Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter. Hari Jumaat hari ni, bila PERINTAH Allah SWT datang, Tak ada siapa yang boleh halang. Walau sehebat mana cara dan teknologi yang ada. Allah SWT nak buat sesuatu, Tak perlu minta izin dari sesiapa pun. Namun kita semua makhluk, nak buat apa-apa sekali pun Allah SWT izinkan jadi, baru jadi. Hebatnya Allah dan lemahnya kita makhluk ni. Marilah kita semua bertaubah dan beristigfar kepada Allah di hari yang penuh berkat ini.

Teringat pula ada ustaz yang mengajar bercerita tantang hari kiamat. Kata beliau dalam hadis Nabi yang Hari Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit info tantang Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah yang bermagnitud 6.0 skala Richter.

Berikut adalah Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah magnitud 6.0 skala Richter. Semua ni saya dapat dari media sosial untuk tatapan bersama.
--
KUALA LUMPUR, (MLP) - Satu gegaran bermagnitud 6.0 melanda kawasan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi Jumaat. Gegaran dikesan 19 km barat laut Ranau, kira-kira 54 km dari bandar Kota Kinabalu.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16 km barat laut Ranau.

Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.

Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut. (sumber)
--
M 6.0 Earthquake for 19km NW of Ranau, Malaysia
3 hours ago · U.S. Geological Survey

Gempa bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Menurut laman web Pusat Seismologi Eropah Meditarrenean gempa bumi sedalam 40km itu berpusat di 14km utara Ranau, 67km timur Kota Kinabalu dan 229km timur laut Bandar Seri Begawan, Brunei.

Laporan awal Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa bumi itu berukuran 5.9 skala Richter 16km barat daya Ranau pada 7.17 pagi.

Selain Kota Kinabalu, gegaran turut dirasakan di bahagian utara daerah Kudat dan Kota Marudu, malah di daerah sejauh Beaufort di selatan Sabah.

Gegaran yang melanda menyebabkan beberapa bangunan rosak dan tingkap pecah menyebabkan orang ramai berlari keluar dari rumah dan kedai. (sumber)



Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter

Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter

Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter




Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter
Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter

Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter


Gambar Gempa Bumi di Ranau Sabah Magnitud 6.0 Skala Richter

Ini adalah peringatan di Allah SWT untuk kita semua umat Islam. Bukan kata tempat kita sekarang baik sebab kita tak kena benda ni. Allah bagi peringatan agar semua kita sedar. Jika nak tahu cerita hari kiamat dengan lebih jelas lagi. Anda boleh baca kisahnya di sini --->> Kisah Hampirnya Kiamat (klik sini)

7 Comments

  1. Pagi tadi kakak tengok juga dlm berita online berkenaan ini
    Sehingga dpt tahu ceramah PM - NO HIDE2 dibatalkan.

    ReplyDelete
  2. Anak buah saya kbtulan pergi melancong kat sana td terkejut besar..cal bgtahu teerus lepas gempa tu.. minta la tak ada apa2 yg menyedihkab berlaku lagi

    ReplyDelete
  3. Allah hu Akbar! kuat tu gegaran, tgk jalan boleh merekah n retak sana sini... moga kita mati dalam iman...

    ReplyDelete
  4. Bertabah pada semua mangsa..
    Tengok pada tiang bangunan yang retak tu nampak scary.

    ReplyDelete
  5. Akak pun dpt berita pagi2 dari grup wasap kawan2 di Sabah... alhamdulillah masih di dalam kawalan..

    ReplyDelete
  6. wah teruk juga , bg kita yg tak penah kena gempa bumi mmg bg akak agak teruk juga kan,,,, tapi dlm akhbar suma ok aje..

    ReplyDelete
  7. Gempa bumi di Sabah adalah buatan manusia.

    http://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/06/manusia-sedang-mencipta-kiamat-didalam.html

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.