Perubatan Islam :Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perubatan Islam : Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum. Pastinya perubatan Islam sudah tidak asing lagi kepada kita semua hari ini. Perubatan Islam adalah usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan jika masalah penyakit yang bukannya berpunca daripada sakit-sakit biasa seperti sakit jantung, darah tinggi, luka kemalangan mahupun patah anggota badan, melecur anggota badan disebabkan kebakaran dan bermacam-macam lagi penyakit. Sakit-sakit sebegini sememangnya mampu dirawat di klinik dan hospital dengan kaedah rawatan modan.

Jin dan Syaitan yang menyesatkan.
Jin dan Syaitan yang menyesatkan.
Berbeza pula dengan cara dan kaedah perubatan Islam. Perubatan Islam ini biasanya lebih berkait rapat dengan gangguan makhluk halus yang berpunca daripada jin dan syaitan yang menyesatkan. Jika puncanya daripada gangguan jin dan syaitan ini pastinya kaedah rawatan moden seperti di hospital dan klinik tidak mampu untuk mengubatinya. Oleh kerana inilah wujudnya kaedah perubatan Islam di zaman yang serba maju ini.

Oleh kerana umat manusia hari ini terlampau mengejar kemajuan dan arus kemodenan yang melampau, ramai yang jadi lupa serta lalai dengan perintah Allah SWT. Perintah dan larangan Allah SWT mula dianggap remeh. IMAN dan AMAL tidak diusahakan agar menjadi subur dan mekar didalam diri, akibatnya umat manusia lupa kepada Allah SWT yang MAHA HEBAT itu. Sedikit demi sedikit amalan agama ditinggalkan. Semangat kerohanian yang ada dalam diri mula lemah, pergantungan kepada Allah SWT mula goyang. Malah wang ringgit, tahta dan kebendaan mula menjadi 'tuhan' kepada diri. Akibatnya Iman dan Amal boleh terkeluar dari dalam diri.

Disebabkan perkara tersebutlah umat Islam hari ini menjadi lemah dan mudah diancam oleh anasir yang tidak baik berupa ganguan daripada jin dan syaitan serta kuncu-kuncunya. Perbuatan 'memperkenakan' orang mahupun 'terkena' buatan orang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Puncanya adalah disebabkan umat Islam hari ini mula menjadikan selain Allah SWT sebagai MATLAMAT mereka. Apa yang mereka fikir adalah kehendak mereka dapat dipenuhi. Tiada lagi perasaan belas kasihan dan tolak ansur dalam diri. Kepentingan diri lebih diutamakan berbanding benda-benda lain.

Rawatan Jarak Jauh Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan Jarak Jauh yang dianjurkan oleh PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM ini adalah merupakan salah satu peluang menyambung IKHTIAR dan mencari KESEMBUHAN atas segala penyakit dan masalah yang dihadapi oleh Pesakit agar Pesakit dan para waris terdekat tidak berputus asa dalam usaha mencari kesembuhan penyakit yang berpunca daripada gangguan jin dan syaitan.

Pusat Rawatan Al-Qayyum
Tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah SWT Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Semua penyakit dan masalah itu datangnya dari Allah SWT, sebagai ujian ataupun sebagai penghapus dosa yang pastinya mempunyai segala hikmah yang tersendiri. Hanya kepada Allah SWT sahaja yang selayaknya kita memohon untuk menyembuhkan penyakit dan menyelesaikan masalah tersebut, disamping berusaha dan juga berikhtiar bersungguh-sungguh dengan cara yang diredhaiNya bagi mendapatkan kesembuhan.

Melalui Kaedah Rawatan Jarak Jauh seperti Solat Hajat, bacaan Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab adalah cara yang dijalankan oleh pihak Al-Qayyum bertepatan dengan perbuatan yang sangat dianjurkan oleh Islam.

Solat Hajat
Salah Satu Kaedah : Solat Hajat
Allah SWT berfirmam  yang bermaksud:
“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Mintalah PERTOLONGAN dengan BERSABAR dan dengan (mengerjakan) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH SWT MENYERTAI (menolong) ORANG-ORANG YANG SABAR” ( Al-Baqarah:153).

Apa yang terbaiknya di dalam perubatan melawan penyakit yang berpunca daripada ganguan jin dan syaitan ini, pesakit mahupun para waris sendiri yang berusaha melakukan solat hajat, berdoa memohon ampun dan bantuan daripada Allah  SWT. Ini adalah cara perubatan yang paling afdal. Namun kadang-kadang di atas kelemahan tertentu. Mungkin mereka tidak mampu atau tidak mengatahui cara-cara kaedah perubatan atau pun kaifiat untuk melakukan ibadah tersebut dengan sebaiknya.

Oleh sebab itu lah, kadang-kadang dalam ibadat lain juga seperti ibadat korban, umrah, akikah dan haji ada di antara kita yang meminta ibadat dan amalan tersebut dilakukan oleh orang lain yang Mahir. Bagi mendatangkan kesan yang baik, oleh kerana mereka tidak mampu untuk menunaikannya disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Begitu juga dengan perubatan Islam hari ni, oleh kerana keterbatasan jarak dan ilmu. Ada di antara kita yang tidak tahu untuk menyempurnakan amalan tersebut dengan cara yang sebaiknya. Oleh sebab itu ia juga boleh diwakilkan kepada mereka-mereka yang mengetahui kaedah dan juga cara yang sebaiknya untuk dibuat bagi mendatangkan kesan yang baik.

Berdoa Memohon Bantuan Dari Allah SWT
Oleh sebab itu, Pusat Rawatan Al-Qayyum mengambil langkah dan cara yang sama di dalam membantu para pesakit yang harus dirawat mengikut cara dan kaedah perubatan Islam. Bagi pesakit-pesakit yang terlampau uzur dan tinggal berjauhan daripada pejabat Pusat Rawatan Al-Qayyum. Anda bolehlah berurusan dengan pihak Pusat Rawatan Al-Qayyum bagi membuat tempahan perubatan cara JARAK JAUH sekiranya ada berada jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Berikut adalah kaedah tempahan Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum >>> www.alqayyum2u-rjj.blogspot.com

Cara Membuat Tempahan
1) Sila isikan dengan lengkap dan hantar BORANG TEMPAHAN RAWATAN JARAK JAUH. (klik sini) 

2) Email GAMBAR PENUH PESAKIT kepada: alqayyum.holistic@gmail.com (atau hantar melalui Pos / Tangan). Nyatakan Nama PENEMPAH dan Nama PESAKIT.

3) Melaksanakan TRANSAKSI KADAR SUMBANGAN anda melalui mana-mana cara berikut :
a) Kaunter Pembayaran di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM; atau
b) Mesin ATM, Mesin Deposit Tunai, Kaunter atau Perbankan Internet
Akaun MAYBANK: 5643 9710 9396 (INDERA SAIFULLAH RESOURCES); atau

c) Kiriman Wang (Money Order) POS MALAYSIA

Nama Penerima: INDERA SAIFULLAH RESOURCES dan hantar melalui Pos kepada:

INDERA SAIFULLAH RESOURCES
D/a PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

4) Maklumkan melalui SMS / WhatsApp kepada 012-641 5006 (Cikgu Indera Saifullah) mengenai transaksi Kadar Sumbangan yang telah dibuat. Nyatakan Nama PENEMPAH dan Nama PESAKIT.

5) Segala Email, SMS dan WhatsApp anda akan dibalas secepat yang mungkin. InsyAllah.

Alamat Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1 – K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200
Kuala Lumpur
E-mel : alqayyum.holistik@gmail.com


Waktu Perkhidmatan
Isnin – Khamis : 2:00pm – 11:00pm
Jumaat : 2:00pm – 11:00pm
Sabtu : 2:00pm – 6:00pm
Ahad : Tutup

Semoga kaedah Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum ini dapat membantu mereka-mereka yang ingin mendapatkan Rawatan Jarak Jauh cara Perubatan Islam. AMIN

11 Comments

  1. Bagus bila ada perubatan cara macam ni. Bagi yang jauh boleh guna cara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh cuba kaedah ni jika tinggal jauh dari KL dan Selangor.

      Delete
  2. Boleh membantu bagi yang tinggal jauh ni kan? Bukan semua mampu nak pergi sana time sakit-sakit pelik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh berubat juga dengan cara ini. Insyallah berhasil.

      Delete
  3. Kita berusaha, walaupun dengan jarak jauh kan...Moga bermanfaat link ni buat mereka yang mencari cari dan luar dari Selangor/KL

    Maaf, saya nak tanya soalan tentang affiliate ..harap sudi beri info :)
    Saya ada letak iklan Nuffnang, dan sertai Glitterati Community..
    Ini syarat yang tertera:
    " You do not need to apply, and will be automatically included as a Nuffnang Glitterati as long as you do NOT have any advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from SEA, or any other ad networks we deem a competitors on your blog. Our crawlers will automatically include your blog in the club within 7 days.

    Note that if an advertisement from, or a link to a competing network is placed on your blog at any time, our crawlers will detect it within 4 days and you will automatically be removed from the club."

    - soalan saya ialah, kalau saya nak join affiliate sebuah syarikat tempatan ni, yg menjual tudung & jubah Muslimah, saya perlu letakkan banner iklan mereka di blog saya. Jadi, adakah ini menyebabkan saya akan di keluarkan dari Glitterati club?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam ni saya pun tak berapa pasti. rasanya tak ada masalah. Saya pernah letak juga. Namun status Glitterati masih ok. Rasa tak berani.Buat blog baru dan letak link tu dalam blog baru yang dibina.

      Delete
  4. setiap penyakit mempunyai ubat kecuali mati...yg penting usaha pada jalan yang diredhai seperti menggunakan perubatan Islam, disamping perubatan moden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu taun Shaiful. Berusaha agar Allah SWT menyembhkan sakit tersebut.

      Delete
  5. Akk prcya perubatan islam ni sememangnya membntu. Msa zahra terkena berubat dgn sorang atuk ni. Alhmdulillah ok..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih tuan...memang saya tengah cari pusat rawatan ni...terima kasih banyak2..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.