Jangan ‘selfie’ di Tanah Suci? Apa cerita ni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jangan ‘selfie’ di Tanah Suci? Apa cerita ni. Rasa tertarik pula nak kongsikan perkara ini. Jalan-jalan jumpa cerita ada juga manusia yang buat macam ni. " Berselfie di Tanah Suci". Rasanya tak perlu semua ni. Biarlah apa yang dibuat disana Allah SWT dan Para MalaikatNYA yang menjadi "penonton" kita. Baik buruk amalan di sana akan Allah SWT rakamkan juga.

Tak perlu rasanya nak "berselfie" dan ambil gambar yang macam-macam disana. Cukup rasanya jika kita sibuk bergamar di tempat kita sahaja. Tak kan tempat ibadah dan tempat paling mulia atas muka bumi Allah SWT ni kita nak cemarkan dengan aksi dan kerenah yang suka bergambar dan macam-macam lagi.

Tak ada di anjurkan dalam Islam semua ini. Buatlah amalan yang boleh mendekatkan kita dengan Allah SWT semasa berada disana. Banyakkan amalan dan berdoa. Tak perlu nak "berselfie" dan tunjukkan kepada "makhluk" di dunia ini yang kita pergi buat ibadat.

Takut nanti duit,masa dan tenaga kita habis semasa pergi buat ibadat. Tetapi kita pulang dengan harapan dan pengampunan yang kosong. Semoga Allah SWT pelihara kita dan saudara Islam kita yang pergi menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Semoga mereka pergi dan balik dengan selamat serta pulang dengan mendapat haji yang mabrur. Amin.

Berikut adalah apa yang saya baca dalam satu blog tentang ada dikalangan jemaah haji yang pergi ke tanah suci dan berselfie". Boleh baca ceritanya dibawah ini.

Berselfie di Tanah Suci

"
Jemaah-jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci telah diingatkan untuk mengelak daripada mengambil gambar ‘selfie’ atau video ketika beribadat.

Mereka dinasihati untuk bersikap rendah diri dan tidak memuat naik video dan gambar di media sosial.

Ulama Saudi Assim Al Hakeem berkata “mengambil gambar dan video dianggap bertentangan dengan hasrat Nabi SAW,".

“Seolah-olah tujuan perjalanan ini ialah untuk mengambil gambar," tambah Ulama Abdul Razzaq Al Badr.

Isu selfie di kawasan perkuburan bukan satu perkara yang baharu. Sekitar hari raya lalu, pelakon Farish Aziz dihujani kritikan ekoran memuatnaik gambar selfie kubur bersama keluarganya ketika menziarahi kubur.

Ramai yang berpendapat mengambil gambar ‘selfie’ di tempat beribadat adalah kerana keinginan perkongsian rasa gembira dengan orang yang tersayang.

Walhal ketika berada di tempat beribadat, seharusnya mereka tumpukan perhatian ke atas aktiviti ibadat dan hanya mengambil gambar di tempat makan atau ketika menziarahi kawasan pelancongan.

Apakah pendapat anda terhadap isu ‘selfie’ di Tanah Suci? [Sumber] "

Selamat menunaikan ibadat haji buat semua saudara Islam yang di pilih oleh Allah SWT ke tanah suci pada tahun ini.

Terharu dengan kisah minyak naik malam tadi lagi. Nampaknya memang kena buat cepat-cepat kerja dari rumah ni bagi yang belum buat. Insyallah boleh tambah pendapatan sampingan dengan kerja ini.

4 Comments

  1. Masa kakak pergi 2008 belum ada selfie-selfie lagi. Agaknya kalau ada kakak pun buat juga sebab bukan lama pun. Sekadar buat kenangan. Kakak ada juga bergambar-gambar dulu dgn abang dan kawan-kawan sebilik. Masa ziarah pun kami bergambar juga.

    Pada kakak asal jgnlah sibuk nak bergambar sakan. Biasa bila dah beribadah kita lupa nak ambil gambar semua. Contoh masa tawaf memang tak bolehlah sebab bertukar niat ketika tawaf selain tujuan tawaf akan terbatal ingat tu... berhati-hatilah dlm beribadat... wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Berpada-pada làh nàk berselfie. Masa ky pergi dulu tàkde sekeping pun yg ky àmbil, walau hpon sentiiasa di tangan. Cuma rakàn sebilik yg curik àmbil gàmbàr kàmi. ada juga gambàr kenangan..

    ReplyDelete
  3. ustaz2 la ni pun byk yg berselfie, yg ngtop2 lgi...

    sdih plk yg tk dpt pg ni.... btul rasa sdikit kecewa, bila tgok...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.