Perubatan Islam: Keperluan atau Kemestian

2014-10-23

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perubatan Islam: Keperluan atau Kemestian. Siapa tahu apa itu Perubatan Islam. Sebenarnya Perubatan Islam ni skopnya luas. Macam perubatan moden juga. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki termasuk kesemuanya. Kali ini saya nak cerita tentang Perubatan Islam berkaitan dengan misteri dan mistik sikit. Ada macam cerita seram pula ni.

Perubatan Islam: Keperluan atau Kemestian
Jika di tv mahupun di panggung wayang banyak cerita-cerita hantu dan mistik mendapat sambutan pecah panggung. Sehinggakan ada sesetengah cerita mendapat pungutan jutaan ringgit oleh mereka yang membuat filem tersebut. Nampak sangat cerita sebegini mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat kita. Benda-benda mistik dan hantu jembalang ini dah jadi bahan hiburan dan lawak pula oleh mereka sambil-sambil mencari pulangan yang lumayan.
Fenomena ini memang merebak dengan cepat dan sukar dibendung. Dapat kita lihat, penggiat seni tanah air berlumba-lumba menerbitkan filem-filem sebegini. Sehinggakan fenomena ini ditegur oleh ramai ustaz.
Jika dulu-dulu, masyarakat pada masa tu tak berani pun nak cerita mahupun nak lakonkan semula watak-watak hantu macam sekarang ni. Mereka takut makhluk tersebut ikut ataupun akan terkena badi hasil daripada mengolok-olokkan watak hantu tersebut.


Maksudnya: Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Al Isra':82)

Tiga Kisah Daripada Ratusan Kisah Yang Berlaku Dalam Dunia Misteri.
1) Kisah Mak Cik Limah - Mak Cik Limah ni Mak Saudara kawan saya, Aidil anak saudaranya pernah bercerita kepada saya. Yang makciknya sakit lain macam. Dia bercerita yang makciknya boleh nampak benda-benda pelik. Kadang-kadang bila tiba waktu tidur malam beliau akan bangun dari tidur dan berjalan ke sana sini di dalam rumah. Masa berjalan tu jika siapa-siapa yang pergi dekat dengan beliau akan berbau busuk menyucuk hidung disekitarnya. Walhal beliau mandi sebelum tidur dan tidak terdapat kesan-kesan najis pada diri beliau. Pernah juga terjadi pada waktu siang mahupun malam Mak CiK Limah akan bertanya anak siapa dalam rumah ni? Dari mana datang ramai orang macam ni? Siapa duduk situ berbadan hitam dan besar serta macam-macam lagi.

2) Kisah Pak Edi - Ceritanya ini diceritakan setelah beliau sembuh. Ianya berlaku apabila beliau pulang dari pasar membeli barang. Beliau melalui kawasan kebun kelapa sawit dan tiba-tiba beliau merasakan ada lintasan hitam yang melaluinya. Dunianya terus gelap. Semasa sakit beliau bertindak dan menjadi ganas, mencederakan orang dan diri sendiri juga, tidak mahu makan dan minum, membuang air tetapi tidak membasuhnya, bercakap dalam bahasa yang tidak difahami dan banyak lagi. Apa yang Pak Edi nampak pada masa tersebut hanyalah satu bebola api dan satu makhluk hitam yang sentiasa mengejarnya. Dunia dirasakan malam sentiasa.

3) Kak Timah Kedai Makan - Oleh kerana berniaga di kawasan medan selera, maka Kedai Kak Timah perlu bersaing dengan kedai-kedai lain juga. Kedai Kak Timah agak maju berbanding dengan kedai-kedai pesaingnya. Mungkin kerana masakan sedap dan harga yang berpatutan menyebabkan kedainya menjadi pilihan ramai pelanggan di situ. Setelah beberapa bulan, beliau mula merasakan sesuatu yang berlaku kepada hasil jualannya. Ramai pelanggan yang menjadi pelanggan tetapnya beralih kepada kedai lain. Bila melewati kedainya pelanggan-pelanggannya tersebut hanya berlalu tanpa singgah berhenti seperti selalu. Pelik pula rasanya. Beliau perasan apabila ada pelanggannya yang menegurnya di pasar dengan mengatakan. 'Lama akak bercuti, kedai tutup aje lalu sana,pergi honeymoon ker'?. Daripada situ beliau tersentak dan menceritakan kisahnya kerana mungkin kedainya telah di sihir oleh orang lain. Agar menampakkan kedai beliau "tutup tanpa ada perniagaan dijalankan".

Baiklah,daripada ketiga-tiga situasi di atas yang pertama dan kedua tadi, anda rasa bolehkah perkara ini dirawat oleh perubatan moden seperti di hospital dan klinik. Mungkin pada mulanya mereka boleh bagi ubat penenang,tetapi rasanya untuk tempoh berapa lama? Bagi situasi ketiga pula, memang doktor mahupun polis tidak dapat membantu mencari penyelesaiannya mengikut kebolehan dan kuasa yang ada pada mereka.
Inilah sebabnya hari ini kita sebagai masyarakat harus juga membuka mata dan fikiran kita untuk mencuba kaedah perubatan Islam. Ini kerana, bukan semua penyakit boleh di rawat menggunakan ubat dan peralatan moden. Kita juga harus berbalik kepada cara rohani dengan menggunakan kaedah perubatan Islam.

Pusat Rawatan Al-Qayyum Kuala Lumpur
Pusat Rawatan Al-Qayyum Kuala Lumpur
Perubatan Islam Terbaik Pusat Rawatan Al-Qayyum.
Pusat Rawatan Al-Qayyum adalah sebuah pusat rawatan Islam yang terkemuka di ibu kota. Di asaskan oleh Tuan Indera Saifullah Tahir sejak 1 Februari 2011. Ianya merupakan sebuah 'Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah' (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan terapi Al-Quran yang merupakan perkhidmatan utama mereka.

Kaedah perubatan berasaskan Al-Quran dan Doa-doa mustajab dari Al-Quran, Hadis-Hadis, zikrullah, Asma'ul Husna ini mengelakkan masyarakat Islam dari terjerumus dengan keadah perubatan khurafat yang boleh merosakkan akidah yang diamalkan oleh pawang, bomoh dan juga tukang sihir yang sesat.

Semua maklumat dan data peribadi pesakit akan disimpan dengan sebaiknya bagi menjaga maruah pesakit dan para waris yang terlibat.

Testimoni Bekas Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan.
Berikut adalah beberapa testimoni bekas pesakit yang telah melakukan rawatan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada Cikgu Indera dan kakitangan dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM yang telah banyak membantu saya. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah sangat profesional, cekap dan mesra. Saya amat yakin dengan keupayaan mereka untuk merawat apa jua penyakit.”
– Ahli Perniagaan, 45; Petaling Jaya, Selangor.

“Saya pernah mengalami krisis rumahtangga yang teruk sejak beberapa tahun yang lalu dan pernah menghadiri beberapa sesi kaunseling dari pihak Jabatan Agama Islam. Saya juga pernah berikhtiar mendapatkan rawatan dari ramai pengamal perubatan Islam yang terkenal dan telah menghabiskan ribuan ringgit. Namun, pertengkaran dan pergaduhan di antara saya dengan isteri saya masih tiada penghujungnya. Dengan kuasa Allah, saya telah menjumpai laman Pusat Rawatan Al-Qayyum di dalam internet dan telah berhubung dengan Cikgu Indera. Setelah menjalani beberapa Sesi Rawatan dan Terapi, alhamdulillah, rumahtangga saya kini telah kembali aman dan damai. Melalui rawatan secara menyeluruh dan terperinci yang dilakukan oleh para Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum, telah berjaya memulihkan rumah, tempat perniagaan, isteri, anak-anak dan diri saya dari gangguan syaitan dan jin laknatullah yang selama ini telah mengganggu kehidupan dan rezeki saya. Terima kasih kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Semoga pusat ini akan terus dapat membantu masyarakat dan berkembang maju. Insyallah.”
- Ahli Perniagaan, 57; Keramat, Kuala Lumpur.

Alamat dan Tempahan Pusat Rawatan Al-Qayyum?
Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan atau ingin bertanyakan lebih mendalam lagi tentang permasalah yang anda hadapi. Anda boleh menghubungi mereka terus dengan cara-cara dibawah ini.
Pergi sendiri terus ke Pusat Rawatan Al-Qayyum di alamat:-

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TM 
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment 
Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR.

Email : alqayyum.holistic@gmail.com
Facebook :   www.facebook.com/alqayyum2u
Laman Blog : alqayyum2u.blogspot.com

Anda juga boleh membuat tempahan dengan cara manghantar SMS atau WhatsApp dengan cara berikut:-
TAIP SMS / WHATSAPP TEMPAH [nama], [lokasi anda], [penyakit/masalah],[tarikh temujanji], [masa temujanji]

Contoh: TEMPAH Latifah, Cheras, gangguan sihir, 14 Okt 2014, 8 pm
HANTAR KE 017 243 6434 [Mu'alij Azlan Osman]

*TEMPAHAN SESI RAWATAN ANDA akan DISAHKAN seberapa segera.
Bagi menghubungi KAUNSELOR RAWATAN anda boleh berbuat demikian antara jam 9:00 am - 5:00 pm.

Isnin - Jumaat/ Rehat: 12:30 pm - 2:00 pm
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)

Bagi anda yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor juga. Anda boleh menggunakan "Kaedah Rawatan Jarak Jauh" disini  yang disedikan. Anda boleh menghubungi mereka dan mereka akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin.

Pesanan dari pusat rawatan Islam Al-Qayyum:
Walau apa jua jenis Penyakit / Masalah, perlulah diikhtiarkan rawatannya dengan segera agar penyakit@masalah tidak menjadi bertambah berat dan semakin sukar untuk diubati kelak. Janganlah sesekali berputus asa. Setiap penyakit akan ada ubatnya.InsyAlah.

Share

20 comments:

  1. Perubatan Islam ni semakin mendapat tempat. Terutamnya bila tak dapat di ubati dengan cara moden. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dengan adanya perubatan macam ni. Insyallah kita umat Islam akan lebih terpilihara daripada buat benda-benda yang Allah SWT larang.

      Delete
  2. rasanya bgus..tapi kadar byaran tu..jgnlah tinggi sgt...contoh kismis biasa jual rm2.50..bila dh di bacakan al-Quran jadi rm10.
    Mcm tu juga dgn air yg yg dah di bacakan.

    w'hulm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bagus kismis tu kita baca sendiri ayat Al-Qurannya. Lagi berkesan. Perubatan Islam ni untuk berikhtiar untuk sakit-sakit yang datangnya dari makhluk halus angkara jin dan manusia yang jahat.

      Delete
  3. n3 yang boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NM. Boleh rujuk dengan mereka yang mahir macam pusat rawatan Islam Al-Qayyum ni bagus bila menghadapi masalah sakit-sakit yang agak misteri.

      Delete
  4. sy rasa perlu dan bgskan... tp ni baru pertama kali dgr psl perubatan qayyum sbb sy pernah pg perubatan darusyiffa... jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubatan Islam ni dah jadi satu macam keperluan sekarang ni. Bukan semua sakit boleh dirawat dengan kaedah perubatan moden.

      Delete
  5. skg dah banyak pusat perubatan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Cuma kita kena pilih juga mana yang baguskan.

      Delete
  6. Selagi ianya tidak melanggar syariat Islam kakak merasakan perubatan cara Islam sangat diperlukan terutama macam 3 kes di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakak. Kena jaga batasan agama juga dalam berubatkan.

      Delete
  7. SAYA ANTARA ORG YG PERCAYA PERUBATAN ISLAM NI... MMG DULU2 SAYA X PERCAYA TAPI BILA DAH KENA PADA AHLI KELUARGA SENDIRI BARU SAYA BUKA MATA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah ramai yang nampak kepentingan peruabatan Islam ni kan.

      Delete
  8. Boleh buat rujukan entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk sini bila nak cari tempat perubatan Islam kakyon.

      Delete
  9. baiknya perubatan Islam ini sebab kita menggunakan ayat2 suci Al Quran semasa rawatan. Takder jampi serapah sebab Ustaz tu baca Al Quran depan kita dan suruh kita amalkan ayat2 Quran tertentu. Kita tetap kena jaga hati bahawa yang menyembuhkan Allah, bukan Ustaz tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu asnida. Allah SWT yang menyembuhkan. Kita sekadar berusaha untuk jadi baik dan sihat aje.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan