang kenaikan harga Petrol dan Diesel naik lagi November 2016. Apa yang penting, hidup mesti diteruskan seperti biasa. Kena gunakan kenderaan dan isi petrol untuk bergerak ke mana-mana juga.
Bagi yang berminat, nak mengurangkan tekanan dan beban yang ditanggung kesan daripada kenaikan harga petrol dan diesel ini. Saya syorkan anda buat kerja sambilan bagi menambahkan pendapatan. Boleh buat kerja dari rumah di Portal Online Jobdirumah atau boleh juga bagi yang minat berniaga belajar memulakan buat bisnes jual aiskrim, bisnes burger atau bisnes jual air balang yang menguntungkan. Tak boleh buat hari biasa, buat pada hari minggu pun dah boleh untung banyak jika kena dengan caranya.
Semuanya bergantung kepada diri kita, sama ada nak tengok atau nak mulakan langkah untuk bergerak maju kedepan di dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini. Selamat berusaha. Jom tambah pendapatan dengan buat kerja part time.

Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016 |

Dua Kerja
Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi November 2016
Kerja online tambah pendapatan
Minyak Naik Lagi
Pendapatan Sampingan
Tambah Pendapatan
26 Comments
golongan timun seperti SB hanya pasrah..huhuhuuu..
ReplyDeleteSabar aje akak yea. Itu lagi baik. Boleh cuba buat kerja part time jobdirumah, secara online. Dapat tampung duit belanja dapur jadilah.
DeleteBertabahlah kita rakyat marhaen ni, kerajaan pun bukannya peduli kalau rakyat merungut. Minyak tetap dinaikkan juga
ReplyDeleteMinyak naik, harap harga barang tak naik. Jika naik juga, harapnya bila minyak turun, harga barang pun turun sama. Tapi mustahil pula nak jadi macam tu. Sabar dan boleh cari sumber baru untuk tambah pendapatan.
DeleteTerbaca juga keluhan kwn2 kat wassap group. Simpati mendengarnya.
ReplyDeleteItu aje yang mampu dikeluhkan. Tapi ianya sama aje. Tunggu bulan depan pula tengok macam mana. Sana ok ker akak harga minyak?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDah tulis panjang remove pula.
Deletenaik je la xtau trunnya bila
ReplyDeleteHarap bulan depan turun harga minyak.
DeleteHarga minyak memang selalu naik dan turun ikut harga pasaran dunia... yang peliknya, bila harga minyak naik, harga barang pun naik. Tapi, bila harga minyak turun harga barang tak turun-turun juga. GST tu pun satu hal jugak, kerajaan kata harga barang sepatutnya akan turun bila perlaksanaan GST. Tak nampak pulak turunnya. Makin naik ada laa...😳😳🙄
ReplyDeleteItulah yang selalu dikata sebelum terjadi. Bila dah jadi, lain pula ceritanya. Sabar ajelah. Boleh cuba buat kerja dari rumah dengan jobdirumah. Insyallah boleh tambah pendapatan.
Deletelps ni apa la yg naik lg... tak terkata rasanya
ReplyDeleteRamai yang berharap naik gaji lepas ni akak.
Deleteharga barang akan ikut naik sebab peniaga pun terjejas dgn harga minyak ini. kerajaan boleh penaik, tp tak kasi peniaga penaik camne. patutnya kerajaan la kena fikir solution sebelum naikkan harga. nasiblah kita dpt kerajaan camni
ReplyDeleteKena ambil iktibar atas kisah ini. Harap dikemudian hari benda ni tak jadi lagi. Kasihan kat rakyat. Ujian dari Allah SWT.
Deletepelbagai kenaikan dalam masa terdekat ni..mmg terasa sangat..adoii...
ReplyDeleteBetul tu. Sabar ajelah. Nak buat macam mana. Sekarang ni kena lebih berjimat cermat semasa berbelanja. Jika ada masa, boleh buat kerja dari rumah dengan jobdirumah untuk tambah pendapatan. Dapat tambah belanja jadilah.
DeleteHmmm... bahan bakar naik terus....
ReplyDeleteNampak gaya macam naik aje. Bila naik, yang lain pun naik sama.
Deletenk buat camana... nak harap gaji naik, tak naik ni... hehe
ReplyDeleteInsyallah tahun depan gaji naik. Masuk tahun baru kan ada kenaikan.
DeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletelahh.. naik lagi minyak... pening2..
mselim3
Naik lagi. Tunggu bulan depan pula macam mana. Harapnya turun.
DeleteTulah tu kan PM, apa pun naik sekarang ni. Kalau gaji naik pun mcm tak de erti je huhu
ReplyDeleteBetul tu akak. Banyak benda naik, lepas satu-satu. Ramai yag tunggu naik gaji. Tapi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, gaji tak tahu lagi naik ke tak. Kita tunggu bila tiba masanya.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.