Fadhilat Sedekah: Wasiat Rasulallah SAW Kepada Saidina Ali RA

2016-04-01

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Fadilat Sedekah, Wasiat Rasulallah SAW Kepada Saidina Ali. Hari Jumaat yang mulia ni nak berkongsi info tentang kelebihan bersedekah. Hakikatnya banyak kelebihan di dalam melakukan amalan agama tersebut. Setiap amalan agama yang Allah SWT nak kita buat, semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Hanya Allah SWT dan Rasulallah SAW yang lebih mengetahui semua perkara tersebut.

Fadilat Sedekah Wasiat Rasullah SAW Kepada Saidina Ali
Fadilat Sedekah Wasiat Rasullah SAW Kepada Saidina Ali
Di dalam amalan sedekah juga terdapat banyak kelebihannya. Berikut adalah pesanan Rasulallah SAW kepada Saidina Ali RA tentang kelebihan dan fadilat sedekah. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua di dalam beristikamah melakukan amalan sedekah.

Fadilat Sedekah, Wasiat Rasulallah SAW Kepada Saidina Ali

Rasulallah SAW pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga,
maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti.

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong"

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka
kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim
dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan
dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah,
hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan... dan adapun orang yang
kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir
kepada siksaan-nya.

Wahai Ali... Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati,
kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar
atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya  fadhilat orang yang bersedekah iaitu
diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

Untuk mengetahui lebih banyak manfaat di dalam bersedekah,
dapatkanlah ebook Rahsia Sedekah di sini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Wallahualam.
Share

13 comments:

  1. sedekah itu dapat meringankan beban orang lain, dan dalam rezeki yang kita dapat itu ada juga bahagiannya untuk orang lain kan, moga kita istiqomah dalam bersedekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aryan. Apa yang kita ada, di dalam tu ada juga bahagian orang lain. Bagi sedekah, jangan disimpan bahagian tersebut. Insyallah nanti Allah SWT bagi balik.

      Delete
  2. Insha Allah dengan bersedekah semoga pintu-pintu rezeki kita juga akan terbuka luas. Tidak ada seorang pun yang jatuh miskin kerana bersedekah. Kena percaya akan rezeki setiap orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bersedekah, Allah SWT akan bagi berkat atas harta yang kita ada. Sikit cukup, banyak tak membazir.

      Delete
  3. Sedekah yang telah dijanjikan ganjarannya, pasti rezeki akan bertambah luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Dalam setiap amalan agama akan ada janji Allah. Buat insyallah Allah SWT akan bagi balasan. Jika tak bagi di dunia, Allah bagi di akhirat.

      Delete
  4. Sering kita diulang-ulang hal bersedekah ini
    Bukan berat mana pun tetapi ianya mampu memberatkan timbangan di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kelebihan buat amalana sedekah ni. Amalan agama ganjaran banyak dapat di sana. Sebab tu nak buat rasa susah sikit sebab tak nampak.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. sedekah akan mengayakan kita lgi xkn jdi papa kedana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kelebihan sedekah. Di sampai boleh menjadi kaya. Amalan sedekah dapat membersihkan harta yang kita ada.

      Delete
  7. Masyaallah tingginya darjat org bersedekah. Tp ada masa dtg jugak penyakit bakhil tu hihi...lupa dah darjat yg Allah janjikan....Lemahnya manusia ni kan PM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Tinggi darjat orang yang selalu bersedekah. Kena jaga ikhlas juga. Itu yang penting.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan