Baca Online Novel Kau Aku Kita

2015-11-20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Baca Online Novel Kau Aku Kita. Rasa suka  jiwang-jiwang pula tengok Drama Kau Aku Kita di Slot Lestary TV3. Drama ini ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam bermula 28 Oktober hari tu. Oleh kerana tak berkesempatan lagi sebelum ni. Sekarang baru boleh berkongsi ceritanya.

Drama Kau Aku Kita
Drama Kau Aku Kita
Bagi yang mengikuti cerita ini dari awal lagi, mungkin dah faham ceritanya dan tak ketinggalanlah setiap episod yang ditayangkan. Tapi bagi yang tak tengok dari awal mesti tertanya-tanya dari awal jalan ceritanyakan?

Oklah, saya kongsikan sedikit sebanyak infonya apa yang saya tahu. Nanti minggu depan jangan lupa tengok yea..hehe..

JUDUL : KAU, AKU, KITA
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
SKRIP: Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria

PELAKON - PELAKON DRAMA  KAU, AKU, KITA
Syarul Ridzwan sebagai Aus
Janna Nick sebagai Iman
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie

LAGU TEMA / OST KAU, AKU, KITA
Lagu : Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain

Baca Online Novel Kau Aku Kita
Baca Online Novel Kau Aku Kita

SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA
Mengisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika Iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Barisan Pelakon Kau Aku Kita
Barisan Pelakon Kau Aku Kita
Sinopsis Novel Kau Aku Kita 
"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

Baca Online Novel : Kau, Aku, Kita - Karya Novelis Orkid Edyliyne
Bagi tidak menghampakan peminat novel online. Saya nak kongsikan cerita Kau Aku Kita yang boleh anda baca secara online. Bagi yang terlepas episod hari tu boleh baca cerita ini. Rasanya boleh faham jika anda baca dari awal. Nak baca online lihat kat bawah ni yea.

1) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 1
2) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 2
3) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 3
4) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 4
5) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 5
6) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 6
7) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 7
8) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 8
9) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 9
10) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 10
11) Novel Online Kau, Aku, Kita- Bab 11 - Kena beli novel ni..

Nak baca cuma klik tajuk novel di atas. Mana yang tak ada novel ni boleh dapatkan di kedai yang berhampiran anda.

Sponsor Ads
[+]Rahsia kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
[+]Rahsia Tambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
[+]Rahsia Badan Cantik dan Sihat ! Klik Sini

Hari minggu nanti ada masa boleh buat kerja di rumah. Selamat berhujug minggu kawan-kawan.
Share

17 comments:

  1. hmm macam best je novel ni. masuk dalam wishlist la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best novel ni. Boleh baca online novel kau aku kita.

      Delete
  2. Mcm perasan tajuk ni tp tak pernah layan cerita ni sebab pelakon dia mcm tak terkenal je.
    Pelakon ni memainkan peranan jugak rupanya yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh layan. Pelakon baru ni oka juga akak. Dia pandai walaupun baru.

      Delete
  3. Anak dara kakak nak semuanya ulat baca novel so novel ni dah ada di rumah kami. Cuma kakak aje yg tak baca. Sejak anak dara kecik kakak dah habis UPSR kakak mengikuti juga drama ini. Oklah juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada novelnya tak susah dah nak faham cerita ni jika tengok kat drama tv3 sekarang. Kalau yang tak ada novel ni, boleh baca online.

      Delete
  4. Tengok jugak citer ni. Best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pun tengok jika berkesempatan pada hari rabu dan khamis drama kau aku kita ni. Pandai watak Iman Firdaus yang pelakon ni lakonkan.

      Delete
  5. Buku tk bcatpi dramanya siok tgok...pndai pilih pelakon...suka
    Jarang tgok drma2 ni..tpi yg ni I like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Drama ni best. Pandai pelakon utmama ainan watak-watak mereka.

      Delete
  6. Salam n happy Monday. kata angah anak KA, di asrama sehabis solat isyak semua duk berada balik asrama nak layan cite ni.. gamaknye best sgta ke

    ReplyDelete
  7. drama dia pun sy x tgk apatah lagi nk baca novel heheeh bkn apa selalu blk lewat. smpi umah trs zzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok masa sempat aje. Tapi gaya ceritanya memang seronok untuk ditonton.

      Delete
  8. Best sgt citer ni... I loike iman sgt comelll....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Best cerita kau aku kita ni.. Boleh tengok ceritanya malam ni.

      Delete
  9. best gila gila novel ni
    nanti nak beli la

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan