Balik Kampung Musim Panas

2016-04-07

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Balik Kampung Musim Panas. Minggu lepas balik kampung isteri. Musim panas, mana-mana pun sama. Mesti panas,tapi yang seronoknya. Saya rasa nak bandingkan panas di kampung dengan panas di bandar. Panas di bandar lagi panas. Di kampung ok sikit. Banyak pokok, panas pun tak ada rasa sangat.
Balik Kampung Musim Panas, Kampung,
Balik Kampung Musim Panas
Jika panas di bandar. Nak bandingkan dengan panas di kampug berbeza sangat. Di bandar panas dia lain macam sikit. Membahang rasa, kat bandar pokok kurang. Yang banyak bangunan batu dan cermin aje. Bahang panas tu terasa lain macam sikit.

Bersyukur Dengan Cuaca Panas
Panas ker sejuk, sebagai hamba Allah SWT yang lemah ni kita kena selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT bagi kepada kita. Jika tempat kita panas, ada lagi tempat yang lagi panas pada tempat kita. Kita rasa panas sekali sekala macam sekarang ni pun dah rasa panas. Ada banyak negara yang panas dia lagi panas dari tempat kita.

Inilah lemahnya kita ni manusia. Bila panas mengeluh kata cuaca panas. Bila musim hujan pula mengeluh kata hujan pula. Tak pernah rasa puas dengan apa yang Allah SWT bagi kepada kita. Sebab tulah yang di katakan dalam agama, bertuah orang yang boleh selalu bersyukur kepada Allah. Allah bagi ujian sabar, bila Allah bagi nikmat bersyukur. Jika ada sifat ni insyallah kita akan rasa bahagia.

Aktiviti Musim Panas Di Kampung
Balik kampung perkara yang paling seronok nak buat adalah mandi di sungai. Rumah di kampung tak jauh sangat dengan sungai. Jadi aktiviti kami sekeluarga bila balik kampung mandi sungai.

Mandi sungai
Mandi sungai
Lepas sarapan siap-siap bawa apa-apa yang perlu lepas tu ke sungailah kita. Sampai sana tak ada ramai orang sangat lagi. Bolehlah mandi manda dengan aman. Tapi apa yang dapat dilihat, bila musim panas ni air sungai tak banyak macam biasa.

Tapi masih seronok lagi mandi. Anak beranak mandi sambil-sambil cari anak-anak ikan dan main batu sungai. Masa ni lah nak praktikkan ilmu berenang. Kena pandai berenang baru seronok bila mandi sungai ni. Jika tak pandai rugi lah. Nak belajar berenang pun boleh masa air tak berapa dalam ni. Cara mudah nak belajar berenang boleh tengok info belajar berenang ni. Insyallah boleh pandai berenang dengan pantas kalau ikut ilmu ni.

Tak sampai tengah hari kami dah balik. Tak daya nak menahan panas mentari yang dah mula memancar. Apa pun, bila musim panas macam ni kena hadkan aktiviti di luar rumah. Banyakan minum air dan berehat di dalam rumah. Jika nak buat aktiviti luar rumah. Pastikan kita berada dikawasan yang redup dan banyak pokok-pokok. Nak berjimba-jimba dan melaram pun pada waktu pagi dan petang aje. Waktu tu tak panas sangat.

Oklah, jumpa lagi lain kali. Ada kerja nak buat.
Share

18 comments:

  1. Makchaq selalu balik kampung pakchaq sekarang ni... Panas... tapi mandi best sebab guna air bukit... macam mana panas puncuaca.. air paip tetap sejuk macam ais.... Kat rumah sendiri mandi macam mandi air panas.. keluar biliknair dah berpeluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kampung isteri saya pun sama. Ada air bukit juga. Memang panas-panas ni mandi dengan air tu sedap aje rasa. Balik kampung sana saya suka mandi sungai. Sejuk air dia.

      Delete
  2. Balik kampung mana tak bestnya
    Apa lagi kalau kampung ada tempat utk mandi-manda lagilah best kena musim panas macam sekarang. Seronoklah anak-anak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Balik kampung musim panas macam sekarang memang seronok pergi berenang main air di sungai.

      Delete
  3. balik kampung memang best,walauapapun cuacanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah semestinya. Dapat rehatkan diri dari hiruk pikot kota di kampung.

      Delete
  4. kami tak balik kampung dekat 3 minggu dah sebab panas la..takut anak2 demam..kalau cuti sekolah tak pa la..ni buat nya demam time nak periksa nanti..haru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Nanti ada masa boleh balik pula.

      Delete
  5. Kmpung ada pohon hijau masih sejuk lagi..kalau kt bndar semua batu..tpi bila musim gini tgh pnsss duk celah mana pun pnsss..mlm2 sejuk kat kmpung...kngan dulu kalalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Masa musiam panas macam ni duduk mana pun panas. Cuma kena cari tempat-tempat redup dan nyaman gitu agar kita tak ada kena panas sangat. Duduk dalam pejabat sejuk sikit kena aircond.

      Delete
  6. Atas tu gambar kampung awak ke PM...cantiknyaaaaa. Kg mak tak de sungai. Nak berkubang pun tak tau kat mana. Nampaknya kena duk dlm rumah jerlah bersauna hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak akak. Itu kampung orang. Saya tumpang mandi aje. Bila balik kampung isteri saya selalu juga mandi sungai. Balik kampung sendiri mandi pantai aje.

      Delete
  7. kat mana kg ni... sejuk mata memandang... bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat utara akak. Balik kampung memang suka mandi sungai.

      Delete
  8. best betul kalau dapat berendam kat sungai time panas2 gini..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Dapat berenang dan mandi manda memang seronok masa sekarang ni.

      Delete
  9. semua dok cari air dan ais la sekarang ni.

    nasib la sungai jauh dari rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa panas macam sekarang ni dapat mandi air sungai best. Sejuk tak sama dengan air paip di rumah.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan